Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Cerita bubar DUN datang dari orang tidak siuman dan reka cerita - MB Kelantan
Friday, April 07, 2006
PENGKALAN CHEPA, 7 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' NIk Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan menyifatkan isu itu hanya cakap-cakap dari orang yang tidak siuman serta mereka-reka cerita yang tidak ada.

"Tidak ada sebab kami berbuat demikian, apa yang didedahkan oleh akhbar harian hari ini hanyalah untuk meresahkan rakyat, mereka tidak senang sekiranya melihat rakyat dalam keadaan tenang.

"Kenyataan itu (Bubar Dun) hanyalah cakap-cakap dari orang yang tidak siuman serta mereka-reka cerita yang tidak ada,"ujarnya lagi sewaktu berucap merasmikan mesyuarat agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Putik, pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negara ini khususnya ahli parti mendapat maklumat yang jelas dari akhbar rasmi PAS Harakah dan Harakah Daily.
Menurutnya, hanya media berkenaan yang sesuai dijadikan bahan rujukan dan bukannya akhbar harian yang dikontrol oleh mereka yang berperkepentingan politik tertentu.

Beliau mendedahkan lagi, BN sentiasa mencari isu untuk menyusahkan rakyat agar mereka sentiasa gelisah dengan pelbagai isu yang ditimbulkan mereka.
Kerana itu, menurutnya pelbagai isu ditimbulkan termasuk pembubabaran dewan oleh kerajaan negeri.

Turut berucap pada majlis itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan berkenaan, Senator Wan Ubaidah Omar.
Tidak perlu tukar kerajaan

Dalam majlis itu juga, Menteri Besar berkata, tidak ada sebab rakyat di negeri ini untuk menukar kerajaan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang memandangkan mereka turut mendapat peruntukan dalam RM-9 sebanyak RM7 billion.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya rakyat masih berada dalam kerajaan PAS, tetapi mereka sudah diberi jaminan untuk memperolehi hasil tersebut untuk pelbagai projek pembangunan, apa ertinya menukar kerajaan.

"Biasanya orang mengundi BN ni nak duitkan?. Jadi kalau sekarang ni walaupun masih berada dalam kerajaan PAS, Kerajaan Pusat dah janji nak bagi peruntukan sebanyak RM7 billion, jadi tak payahlah tukar kerajaankan?.

"Tadi selepas kuliah Jumaat wartawan dah tanya saya berhubung perkara ni, saya jawab gitulah, kan betul tu apa yang saya cakap," ujarnya.

Sambungnya lagi, sekiranya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah berjanji untuk memberikan peruntukkan sejumlah itu, tidak wajar lagi untuk menukar kerajaan.
posted by jasindaily online @ 4:36 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com