Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Terengganu: Dulu kerajaan OK rakyat kaya, kini kerajaan OK rakyat susah
Tuesday, April 18, 2006
Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib telah memberikan ucapan yang sangat bernas dalam Sidang DUN Terengganu semalam. Ia berupa inti segala apa yang berlaku di Terengganu ketika kerajaannya di bawah PAS dan kini di bawah BN. Berikut adalah petikan ucapan beliau yang merupakan Adun Manir semasa membahaskan ucapan titah Sultan Terengganu.

Petikan ucapan Adun Manir yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib ketika membahaskan Titah Ucapan Sultan pada persidangan Dun Terengganu, semalam (17 April). Kita bercakap soal harga minyak naik. Kita berfikir dari segi logik kita. Patutkah harga minyak naik. Kita sedar berlaku kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa.

Kita ini negara pengeluar minyak atau negara pengimport minyak? Kalau kita negara pengimport minyak, memang kita tidak boleh lari kerana bila harga minyak mahal. Kita terpaksa jual mahal. Tapi kita negara pengeluar minyak. Jika harga minyak dunia naik, tentu kita akan dapat duit banyak sebab harga minyak naik.

Royalti minyak

Jikalau Terengganu ini tidak kerana Umno suruh kerajaan pusat tarik balik royalti, sudah tentu Terengganu sebuah negeri yang kaya. Tapi 'cerdik' Umno ini, dia suruh kerajaan persekutuan tarik balik.

Macamlah cerdik Umno zaman dahulu serah Singapura kepada Lee KuanYew secara percuma. Sekarang ini hendak buat jambatan pun tidak boleh. Ini cerdik politik Umno. Inilah kejayaan besar Umno dari sudut politik.

Kalau kita sebagai pengeluar minyak dan kita juallah di peringkat antarabangsa kepada negara lain dengan harga pasaran atau lebih tinggi tetapi kenapa harga runcit untuk rakyat kita tidak boleh fikir cara supaya rakyat kita tidak mengalami masalah, kalau dia berfikir untuk rakyat.

Sebab itu, kita bantah dan kita hendak minta supaya kerajaan boleh bertimbang rasa kepada orang ramai kepada rakyat supaya harga minyak itu tidak dinaikkan sekaligus. Kita tidak ada jalan lain bila harga minyak naik. Itu pasal kita tidak setuju harga minyak naik.

Kita tidak ada jalan. Kadang-kadang kita kena bersyarah. Kadang-kadang kita kena bercakap. Kita kena berdemontrasi dan membantah sebagai salah satu usaha. Kalau kerajaan bertimbang rasa dia boleh turun semula, alhamdulillah. Dan kalau dia hendak teruskan dan rakyat masih hendak sokong dia, terpulanglah kepada rakyat. Kita sudah menjalankan kewajipan kita.

Tiada pelabur asing

Setakat kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih negeri, bercakap tentang pelabur asing. Kerajaan PAS dahulu tidak berjaya menarik satu sen pun pelabur asing datang ke negeri Terengganu. Tapi bila BN mengambil alih dalam masa setahun dua ini, kononnya BN berjaya menarik pelabur asing begitu besar.

Tapi saya baca soalan bertulis dari wakil Kemasik ini tidak ada satu sen pun kemasukan pelabur asing ke dalam negeri Terengganu dari tahun 2004 hingga 2005. Pada tahun 2004 sebanyak tujuh syarikat diluluskan dan tahun 2005 sebanyak 29 syarikat diluluskan dan berjumlah kira-kira RM248.8 juta. Tiada kemasukan pelabur asing ke dalam negeri.

Pembangunan ekonomi, memang hebat. Projek mega seperti Lebuh Raya Pantai Timur, Lapangan Terbang, Kompleks Sukan. Tapi projek-projek yang kecil untuk kontraktor-kontraktor kita di peringkat pertengahan yang sederhana.

Zaman pemerintahan Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS dahulu, kontraktor ini banyak kaya tetapi musim sekarang ini kena jual kereta. Dan ada yang teruknya kena istihar bangkrap. Dan terdapat sebahagian projek buat tetapi tidak dapat lagi. Oleh kerana, kerajaan 'terlalu banyak' duit terpaksa melambat-lambatkan bayaran.

Monsoon Cup

Monsoon Cup, soalan saya ditolak berkenaan dengan kos iklan Monsoon Cup yang sampai ke peringkat antarabangsa, berapa. Saya dengar orang kata, tapi kalau tidak betul Exco berkenaan kena nafilah. Saya 'letak' tidak banyak cuma RM200 juta sahaja.

Tahun ini kalau hendak buat lagi kena bayar lagi bukan sekali itu sahaja. Ini duit rakyat. Tuanku bertitah supaya jimat cermat. Apalah besar sangat RM200 juta itu.

Dan yang teruk lagi adalah peniaga-peniaga kecil yang mengusahakan kerepok seperti T-Lekor dan sebagainya. Masalah tidak laku niaga sekarang ini dan hendak cari pendapat RM50 semalaman pun payah.

Semasa zaman PAS memerintah, alhamdulillah. Kerajaan tidak kaya tapi tidak miskin dan rakyat yang kaya. Masa itu, kontraktor kecil kaya, peniaga pasar malam kaya. Tapi sekarang kerajaan BN kata dia kaya, rakyat miskin.
Penduduk miskin

Masa ucapan dalam Bajet dahulu orang miskin di Terengganu ada 16,000 orang dan dalam jawapan lisan hari ini jadi 21,000 orang miskin. Sebab itu, 'bijaksana' sungguh Exco bahagian kebajikan ini kerana berjaya menaikkan jumlah orang miskin dalam negeri Terengganu.

Jumlah angka kemiskinan terus meningkat di bawah usaha kononnya banyak dilakukan oleh kerajaan BN hari ini. Kita tidak mahu mendabik dada tetapi usaha dilakukan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Antaranya, pembahagian tanah yang telah berulang kali kita cakapkan dan juga bantuan yang kita panggil Jaya Diri.

Orang-orang kampung yang mempunyai projek-projek yang kecil, bengkel dan sebagainya. Kita memberi pinjaman tanpa faedah dengan peruntukan kadar masa waktu itu. Kadar keupayaan kerajaan negeri. Kita lakukan ini adalah untuk membantu orang-orang miskin. Kita dapat mengatasi masalah kemiskinan.

Apa lagi dengan bantuan zakat, kita telah menaikkan kadar bantuan orang miskin. Dulu RM60, zaman BN dan kita bagi RM100. Dan kalau dahulu satu keluarga dapat RM150, kita bagi RM250. BN perintah 38 tahun negeri Terengganu, paling mahal sekali elaun imam dan bilal hanya RM180, kita naik jadi RM350.

Ini antara langkah-langkah atau usaha yang telah kita lakukan. Itu baru empat tahun, kalau disambung sepenggal lagi, banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan.
posted by jasindaily online @ 7:18 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com