Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Melaka tiada air dua hari
Friday, April 14, 2006
MELAKA: Hampir semua kawasan di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pengalihan paip untuk projek melebarkan Jalan Melaka-Muar, sambungan paip baru serta mencuci kolam air.

Bagaimanapun, gangguan bekalan air selama dua hari berturut-turut bermula 19 April ini akan pulih secara beransur-ansur dan kawasan tinggi dijangka mendapat bekalan lewat daripada jadual.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Perbadanan Air Melaka (PAM), Baharam Mohamad menasihatkan pengguna di kawasan terbabit supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan harian.
Bagi daerah Melaka Tengah, bekalan air akan terganggu pada 19 April bermula jam 9 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya membabitkan Taman Saujana Indah Seksyen II, Kilang Industri Krubong, Taman Krubong Jaya, Taman Merbok Fasa 3; Petronas Peringgit Jaya, Mata Kucing, seluruh Taman Peringgit Jaya, Taman Tasik Utama, Bukit Punggor, Bukit Meta, Bukit Larang, Semabok, Kampung Permatang Duyung dan Taman Bukit Beruang Utama.Kawasan lain ialah Punggor Pernu, Telok Mas, Tambak Bugis, Taman Bukit Cheng, Taman Sri Tanjong, Sri Gelam Tangga Batu, Rumah Awam Tangga Batu, Kilang Dedak Multifeed, Taman Mas Merah, Lapangan Terbang Batu Berendam, Kilang CTRM, Taman Seri Budi, Taman Seri Wangi, Taman Jati Lama, Taman Songket dan Taman Selendang.
Turut mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Suria Batu Berendam, Bukit Beruang, Taman Bukit Melaka, Taman Kerjasama, Solok Bukit Pulau, Rumah Awam Bukit Beruang, Taman Harta Pertama, Buit Baru, Jaya Jusco, Bukit Beruang Height, Taman Bukit Baru dan Rumah Pangsa Temenggong (Polis).Hospital Pantai, Taman Cendana, Taman Sentosa, Taman Merbok, Taman IKS Bukit Piatu, Taman Merak Mas, Taman Tiong Mas, Kediaman Istana Melaka dan Rumah Awam Bukit Katil.
Bagi daerah Jasin, gangguan bekalan air akan berlaku selama 15 jam bermula jam 9 pagi hingga 12 malam membabitkan Pekan Batang Melaka, Kampung Hulu, Kampung Hilir, On Lok, Kampung Baru Batang Melaka, Kuala Sunggah, Tebong, Bukit Putus dan Rumah Awam Batang Melaka.Kampung Jus, Kampung Bukit Senggeh, Gapis, Jalan Bukit Senggeh-Selandar, Pekana Selandar, Jalan Selandar ke Batang Melaka, Taman Jus Permai, Taman Jus Perdana, Pekan Bemban, Kampung Ulu Duyong, Kampung Asam Kumbang, Jalan Lalang Estet, seluruh Kampung Tehel, Taman Bemban Jaya dan Taman Bemban Utama;IKS Bemban, Kampung Air Panas, Taman Megah, Taman Bemban Baru, Bukit Kajang Estet, Rumah Awam Bemban, Taman Air Merbau, Kampung Air Merbau, Kongsai serta Jalan Bemban-Air Lima kawasan di daerah Alor Gajah yang terbabit dengan gangguan bekalan air pada waktu sama ialah Taman Garuda, Taman Mekar, Taman Seri Bayan, Taman Tunggal dan Kampung Gangsa.
posted by jasindaily online @ 7:08 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com