TAHNIAH Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, anda telah membuka mata saya untukmenyatakan perkara ini. Pada pendapat saya rancangan Debat Perdana diera "Zam" nampaknya semakin melalut. Ianya seperti untuk membelasah pihak pembangkang agar terduduk dengan hujah-hujah yang tergantung danmengakibatkan seperti pihak pembangkang tidak mampu berhujah.
Contoh yang paling ketara di mana sewaktu Saudara Lim Guan Eng menjadijemputan rancangan tersebut, dimana beliau telah diregukan dengan 3+1wakil BN/UMNO. Dalam keadaan ini bagaimanakah mampunya saudara Limuntuk berhujah yang mana penonton sendiri sedia maklum akan hal itu.Sebelum itu pun sewaktu Naib Presiden PAS saudara Hasan Ali, perkaraseperti itu juga berlaku.
Dengan berlakunya keadaan ini saya rasakan sudah tiba masanya kitajangan mengikut rentak pihak lawan kita, mereka ini sebenarnya tidakikhlas dan mempunyai matlamat yang lain dari rancangan tersebut.
Jika mereka betul-betul ikhlas mengapakah mereka tidak menyahutcabaran Tok Guru Nik Aziz untuk berceramah atas tajuk "DASAR & AKIDAHSESEBUAH NEGARA". Mengapakah mereka tidak menyahut akan cabarantersebut? Jadikan ianya seperti mana Dato' Fadzil Noor dan TunMahathir berceramah bersama di atas pentas di Dewan Bahasa beberapatahun yang lalu diatas tajuk PALESTIN. Letakkan pula Tok Guru Nik Azizdengan cucu ulamak dan biarlah rakyat marhaen yang menilai segalanya….
MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA?
Inilah dikatakan ketidakikhlasan! Jika ikhlas sudah tentu mereka akanmenerima akan cabaran dari Tok Guru kerana hujah-hujah yang telahdinyatakan Tok Guru untuk tidak menerima cabaran untuk isu RM9 padasaya ianya berasas.
Jadi jika ianya DEBAT, jadikan ianya DEBAT, jika ianya FORUM jadikanianya FORUM dan contoh DEBAT yang terbaik ialah dimana sewaktu IsuSek. Agama Rakyat tempohari dimana diantara Saudara Salahudin Ayoubdengan Nazri Aziz. Manakala untuk contoh FORUM pula ialah rancanganFORUM AGAMA di RTM1. |