Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Hang Tuah ...merempat lagi
Wednesday, April 12, 2006
MELAKA, 28 Mac (Hrkh) - Seramai 19 peniaga Melayu di Bazar Melaka, Melaka Sentral, kesal terhadap pihak pengurusan pusat itu yang memberi mereka notis dua minggu untuk berpindah.

Seorang peniaga, Mustaffa Ahmad, 52, yang telah berniaga pusat itu sejak Oktober 2004, mempersoalkan mengapa pihak kerajaan bertindak menghalau mereka sedangkan di tempat itulah mereka mencari rezeki.

Beliau berkata, arahan berpindah secara lisan kepada peniaga yang terlibat menimbulkan rasa tidak puas hati dan ekoran daripada itu satu demonstrasi telah diadakan pada 25 Mac lalu yang telah disertai oleh semua peniaga berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan selalu melaung-laungkan kata-kata; "Kita sentiasa membantu peniaga bumiputera" tetapi apa telah terjadi sebaliknya, peniaga Melayu sentiasa tertindas dan dizalimi.

Dimaklumkan bahawa pihak kerajaan akan memberi ruang bazar tersebut kepada peniaga dari Singapura yang akan beroperasi 24 jam.

Sebelum ini kerajaan telah berjaya menghalau para peniaga di gerai hadapan bazaar itu untuk berpindah ke belakang bagi memberi laluan kepada syarikat Tekstil Nagoya.

Baru-baru ini juga kerajaan telah bertindak menghalau para peniaga bumiputera di Bazar Mara Jalan Laksamana, dan merobohkan gerai tersebut yang telah dibina pada tahun 1966.

Ia dijadikan tempat letak kereta bagi memudahkan para pengunjung ke sebuah gereja berhampiran, terutama pada hari minggu.

Sekarang kerajaan Melaka bertindak menghalau pula peniaga Melayu di Bazar Melaka untuk kepentingan orang luar, kata seorang lagi peniaga.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, sepatutnya kerajaan mencari jalan untuk menambahkan bilangan bumiputera berniaga di bandar dan bukan menindas mereka.

Beliau kesal dan hairan bagaimana kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno tergamak menindas orang Melayu yang mengundi dan menyokong mereka, katanya.

"Diharap Kerajaan Pusat mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan Melaka supaya peristiwa menyayat hati ' merobohkan Bazar Mara Melaka' tidak berulang,"
kata beliau.
posted by jasindaily online @ 10:05 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com