Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Dasar perpaduan negara untuk menguatkan BN sahaja?
Sunday, April 09, 2006
Kenyataan awal TPM Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Perpaduan Nasional kelmarin (4/4/06), amat dialu alukan khususnya semangat rukun tetangga yang mahu dihidupkan semula. Namun demikian terlalu awal untuk diyakini program menyeluruh Perpaduan Nasional yang masih belum dilontarkan dalam bentuknya yang lengkap dan kaitannya dengan RMK 9 dari segi dasar dan program yang menjurus kearah tersebut. Di sini saya ingin membawa petunjuk petunjuk yang membimbangkan dan sekaligus menggugat Perpaduan Nasional di negara kita.

1. Doktrinasi politik sempit parti pemerintah yang diselimuti dengan nama patriotik kenegaraan adalah sebenarnya untuk memenuhi survival politik BN/UMNO dan bukan survival bangsa dan masa depan negara. Doktrinasi sempit ini menjadi penghalang utama pembentukan masyarakat yang maju dan sekaligus menghalang ujudnya Perpaduan Nasional dengan citra rasa patriotik yang tulen.

2. Kegagalan menyediakan ruang dialog dan perbincangan yang lebih luas dan sihat dalam menentukan dasar dasar yang melibatkan kepentingan semua pihak menyebabkan program perpaduan terbantut dan tidak mendapat sokongan penuh pihak berkepentingan.

3. DEB yang menjadi asas utama perpaduan dalam konteks merapatkan jurang ekonomi antara kaum terus menjadi alasan bagi meneruskan amalan kronisma dan rasuah di peringkat tertinggi. Walaupun setelah tamat tempoh perlaksanaan DEB, pencapaian kaum yang ketinggalan masih lagi belum tercapai bukan kerana dasar itu tidak betul tetapi perlaksanaannya telah diselewengkan oleh pihak berkepentingan. Tiba masanya pendekatan 'affirmative action' ini dilihat dalam bentuknya yang lebih berkesan dan undang undang yang lebih tegas tentang rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin tertinggi negara.

4. Perpaduan Nasional bergantung kepada keselamatan negara. Keselamatan Negara sering disebut oleh kepimpinan negara sebagai keadaan negara dicerobohi oleh pihak luar, namun apa yang berlaku hari ini ialah kepentingan negara dari sudut kepentingan strategik telahpun dijualkan kepada negara asing dan sekaligus membahayakan kepentingan strategik negara. Segala keperluan Perpaduan Nasional mesti meletakkan kepentingan Negara dan Keselamatan Negara berada di puncak agenda.

5. Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan utama seluruh rakyat Malaysia mesti dijulang sebagai asas perpaduan. Adalah amat mengecewakan pihak tertentu mempertikaikan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang semangat dan ruhnya mengambil kira latarbelakang sejarah dan pembentukan negara Malaysia di mana Islam menjadi kayu pengukur penting dalam membentuk Perpaduan Nasional. Adalah diharapkan kenyataan ini dihormati oleh semua pihak dan mereka mampu meletakkannya di tempat yang selayaknya, bukan mempertikai dan memindanya.

Oleh kerana itu, petunjuk petunjuk di atas mestilah dijadikan asas oleh Jawatankuasa Perpaduan Nasional dan Integrasi Kaum sebelum meletakkan apa juga dasar dan program Perpaduan Nasional untuk perlaksanaan RMK-9. Kami sebagai pihak yang turut bertanggungjawab dalam membentuk masa depan negara dan perpaduan kaum, menyarankan beberapa cadangan;

1. Program melahirkan nilai nilai patrioratik dalam generasi muda khususnya, mestilah memenuhi kehendak falsafah Perlembagaan dan Rukun Negara serta keperluan semasa yang melahirkan jati diri bangsa Malaysia, bukan memenuhi kehendak politik sempit golongan berkepentingan.

2. Pemantapan demokrasi dan prinsipnya dalam menjalin perpaduan kaum melalui dialog terbuka, debat yang sihat serta pendidikan nilai nilai kebebasan ini kepada generasi muda demi memberi mereka peluang untuk berfikir dan membuat pilihan. Semua ini hendaklah dilakukan melalui platform media arus perdana yang bebas dan berkecuali.

3. Pengagihan melalui affirmative action dengan acuan yang ada hari ini mesti dihentikan segera kerana ia telah terbukti gagal dan merugikan semangat awal DEB. Kita tidak ada masa untuk terus mundur melalui amalan kronisma dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu, kita memerlukan perlaksanaan dasar yang lebih terbuka, telus dan bertanggungjawab melalui pengawalan undang undang rasuah yang bebas dan berkecuali.

4. Menuntut supaya kepentingan strategik negara seperti komunikasi, pengangkutan, hartanah dan media tidak dijual sahamnya kepada pihak asing yang tiada kepentingan patriotik negara. Menghukum pihak yang bertanggungjawab penjualan saham saham dari syarikat GLC yang mendedahkan kepentingan negara kepada pasaran yang boleh dijual beli dan menolak apa juga alasan tindakan tersebut.

5. Semua pihak mempertahankan ruh dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan memahami peranan Islam di dalamnya sebagai de facto dalam apa juga pandangan dan pendapat mereka tentang sesuatu isu yang menyangkut tentang Perpaduan Nasional

Dengan cadangan cadangan ini pihak kami mengharapkan agenda Perpaduan Nasional dalam RMK-9 dapat digerakkan dengan berkesan dan kami meletakkan harapan yang besar supaya RMK -9 adalah masa yang terbaik untuk kita melihat dan menilai semula amalan politik sempit yang menjadi sinonim kepada segala perlaksanaan program program kerajaan. Semoga kita dapat melonjak kepada politik yang lebih luas ufuknya bagi mencapai kepentingan nasional dan untuk masadepan generasi kita.
posted by jasindaily online @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com