DEMI MASA |
|
|
LAGI PERANGAI BURUK ALI RUSTAM |
Sunday, April 23, 2006 |
Sekali lagi perangai buruk Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka didedahkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Kita tengok pula reaksi Abdullah Ahmad Badawi, BPR dan pasokan polis yang begitu lantang bersuara hendak membasmikan amalan rasuah di negara ini sehinggakan ditubuhan sebuah insitutusi khusus untuk tujuan tersebut. Pada 4.1.2006 Lim Guan Eng juga telah membuat satu laporan BPR terhadap Ali Rustam berkaitan menyalahguna tabung misteri kebajikan kesihatan yang mana Ali menggunakan kemudahan tersebut untuk kepentingan peribadinya http://marhaen.kelatedaily.net/mar_a_mkini41.html. Bagaimana kedudukannya wahai BPR Melaka, kalau orang lain bukan main cepat disiasat seperti yang berlaku di Terangganu di bawah pemerintahan PAS. Sebut sahaja di DUN, tanpa sebarang laporan terus melompat merampas fail-fail di Yayasan Islam Terangganu. Menyiasat, menyelidik, tetapi kosong kerana pemberian tender balak tersebut mengikut prosedur. Ini masuk bulan April, apa lama sangat untuk bertindak mengambil masa hamper hendak masuk 5 bulan tanpa sebarang berita. Ali Rustam ini 2 x 5 dengan dengan YDPnya, laporan polis yang dibuat oleh Fauzi Abdul Rahman, bekas ADUN Beserah belum ditarikbalik lagi.
Laporan terbaru Ali Rustam menyalagunaan kuasa sebagai Ketua Menteri :
Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam, dan Pang Fei Shing telah membuat lawatan ke luar negara sebanyak sembilan kali, kini masih berhutang dengan kerajaan negeri.
Perkara tersebut terkandung dalam Penyata Akaun Pendahuluan Pelbagai Kod 53301 Jabatan Ketua Menteri Melaka setakat 31.12.05. Dokumen tersebut menunjukkan bahawa masih ada baki hutang yang belum dibereskan oleh pihak Ali Rustam berkaitan 9 lawatan kerja luar negeri bersama Pang Fei Shing sebanyak RM159,487.40.
Perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang terkandung dalam memorandum Lim kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurut Lim, jumlah ini adalah hutang terkumpul sejak 8 lawatan kerja Ali dan satu oleh Pang Fei Shing ke negara berikut:
-Amsterdam, Dublin, Cairo dan India dari 15/10/2002 - 25/10/2002; -Jepun pada 17/3/2003-19/3/2003; -Zimbabwe dan Afrika Selatan pada 1/6/2003-7/6/2003; -London dan Sweden pada 21/9/2003-26/9/2003; -Sydney, Australia pada 22/4/2004-26/4/2004; -USA dan Dubai pada 4/1/2005-14/1/2005 bersama dengan anak isterinya; -New Zealand pada 9/6/2005-13/6/2005; -Perbelanjaan Pang Fei Sing dan bukan Ketua Menteri ke China pada 6/9/2005; dan -Thailand pada 13/12/2005.
Keseluruhan kos perbelanjaan lawatan kerja dan makan angin dalam masa 3 tahun itu menelan belanja sebanyak RM473,637. Sebanyak RM235,642.23 telahpun dibayar balik secara langsung manakala RM78,507.37 telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang meninggalkan baki RM159,487.40 yang belum dibereskan. Kerajaan negeri telah membuat bayaran 'advance' kepada syarikat pelancongan bagi membolehkan perbelanjaan harian di luar negeri. Persoalannya, adakah kelulusan pemberian "advance" tersebut mengikut peraturan yang sah dan sahih. Begitu juga, apakah baki RM159,487.40 yang masih belum dibereskan akan dibuat bayaran 'advance juga, soal Lim.
Diperhatikan, sesetengah lawatan kerja tersebut sebenarnya tidak lain dan tidak beza dengan lawatan makan angin khususnya lawatan mengelilingi dunia melalui Amerika Syarikat dan Dubai yang makan perbelanjaan hampir RM 1 juta dan diiringi oleh anak isteri Ali Rustam.
Lawatan sudah dilakukan, wang sudah dihabiskan, tetapi apakah hasil dan faedah semuanya itu kepada rakyat?
Di manakah prinsip akauntabiliti dan ketelusan seorang Ketua Menteri, yang meluluskan dan terlibat dalam lawatan kerja dan "makan angin"? tambah Lim. Berfikirlah wahai rakyat Malaysia.
''SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA''
|
posted by jasindaily online @ 6:01 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|