Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Bencana Strategi Yang Paling Dahsyat Dalam Sejarah AS
Thursday, April 20, 2006
Sudah tiba masanya untuk Amerika Syarikat menarik balik askarnya daripada medan perang yang tidak sepatutnya diwujudkan. Tidak pernah ada alasan yang wajar kenapa kita harus menghantar anak-anak muda kita, lelaki dan perempuan, untuk mati di Iraq. Tidak ada kewajaran lagi kenapa mereka mesti dikekalkan di sana sekarang ini.

Pada 5 Oktober, 2005, bekas ketua National Security Counsel, Amerika, Lt. General (R) William Odom telah disebut oleh Associated Press sebagai berkata:
"Penaklukan Iraq, mengikut pendapat saya akan merupakan mala petaka yang paling dahsyat dalam strategi Amerika."Saya memang bersetuju sepenuhnya dengan panglima itu.

Segala penipuan, kelentungan dan tipu muslihat oleh pegawai tinggi di tahap yang teratas dalam kerajaan, dan segala bentuk penderaan dan skandal dan pembolotan peluang perniagaan yang amat menguntungkan keluarga Bush serta pegawai pentadbiran beliau, telah merobah wibawa negara hingga ke satu tahap ia tidak akan mampu bangkit lagi.

Pendedahan betapa korup serta lemahnya perkhidmatan risikan Amerika menjadikan negara kita terperosok dengan imej yang amat memalukan. Bush telah mencetuskan banyak kemarahan dan celaan terhadap Amerika dan Presidennya dalam sejarah negara.

Pentadbiran Bush telah membuatkan negara kita pergi berperang dan mengganyang sebuah negara yang tidak menjejaskan keselamatan Amerika. Hampir 2,500 nyawa askar Amerika dan dianggarkan 100,000 nyawa Iraq sudah pun terkorban.

Namun, masih ada suara yang bertegas bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan Iraq setelah menghancurkannya. Satu ketika dahulu, saya turut serta dalam kepercayaan itu. Tetapi tidak lagi.

Kita sudah tersangkut dengan kemelut itu tanpa ada jalan penyelesaiannya. Namun, pilihan yang masih terbuka setakat ini ialah untuk terus berada di Iraq dan terus menghitung berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Memang sudah jelas betapa rencana Rumsfeld yang haprak itu tidak berupaya mencapai kejayaan tetapi Bush masih lagi enggan merobahnya.

Iraq kini dikatakan tempat pertemuan pelbagai jenis pengganas, sedangkan itu bukannya keadaan sedemikian sebelum Bush menyerang negara itu. Hampir satu tahun yang lalu, ketika disoal oleh CNN, Dick Cheyney telah ditanya tentang kemajuan di Iraq dan dia telah menjawab secara spontan: ''Saya fikir mereka semakin menghampiri garis penamat untuk mengganyang kumpulan pengganas di Iraq.''

Memang ternyata dia sudah silap besar.

Empat puluh tahun dahulu, semasa bercakap mengenai Perang Vietnam, Ahli Kongres Rumsfeld pernah berkata: ''Rakyat Amerika mesti sedar bukan sahaja bagaimana negara ini terlibat, tetapi ke mana arah kita dalam penglibatan itu.''

Rakyat Amerika hari in harus diberikan hak mengetahui kebenaran bagaimana kita boleh terlibat di Iraq dan ke mana arah tuju kita. Yang lebih penting lagi, semua askar kita mesti tahu akan rencana sebenar ketua turus angkatan tentera kita.

Naib Presiden telah mencemuh segala kritikan terhadap cara pentadbiran Bush menangani perang Iraq sebagai ''tidak bertanggungjawab dan meloyakan''. Ini adalah satu kenyataan yang turut dikongsi sama oleh Bush.

Beliau seolah-olah tertekan apabila: ''rakyat menggunakan kedudukan mereka mempersoalkan perang itu dan bermain politik'' kata Dick Cheyney. Tetapi saya berpendapat, dasar Amerika sekarang mengorbankan ribuan nyawa dan ratusan billion dollar. Ini bukan politik lagi. Selepas tiga tahun kita masih terlibat dalam satu misi yang tidak menentu dan tidak ada penanda aras untuk mengukur kejayaannya.

Presiden Bush terus mengulang-ulang kata-kata bahawa kita tidak akan berundur selagi kemenangan belum tercapai. Kemenangan apa yang mahu kita capai?

Pada 6 Oktober, 2005, semasa berucap mengenai Demokrasi Bush berkata: ''Kita tidak akan menoleh ke belakang, tidak akan menyerah kalah dan tidak akan menerima apa-apa selain kemenangan.'' Tetapi bagaimana kita tahu akan sesuatu kemenangan itu kalau kita tidak mampu memberikan definisinya?

Sementara misi peperangan masih belum ditentukan, askar kita telah dibiarkan berperang terlalu lama dan orang Iraq yang baik dengan kita sudah lama mahukan kita pergi.

Bush pernah berkata mahu mengekalkan askar kita di Iraq untuk ''satu waktu yang lama''. Itu adalah satu kenyataan yang tidak sempurna. Siapa tahu berapa lama untuk keamanan dapat dikembalikan di Iraq?

Perang itu mengorbankan banyak nyawa. Ia juga menghakiskan kekayaan negara setakat lebih US$1 billon dollar setiap minggu.

Mengikut catatan Congressional Research Service, menjelang Oktober 2005, Kongres Amerika sudah pun memperuntukkan US$310 billion untuk mengongkosi perang Afghanistan dan Iraq. Ada kenyataan bahawa sebanyak US$50 billion diperuntukkan lagi.

Para penganalis menjangkakan bil keseluruhan akan naik lebih US$400 billon tahun ini. Tetapi US$400 billion adalah kos yang nyata. Masih banyak kos terperam dalam akaun kerajaan. Sebagai contoh pada Jun 2005, Jabatan Hal Ehwal Veteran mendedahkan kesempitan peruntukan yang besar. Bagaimana mungkin JHV ini keputusan wang? Pihak pentadbiran telah gagal mengambil kira peruntukan untuk merawat askar yang pulang sakit daripada medan perang.

Di samping kos rawatan, askar yang cedera perlu pampasan disebabkan kecederaan. Mengikut Jabatan Pertahanan, setakat Oktober 2005, lebih 15,00 askar telah pulang setelah tercedera di medan perang.

Pihak pemungut cukai juga telah terlepas taksiran kerana askar yang keluar negara dikecualikan daripada membayar cukai.

Rakyat Amerika tidak diberitahu mengenai perbelanjaan terpendam itu. Pentadbiran Bush tidak pernah memberikan anggaran belanjawan perang. Amerika perlu tahu perkara sebenarnya dan berapa banyak cukai yang mereka bayar dipam masuk jamban oleh pentadbiran ini di Iraq.

‘The Congressional Budget Office' telah membuat taksiran bahawa lebih US$85 billion lagi akan dibelanjakan tahun ini. Ini bererti US$85 billion akan ditambah kepada hutang negara yang perlu dibayar oleh cucu-cicit kita

Selepas tiga tahun kita melihat askar kita disembelih setiap hari, rakyat Amerika mahukan jawapannya. Akan tetapi setiap kali soalan dikemukakan, Rumah Putih mula buat taktik lama menyerang, membohong dan bermuslihat .

Tindakan menunjukkan drama penangkapan Saddam pada 2003 dahulu, penyerahan negara kepada orang Iraq pada 2004, dan pilihan raya umum dan perlembagaan baru pada 2005, adalah segala muslihat yang sengaja digembar-gemburkan. Rakyat Amerika sudah penat dan naik meluat.

Sudah tiba masanya untuk segala penipuan dan kelentungan ini ditamatkan. Bush perlu memberikan penjelasan untuk kali terakhir, apa sebenarnya yang dia mahu lakukan di Iraq.
posted by jasindaily online @ 4:31 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com