Rasanya dokumentari itu begitu menarik kerana saya melihat hampir semuamata tertumpu terhadap skrin televisyen tersebut. Namun saya tidak berminatmenonton sepenuhnya. Hanya sekadar duduk untuk meneguk air di tangan. Namunsebaik saya melabuhkan punggung, seorang tukang masak yang turut menontondokumentari tersebut tiba² bersuara kepada saya.
"Tengoklah. Ekor pun dia (monyet) boleh gunakan" katanya sambil merujukkepada seekor monyet yang sedang bergayut pada dahan pokok denganmenggunakan ekornya. Tidak tahu dari mana datangnya idea (dari Allahtentunya), saya katakan kepadanya "Haiwan tidak mempunyai akal. Kerana ituia menggunakan segala anggotanya untuk mencari makan. Tak macam manusiayang mempunyai akal."
Selesai berbicara saya pun mengundur diri untuk segera berada di bilikkawalan. Tetapi sepanjang dalam perjalanan ke bilik kawalan, fikiran sayaligat memikirkan tentang ayat yang saya sebut tadi. Terus terang, ia bukanlah sesuatu yang memang sedia ada di dalam kotak fikiran saya. Ianya satu ayat yang spontan tetapi saya rasakan saya amat menyukai ayattersebut.
Betullah. Memang semua orang ketahui bahawa haiwan adalah makhluk yangtidak mempunya akal. Ia mempunyai otak untuk mengawal fungsi badannya tetapi bukan akal yang boleh digunakan untuk menganalisa. Namun begitu,haiwan2 ini, walaupun tanpa akal, cukup bijak menggunakan segala anggota tubuhnya. Sepertinya zirafah yang berleher 'jinjang' dan helang yang mempunyai cengkaman yang kuat.
Tetapi manusia, yang dibekalkan dengan kelebihan yang cukup hebat ini,telah menggunakan akal untuk membolehkan dia mencari makan tanpa menggunakan anggota tubuhnya. Di hari ini, bukan sedikit manusia yang sanggup menipu manusia yang lain hanya untuk mendapatkan sedikit labadunia. Skim itulah, skim inilah, waris jutawanlah dan bermacam2 lagi bentukpenipuan.
Mana ada orang yang kaya tanpa berusaha? Mana ada Ahmad Albab dalam duniaini? Mungkin ada tetapi kesnya mungkin satu dalam sejuta kalaupun tidak 1dalam sebilion. Namun masih ada juga manusia yang mahu percaya dengan penipuan begitu. Apabila terbaca dengan modal sekian banyak sudah boleh jadi jutawan, berebut2lah orang kita hinggakan bergolok bergadai.
Apabila dengar sahaja wang, harta dan kekayaan, maka serta mertalah manusiajadi lupa untuk menggunakan akalnya untuk berfikir secara rasional. Jikadengan bermodal beberapa ratus sahaja kita sudah boleh kaya, boleh berolehsehingga puluhan ribu sehari, alamat akan jemlah dunia. Kerana tidak adalagi orang yang akan bekerja. Siapa pula yang akan tanam dan jual berasnanti agaknya?
Saya tidak mahu bicara banyak tentang hal ini. Takut nanti ada yang terasadan marah2 pula. Hanya, memang saya akui segala skim yang ada ini memungkinkan kita memperolehi pendapatan 5 angka dalam sehari. Cuma persoalannya sampai bila? Dan persoalan yang lebih sukar adalah, dari sumber manakah duit yang kita perolehi? Janganlah tanya berapa sahaja yangmasuk. Cubalah tanya dari mana ia datang pula...
Sebenarnya, akal telah menyempurnakan penciptaan manusia. Dengan akal lah,yang dapat membezakan manusia dengan haiwan. Kerana itulah manusia yangkejam dianggap binatang kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir.Namun, biarpun akal menyempurnakan penciptaan manusia, akal semata² tidak mampu untuk menjadikan seorang manusia itu sempurna.
Kerana akal juga makhluk. Sudah menjadi dasar sifat makhluk itu lemah, dan memerlukan sandaran. Seperti hendak mengoperasikan sebuah mesin, kita memerlukan prosedur agar tidak membahayakan keselamatan kita dan juga dapat menggunakan mesin tersebut secara optimum, begitu juga akal kita. Ia memerlukan rujukan dan panduan untuk 'beroperasi'.
Dan tidak ada rujukan atau panduan selain dari panduan yang 'turun terusdari langit' iaitulah kitab suci al-Quran, qalam Allah yang disampaikan melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw. Dan di dalam kitab ini, yang terkandung adalah iman. Maka, untuk menyempurnakan pemikiran kita, akal kita mestilah dipandukan oleh iman. Akal yang bertindak tanpa iman adalah pemikiran yang tidak sempurna.
Seorang manusia yang berfikir berpandukan iman, insyaAllah tidak akan tergamak untuk menyakiti atau menzalimi orang lain. Sebagaimana Nabi sawdan juga Khulafa ur-Rasyidin yang pernah menjadi ketua negara semasa hayat mereka. Setiap keputusan dan hukum yang mereka jatuhkan adalah untukkemaslahatan umum. Bukan untuk kepentingan peribadi atau sebahagian pihak.Inilah fungsi iman.
Sayangnya dewasa ini, penggunaan akal tanpa panduan iman telah terlaluberleluasa. Ilmu yang ada, bukan dijadikan sebagai pengukuh iman sebaliknya digunakan untuk menghalalkan apa yang tidak boleh dilakukan. Orangsebegini, apabila berbicara, tampaknya seperti seorang yang bercakap denganiman. Padahal dia telah meletakkan iman jauh terperosok akibat kepentinganperibadinya.
Sebagaimana di dalam sebuah egroup yang saya sertai. Terdapat beberapa orang yang sedang berbahas mengenai kepentingan solat awal waktu. Asalnyaadalah kerana sebuah email yang bercerita kononnya ada malaikat penjaga tolyang akan mencampak solat seorang muslim yang didirikan pada akhir waktu.Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara penyampaian penulis itu.
Tetapu hakikatnya, apa yang ditulisnya adalah benar. Iaitu, solat akhirwaktu adalah solat yang hanya sedikit baik dari sia2. Malangnya terdapatbeberapa manusia yang mengatakan solat akhir waktu bukan menjadi kesalahan.Kerana katanya, kita perlu menyelesaikan tugas kita terlebih dahulu. Ituadalah satu amanah dan menjaga amanah adalah perkara yang diwajibkan.
Lalu berbicara seorang lagi bahawa adapun hikmat diperpanjangkan waktubersolat adalah untuk perkara sebegini. Dan bermacam2 lagi hujjah yang kesimpulannya solat itu tidak perlu dikerjakan di awal waktu. Sekali baca,seolahnya apa yang mereka tuturkan itu adalah benar. Siap disertakan dengandalil. Tentu sahaja kita boleh terpengaruh olehnya.
Namun bagi saya inilah contoh orang yang menggunakan akalnya untuk menipu agama. Mengapa? Kerana mereka hanya mengambil sebahagian dari ajaran Islam.Benar, Allah membenarkan kita melewatkan solat jika ada perkara yang lebihpenting. Dan benar, amanah adalah wajib ditunaikan dan didahulukan. Tapimari kita gunakan iman untuk fikirkan tentang perkara ini.
Yang paling utama di dalam hidup kita ini seharusnya adalah keselamatan nyawa kita. Maka kerana itu, orang yang terdesak (dharurat) diizinkan makan babi (sesetengah ulama menyifatkan sebagai wajib) sekiranya itu dapat menyelamatkan nyawanya. Tetapi, selepas dari nyawa kita, yang terpentinghanyalah Allah. Tidak ada perkara boleh mendahului Allah dari segala apahalpun.
Maka benarlah kita dibenarkan menangguhkan solat jika kita di ambang maut atau mungkin dalam perperangan. Kerana perperangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah. Tetapi, adakah menyelesaikan tugas dipejabat itu lebih penting atau sama pentingnya dengan menegakkan kalimah Allah? Tidak! Maka atas logik apakah solat boleh ditangguhkan demi untuk menyiapkan tugasanharian?
Kerana amanah? Benar juga. Allah mahu kita menjaga amanah dan tugas dipejabat merupakan amanah kerana kita dibayar untuk itu. Akan tetapi, apakah kita tidak memandang solat itu sebagai amanah? Manakah amanah yang lebihutama, dari ketua kita atau dari Allah? Benarlah kita dibayar untukmenyiapkan tugas tetapi apakah kita kita lupa bahawa kita bernafas, makan,minum dan segalanya atas pemberian Allah?
Inilah yang saya katakan... Kita berfikir memang menggunakan akal. Tetapikita perlukan iman untuk memandu akal kita. Kegagalan kita untuk memandu akal kita menggunakan iman boleh membahayakan aqidah kita sebagai muslim.Dan imanlah yang membezakan muslim dengan kafir. Orang kafir juga bolehberfikir malah mungkin lebih pandai dari kita tetapi tanpa iman, pemikiranmereka nyata sia2.
Terpulanglah untuk kita berfikir dengan tahap pemikiran yang sama sepertiorang kafir atau mahu berfikir sebagaimana selayaknya seorang muslim berfikir. Saya tidak mengatakan saya baik. Ada masanya saya juga menangguhkan solat untuk hal yang remeh. Tetapi saya tidak pula meletakkan kepentingan solat di awal waktu itu di bawah tugas2 harian. Walaupun akal saya berkata begitu, namun Alhamdulillah iman saya mengingatkan bahawa tidak yang lebih utama selain suruhan Allah swt.
Akal adalah kurniaan yang paling istimewa untuk manusia. Sia2lah sesiapa yang tidak menggunakan akalnya dengan optimum. Namun penggunaan akal,selain boleh memudahkan kita, mungkin boleh menyesatkan kita. Akal mungkin boleh membahagiakan kita di dunia tetapi akal yang dipandu oleh iman,insyaAllah menjaga kita dari dunia sampai akhirat.....