Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SCOMI Anak Pak Lah Pelingkup TNB
Wednesday, April 19, 2006
KUALA LUMPUR: Kontrak untuk membekalkan TNB dengan arang batu adalah satu kejayaan besar kepada syarikat logistic ini.

Pada Jumaat lalu, Scomi Marine telah mengumumkan menerima surat kebenaran TNB Fuel Services Sdn Bhd, anak syarikat TNB untuk kontrak membekalkan arang kepada TNB.

''Kontrak ini adalah satu pencapaian baru kepada Scomi Marine. Ia membabitkan pengangkutan arang batu daripada satu negara ke satu negara, dan ini merupakan kesinambungan operasi yang sedia ad di Indonesia, yang kebanyakannya dibuat melalui tongkang. '' demikian penjelasan seorang pegawai syarikat kelmarin.

Buat masa ini pengangkutan arang batu oleh Scomi Marine di Indonesia membabitkan lebih 100 tongkang dan tugs. Pada 2005 syarikat itu telah mengangkut sekitar 30 juta tan arang batu kepada pelanggannya.

Namun, ada segelintir penganalis kecewa dengan perjanjian itu. ''Sebenarnya kami menjangkakan Scomi Marine akan mendapat keseluruhan kontrak membekalkan TNB dengan 3 juta tan arang batu bernilai US$30 juta setahun. Kini, nampaknya kontrak itu akan dikongsi dengan beberapa pihak lain. Nilai kontrak sebenar akan berkurangan lagi.

''Lagi pun tarikh kontrak adalah tiga bulan di luar jangkaan kami,'' kata seorang penganalis tempatan. Namun, beliau berpendapat tindakan itu adalah positif untuk syarikat bagi tempoh jangka panjang. Scomi Marine akan dapat kontrak yang lebih besar lagi di Malaysia untuk membawa keuntungan lagi.

Menjelang 2010 Malaysia dijangka memerlukan 20 juta tan arang batu setiap tahun.

Walaupun kadar pengangkutan masih rendah, Scomi Marines dijangka berunding dengan tuan punya kapal untuk keperluannya.

Kontrak membekalkan arang batu ialah untuk tiga tahun dengan option TNB Fuel melanjutkan kontrak untuk dua tahun lagi. Jumlah arang batu yang akan dibekalkan ialah 500,000 tan setahun.

Pengumuman itu berkata quality arang batu dan jarak pengangkutannya daripada beberapa negara yang berbeza akan ditentukan.

Surat itu hanya berbentuk Letter of Intent, dan tidak ada maklumat lanjut mengenai kuantiti dan kesan kewangan kepada syarikat setakat ini.

''Kita harus mampu tentukan nilai kontrak sebaik sahaja ia dimeterai.''
posted by jasindaily online @ 9:54 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com