Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Masih Mengenai Melayu
Wednesday, April 26, 2006
Kesahihan cerita-cerita tentang bangsa melayu mundur, bangsa melayu adalah bangsa subsidi, bangsa melayu malas dan lain-lain lagi yang kita dengar hampir setiap hari dan masa adalah pendapat dan pandangan yang perlu dilihat secara keseluruhan bukannya secara individu.

Pendapat dan pandangan tersebut berdasarkan kepada fakta-fakta bukannya berdasarkan kepada andaian atau pengamatan semata-semata.

Kalau dilihat dari sudut ekonomi setelah 48 tahun merdeka ekonomi bangsa melayu masih belum lagi mencapai 30% seperti yang diharapkan. Walaupun tampuk pemerintahan dipegang oleh bangsa melayu itu sendiri. Negara Jepun musnah sama sekali dalam peperangan dunia ke 2, tetapi mereka tidak mengambil masa yang terlalu lama sampai 48 tahun untuk bangkit dari kemusnahan dan memacu kearah kemajuan. Kemajuan tercapai hasil perlaksanaan yang jitu dan berkesan dan kurangnya gejala-gejala yang tidak sihat dan jijik(kronism, rasuah dan lain-lain

lagi) berlaku. Terdapat menteri-menteri mereka yang sanggup melepaskan jawatan menteri apabila kementerian yang diterajui gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Manakala rakyatnya sangat bijak dalam menentukan pemimpin dan pemerintah yang mewakili mereka dan negara mereka.

Pembangunan insan kurang dititik beratkan tetapi lebih kepada hiburan. Dengan itu pastinya adalah sukar untuk membentuk insan yang boleh dan dapat bertahan dan mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang.

Diskriminasi tetap ujud dimana-mana, kita mesti mencari usaha atau jalan agar diskriminasi tidak berlaku kepada kita atau kita dapat menghadapi dan menyesuaikan dengan keadaan diskriminasi tersebut. Kita sebut diskriminasi bila bersama dengan bangsa lain dan kita akan sebut dengki bila kita bersama sesama kita(bangsa melayu).

Banyak contoh-contoh dan pengalaman yang biasa kita lihat dan lalui ketika berurusan dengan bangsa lain. Kecekapan penguruan mereka ternyata amat baik sekali.

1.Sektor perbankan, Di Bank Simpanan Nasional, di Bank Bumiputra adamasanya hanya dua kaunter dibuka walaupun terdapat lima kaunter disediakan. Pelanggan terpaksa menunggu lama dalam menyelesaikan urusan mereka. Ini berbeza dengan Hong Kong Shanghai Bank, Citibank dan Maybank.

2.Sektor pembinaan dan pembangunan, ketua mereka boleh dikatakan senantiasa berada ditapak pembinaan dari pagi hingga petang. Mereka sangat menepati masa ketika bekerja. Tetapi ini tidak dapat dilihat pada bangsa melayu. Kadang-kadang ada yang sambung kerja pada pukul 2.30 petang bukannya pukul 2 petang. Kerja yang sepatutnya selesai dalam tempoh 4 hari menjadi hampir 2 minggu untuk diselesaikan.

3. Sektor automotif, harga kenderaan yang ditawarkan tidak sepadan dengan kualiti kenderaan. Ini disebabkan terdapatnya kitadaktulusan atau terdapatnya unsur-unsur penyelewengan. Disebabkan itu kenderaan yang dikeluarkan kurang berkualiti kerana kos yang telah ditetapkan atau disediakan telah berkurangan.
Sikap ingin lebih dari orang lain dan tidak mahu orang lain lebih darinya adalah salah satu sebab mengapa kejayaan dalam kumpulan atau golongan dalam masyarakat bangsa melayu sukar untuk dicapai. Masyarakat kaum india muslim/mamak mempunyai persatuan mereka sendiri. Mereka akan membantu dari segi kewangan anggota mereka dalam menjalankan perniagaan. Anggota tersebut akan membayar wang yang telah dipinjamkan kepada persatuan selepas perniagaan mereka berjaya dan dengan ini ia dapat membantu anggota yang lain. Dalam kes MARA, terdapat ramai peminjam yang tidak membayar balik pinjaman mereka walaupun telah berjaya menjawat pekerjaan.

Maka hasrat Mara untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan akan terbantut.

Dahulu orang beragama Islam sangat berjaya dan dihormati sebab mereka berpegang teguh kepada agama Islam dalam menjalani kehidupan harian mereka. Tetapi sekarang adakalanya Islam itu dipergunakan untuk kepentingan tertentu. Ini sangat malang dan menyedihkan.

"SELAGI KITA TIDAK BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA ISLAM MAKA SELAGI ITULAH KITA AKAN TERKEBELAKANGAN. TERDAPAT HADIS NABI YANG MENCERITAKAN PADA UMAT AKHIR ZAMAN TERDAPAT GOLONGAN YANG IMAN MEREKA BERUBAH MENGIKUT WAKTU(WAKTU PAGI BERIMAN WAKTU PETANG MENJADI KAFIR). ADA YANG SANGGUP MENGADAIKAN IMANNYA HANYA KERANA MENDAPATKAN SEDIKIT DARI HARTA BENDA DUNIA."
posted by jasindaily online @ 9:56 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com