Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Melaka ugut ambil tindakan ke atas 13 Pasti
Tuesday, April 11, 2006
MELAKA, 12 April (Hrkh) - Tiga belas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di seluruh negeri Melaka diancam untuk dikenakan tindakan oleh kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam (Jaim).

Pada 27 Mac lalu 12 Pasti diberi surat amaran daripada Jaim yang mengarahkan semua institusi itu berdaftar di bawahnya.

Pada 9 April lalu, sebuah lagi Pasti menerima surat yang sama. Pasti terbabit dituduh melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002. Surat (Jaim/6/(S) 223/1-34 (4) yang ditandatangani oleh Pengarah Jaim yang baru, Abdul Halim Tawil antara lain memberi amaran bahawa jika Pasti berkenaan enggan mendaftar dengan Jaim dalam masa 14 hari daripada tarikh surat itu (27 Mac 2006),tindakan akan diambil mengikut enakmen tersebut. Pasti yang menerima surat tersebut ialah Pasti Al-Munawwaarah 2 & 3 (Kawasan Alor Gajah), Pasti Jaya Insan (Bukit Katil), Pasti Ar-Rahmah (Solok Gaung), Pasti Darul Islam (Bukit Beruang), Ar-Roudhah, Al-Istiqamah, Al-Amin, As-Syakirin, As-Solihin (Jasin), As-Syarifah, Al-Hidayah (Kota Melaka), dan Pasti An-Nuriah (Tangga Batu).

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah mengadakan majlis taklimat mengenai perkembangan ini di Pejabat Perhubungan Negeri di Semabok baru-baru ini.
Pada majlis itu, Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abd Majid menjelaskan Pasti adalah sebuah institusi yang ditubuhkan sebagai salah satu dari program pendidikan PAS.

Maka isu pendaftaran dengan Jaim tidak berbangkit kerana ia tertakluk kepada perlembagaan PAS dan Akta Pertubuhan, katanya. Dalam Perlembagan PAS Fasal 6 (2) pindaan 2001 jelas menyatakan bahawa antara program dan akitiviti PAS adalah menjalankan program ekonomi, pelajaran dan pendidikan. Jadi Pasti adalah salah satu program yang dianjurkan oleh PAS di bawah Dewan Pemuda, katanya. "Kita tidak gentar dengan amaran ini, kerana yakin bahawa kita bergerak mengikut undang-undang dan tertakluk kepada perlembagaan PAS dan akta pertubuhan. Saya tidak akan membiarkan Pasti di negeri Melaka berkubur begitu sahaja," tegas Azrin. Pada majlis yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik meminta semua pengurus Pasti dan ahli lembaga pengarahnya bersama-sama bernaung di bawah Dewan Pemuda Negeri serta memberikan kepercayaan kepadanya bagi menangani isu berkenaan. "Insya-Allah jika kita bekerja dalam satu jamaah dan satu pasukan kita akan menjadi kuat dan Allah akan menolong kita," tegasnya.

Pada akhir program taklimat itu, semua pengurus Pasti menandatangani surat jawapan yang akan dihantar kepada Jaim.

"Insya-Allah kita akan menyerahkan sendiri surat jawapan kepada Jaim sebelum tarikh akhir yang diberikan Jaim," kata Pengarah Pasti Negeri Melaka, Kadeer Mohd Dewa yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Sebelum ini lima Pasti telah disaman oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan kerajaan atas pelbagai kesalahan. Salah satu dari kes tersebut akan didengar di Mahkamah Persekutuan. Turut hadir pada majlis taklimat Pasti ialah Timbalan Pesuruhjaya 3, Haji Mohd Yassin Abd Ghani dan ahli-ahli Majlis Guru Pasti Melaka.
posted by jasindaily online @ 10:23 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com