DEMI MASA |
|
|
TERBUKA PINTU UNTUK MURTAD DI MALAYSIA |
Monday, April 24, 2006 |
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya memberikan kebenaran kepada pemohon LINA JOY yang nama asal Islamnya AZLINA JAILANI untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi memohon keputusan berhubung keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggugurkan status agama pada kad pengenalannya.
JOY mendakwa beliau telah menukar agama dari ISLAM ke KRISTIAN pada tahun 1998 dan telah pun berkahwin dengan seorang pemuda YANG BERAGAMA Kristian.
Pihak JPN menolak permohonannya untuk menukar status agamanya dan meminta Joy mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan dia seorang murtad.
Kes ini bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2001 dimana mahkamah ketika itu menolak permohonan Lina atas alasan kuasa menukar agama terletak ditangan Mahkamah Syariah dan bukannya mahkamah sivil.
Dalam kita leka memperkatakan darihal kontroversi Jambatan Bengkok yang dibatalkan pembinaannya oleh kerajaan tempoh hari, satu perkembangan yang bakal mengancam masadepan Islam sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan.
Semalam Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya memberikan kebenaran kepada pemohon LINA JOY yang nama asal Islamnya AZLINA JAILANI untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi memohon keputusan berhubung keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggugurkan status agama pada kad pengenalannya.
JOY mendakwa beliau telah menukar agama dari ISLAM ke KRISTIAN pada tahun 1998 dan telah pun berkahwin dengan seorang pemuda YANG BERAGAMA Kristian.
Pihak JPN menolak permohonannya untuk menukar status agamanya dan meminta Joy mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan dia seorang murtad. Kes ini bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2001 dimana mahkamah ketika itu menolak permohonan Lina atas alasan kuasa menukar agama terletak ditangan Mahkamah Syariah dan bukannya mahkamah sivil.
Pada tahun lepas Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan Lina apabila Hakim Datuk Abd Aziz Mohamad dan Datuk Ariffin Zakaria memutuskan bahawa tindakan Ketua Pengarah JPN menolak permohonan Lina atas alasan pihak berkuasa agama tidak pernah memutuskan status murtadnya itu adalah betul. (Hakim Gopal Sri Ram telah memberikan keputusan tidak bersetuju.).Kini kes ini naik ke mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan, tiga panel hakim yang mendengar rayuan ini adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; Datuk Richard Malanjum dan Datuk Augustine Paul.
Nampaknya isu pertembungan antara bidangkuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil tercetus sekali lagi. Tidakkah urusan agama Islam termasuklah keputusan mahu murtad terletak dalam bidangkuasa pihak berkuasa agama dan mahkamah syariah? Tidakkah Perakara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memperuntukkan bahawa kes seumpama ini jatuh di bawah bidangkuasa mahkamah syariah?
Sekiranya mahkamah memberikan kebenaran kepada LINA JOY dalam kes ini bermakana mahkamah akan membuka pintu pagar kepada mana-mana umat Islam lain yang memiliki niat dan minat seumpama LINA, lalu apa akan terjadi kepada maruah dan masadepan agama kita?Kalau kita lihat peruntukkan Perakara 121 (1)(A) dan tindakan Pengarah JPN dalam kes LINA ini jelas, peraturan dan prosedur yang ada sebagaimana dinyatakan oleh Peguam Kanan Persektuan Umi Kalthum Abdul Majid tidak membangkitkan apa-apa isu baru, malah pernah pun diputuskan oleh mahkamah dalam kes-kes sebelum ini (termasuklah kes Allahyarham Moorthy)
Saya secara peribadi bimbang akan kemungkinan mahkamah memiliki kecenderungan untuk memihak kepada LINA memandangkan komposisi panel yang ada (walaupun kita tidak mempertikaikan pengalaman mereka). Namun jika mereka menolak permohonan ini saya merasakan pihak kerajaan perlu segera campurtangan dan memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya dalam bab murtad dan tukar agama ini.
Maruah dan martabat Islam perlu dipelihara. Sesiapa yang menerima dan memeluk Islam perlu faham akan syarat dan peraturan yang perlu mereka patuhi lebih-lebih lagi bagi mereka yang Islam sejak lahir. Kes ini perlu ditangani segera, jika tidak tunggulah bala dan malapetaka yang akan ditimpa oleh Allah swt ke atas kita.
(WOMANS FIGHT TO CHANGE RELIGIOUS STATUS yang dilaporkan oleh V.Anbalagandalam NSTP 14 April 2006)
|
posted by jasindaily online @ 10:04 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|