Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Kusza patut dinaik taraf, bukan serah kepada Pusat
Wednesday, April 19, 2006
[Petikan ucapan Dato' Wan Abdul Muttalib Embong (PAS-Batu Buruk) membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Pembubaran) 2006 pada persidangan Dun hari ini (19 April).]

Perkara memansuhkan suatu instutusi yang menjadi harapan milikan rakyat rakyat ini adalah satu perkara yang besar Dewan ini terdahulu diminta meluluskan enakmen sekarang Dewan ini diminta meluluskan memansuhkan tetapi kita tak diberitahu apakah selepas itu.

Apakah tujuan meletakkan kepada kerajaan walaupun kita boleh andai apa yang tersirat tertapi Dewan perlukan kepada ketelusan dan fakta yang jelas. Kita tidak pernah terlibat dengan penubuhan ini kerana kita tidak ada dalam Dewan namun kalaulah kerajaan Pusat memahami dan menunaikan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan, perkara-perkara berkait dengan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan pusat sepenuhnya tetapi malangnya mutakhir ini pendidikan ini dijadikan isu politik.

Kempen pilihan raya, janji pilihan raya dan telah terbukti beberapa tempat hasil kemenangan kita (BN) bagi universiti, ini tidak berperlembagaan kerana perlembagaan dengan jelas memperuntukkan education, pendidikan adalah tanggungjawab Pusat kerana beban membiayai institusi pendidikan ini bukanlah senang, bukanlah sedikit.

Sarawak memperolehinya, Kelantan khabarnya akan memperolehinya, Terengganu juga akan memperolehinya. Kalaulah benar-benar Pusat ikhlas dengan perkara ini, kenapa nak diambil yang kita, kenapa nak dimatikan yang kita, sila sempurnakan janjinya, beri satu universiti.

Kusza mula diwujudkan pada 27 Januari 1980. Sejak itu kampus ini mula digunakan Januari 1983 sebagai kampus utama sehingga hari ini. Pada Jun 1982, Kusza mula menawarkan program Diploma Pengajian Islam dan seterusnya Kusza sebagai sebuah instutusi pengajian tinggi yang berteraskan Islam sejak penubuhannya sehingga hari ini telah dipimpin oleh lima orang pengarah. Tetapi apa yang nak dinyatakan di sini, adakah Kusza gagal dalam menjalankan tugas dan memenuhi aspirasi rakyat dan Negeri Terengganu.

Hari ini Kusza telah menawarkan lebih daripada 23 program diploma pelbagai bidang, tiga diploma lanjutan serta program persijilan, agama dan tecnological studies, pengajian-pengajian yang berkait dengan teknologi.

Kini setelah hampir 25 tahun berdirinya gedung ilmu ini, Kusza telah mendapat pelbagai pengiktirafan akademik dari universiti tempatan, Timur Tengah dan Barat. Adalah menjadi tanggungjawab jentera pentadbiran dan seluruh warga Kusza yang lain bagi memastikan kolej perdana yang tercinta ini terus melahirkan cendikiawan Islam yang selari dengan falsafah serta hadaf kolej.

Adalah diharapkan dengan pencapaian setakat ini, Kusza akan terus berkembang menjadi sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang ulung di rantau sebelah ini. Pencapaian ini adalah salah satu hasil usaha berterusan untuk menjadikan Kusza sebagai kolej universiti yang menawarkan kursus-kursus di peringkat yang lebih tinggi.

Adakah kita (kerajaan BN), walaupun tak suka orang lama, mahu meninggalkan jasa-jasa mereka, pandangan, misi dan visi yang telah mereka berikan kepada negeri ini?

Falsafah penubuhan, objektif.

Melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematikMelahirkan generasi muslim yang berilmu dan mampu menyebarkan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah

Mendekatkan masyarakat ke arah menghayati Islam sebagai suatu cara hidup ummahMewujudkan profesional, semi profesional ynag berteraskan Islam

Meningkatkan kemajuan ummah dan pembangunan masyarakat selaras dengan Islam

Pertumbuhan dan perkembangan yang dinyatakan sebentar tadi menepati objektif penubuhan.
Tiba-tiba, oleh kerana terlalu ghairah untuk mendapat UDM, janji pilihan raya Pusat, kalau dapat balik negeri Terengganu kepada Umno, kita (Pusat) buat universiti sedangkan tanggungjawab penubuhan universiti itu masih kekal dan akan kekal selama-lamanya mengikut perlembagaan Malaysia kepada kerajaan Pusat.

Jalan keluar ketika itu, 1980 pimpinan Umno untuk meninggikan mutu dan taraf penuntut-penuntut, anak-anak orang Terengganu yang ketinggalan sekian lama dari sudut pendidikan, perolehan, peningkatan ekonomi yang lebih baik, maka kepimpinan ketika itu berwawasan, menubuhkan kolej ini walaupun pendapatan negeri pada ketika itu hanyalah baru sahaja menerima tambahan hasil daripada bayaran royalti petroleum. Pada ketika itu hasil tahunan tidak melebihi RM230 juta setahun.

Tetapi pada hari ini dengan Bajet 2006, kita (negeri) mempunyai RM1.7 bilion. Bajet ini akan berulang balik. Kenapa Kuzsa yang RM80 juta ini tidak dapat kita biayai, tanggung untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada anak Terengganu yang masih lagi memerlukan tempat-tempat di institusi pengajian tinggi.

Walaupun mungkin UDM akan ada sebagai yang tersirat tetapi apa salahnya kita mempunyai satu UDM, dan Kusza ini juga akan berkembang dengan universiti kerana inilah hasil usaha yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin negeri Terengganu sendiri yang tidak ada cacat cela daripada prestasi, kemajuan terbaik dan terunggul seperti mana yang dihasratkan.

Bukanlah sekadar kita (PAS) nak membangkang tetapi kita mahu mengekalkan Kusza ini dan meningkat taraf kepada universiti.

Kita tahu bila ianya pergi kepada universiti di bawah kawalan pusat, maka kita (negeri) tidak ada lagi kawalan penubuhannya seperti objektif yang saya bacakan tadi berkisar kepada Islam dan kemajuan Islam yang mana ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan masih lagi sebagai ketua agama Islam, merestui penubuhan dengan harapan Islam akan dikekalkan sebagai matlamat kemajuan dan dihayati oleh rakyat di negeri ini.

Kita telah banyak kali kecewa bila mana kita mempunyai perjanjian dengan kerajaan Pusat dan kerajaan Pusat juga mengambil kesempatan di atas kekuatan kuasa Pusat dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Saya ingin rujuk kepada perjanjian bayaran royalti petroleum.

Yang Dipertua: Saya tak benarkan kerana dia masih lagi dalam peringkat mahkamah.Kita pergi kepada perjanjian MRSM-YT, di mana pada ketika itu kuasa politik Terengganu berpindah tetapi MRSM-YT yang mempunyai hak kuota paling kurang 80 peratus rakyat Terengganu.

Tetapi oleh kerana kuasa duduk di sana, mahu diperluaskan supaya 80 petatus ini diturunkan dan dibenarkan penuntut-penuntut dari luar Terengganu masuk ke sini. Maka timbullah permasalahan MRSM-YT dengan Kerajaan Terengganu pada ketika itu sehingga ianya ditutup dan dijadikan isu politik.

Bubar Kusza: 'Kejayaan' Islam Hadhari Terengganu Bestari
[Petikan ucapan Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Pembubaran) 2006 pada persidangan Dun hari ini.]
Sekadar untuk menyatakan sikap yang amat sedih dan kecewa bila Kusza ini hendak dibubarkan. Sebab ini kerana soal prinsip, soal dasar. Dan kami pembangkang yang selalu kami sebut bukan membangkang sembrono. Saya teringat dua tiga hari lepas kata bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) kata perlu kepada pembangkang yang kuat untuk check and balance’.

Saya tidak setujulah bila Dato' Seri Menteri Besar kata dahulu, bila hendak buat Kusza, kita (PAS) ini bangkang sahaja. Waktu penubuhan Kusza dan kalau kita lihat Enakmen Penubuhan Kusza itu pada 1981 iaitu selama 25 tahun yang lepas. Tahun 1981, kami seorang pun tidak ada dalam Dewan Undangan Negeri. Tahun 1978 hingga tahun 1982. Sesi Dewan pada waktu itu tidak ada wakil pembangkang.

Tahun 1982 baru ada lima orang. Jadi tidak timbul kita membangkang membabi buta atau kita dituduh untuk mencari salah dan silap semata-mata. Ini soal dasar yang kita rasa kita perlu ambil tanggungjawab bersama mengemukakan pandangan kita. Jadi berhubung dengan pembubaran Kusza ini, saya sebut tadi amat sedih dan kecewa kerana Kusza ini sejak 25 tahun lalu sudah banyak jasanya.

Sebagai sebuah institusi pengajian di peringkat negeri ini, telah berjaya melahirkan ribuan pelajar yang sekarang ini sedang berkhidmat dalam negeri dan luar negara. Dalam suasana sekarang ini, hampir semua negeri termasuk Perlis dan parti-parti politik ghairah hendak menubuhkan pusat-pusat pendidikan tinggi.

MCA ada pusat pengajian tinggi dia, MIC pun ada dan negeri-negeri lain pun semua ada, dan dalam keadaan itu kita hendak tutup dan hendak bubar. Kita hendak bubar Kusza tetapi dalam masa yang sama kita pula berusaha untuk bawa masuk institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan katanya sudah dua buah hendak ditubuhkan di negeri Terengganu. Tapi yang sudah ada kita hendak bubar. Kita bukan hendak bangkang dan tidak setuju dengan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kita dari segi penubuhan universiti dan apa juga pusat pengajian tinggi untuk kebaikan rakyat, kita setuju. Tapi sepatutnya, Kusza itu sendiri dinaiktarafkan dan dikekalkan. Dan bukan semata-mata kerajaan negeri hendak menyelamatkan RM80 juta setahun untuk membiayai kos Kusza setahun. Maka untuk jalan mudah kita serah sahaja Kusza kepada Pusat untuk dijadikan UDM.

Saya cukup sedih sekali lagi kerana Kusza ini hanya ada pada nama tetapi entitinya tidak akan ada lagi selepas daripada ini. Lambang dan identitinya dihilangkan dan barang kali inilah bila bubar Kusza, menggambarkan kejayaan Islam Hadhari Terengganu Bestari.
posted by jasindaily online @ 9:31 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com