Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PM hadapi dua halangan besar dalam laksana RMK-9
Wednesday, April 05, 2006
KEPALA BATAS, 6 April (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi ingatan bahawa, menteri yang luput tarikhnya dan kroni terdekat beliau adalah dua halangan utama dalam menjayakan Misi Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke -9 (RMK-9).

Ada juga yang menganggap, apa yang dibentangkan hanya falsafah sahaja tetapi apabila datang kepada pelaksanaan, ia akan gagal kerana bakal dilaksanakan oleh menteri-menteri yang jelas korup.

"RMK-9 hanya pembentangan falsafah tetapi pelaksanaannya gagal disebabkan golongan yang menggagalkan RMK-9 masih disimpan sebagai menteri. Tentu peristiwa lama seperti RMK-7 dan RMK-8 akan berulang, " kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap di majlis Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) di padang Sekolah Rendah Al-Hidayah, Pongsu Seribu.

Kata beliau lagi, selagi ada menteri atau Menteri Besar yang kuat mengamalkan rasuah dan penyelewengan nescaya semua projek di bawah RMK-9 akan hancur.

RMK-8 sambung Haji Mohamad, kebanyakannya gagal sebagaimana terbukti dalam bidang pendidikan yang memperuntukkan pembinaan makmal komputer di keseluruhan sekolah.

"Tentu semua orang masih ingat tentang pembinaan makmal komputer di sebuah sekolah di Temerloh, Pahang yang bernilai RM300 ribu dibina dengan harga RM70 ribu sahaja. Akhirnya makmal itu runtuh, " katanya dengan sambut ketawa ribuan hadirin.

Lagipun ujar beliau, peruntukan memperkasakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak tersenarai langsung dalam pembentangan RMK-9.

Dari sini sudah jelas, kepimpinan Abdullah tidak lagi mementingkan benteras sebaliknya membiarkan menteri yang terkenal dengan sikap tersebut bermaharajalela.

"Jika benar kepimpinan Abdullah ingin membersihkan skandal yang ada sebelum kepimpinannya pasti ada penambahan untuk memperkuatkan BPR, " jelas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Selamat majujaya kepada PM

Sementara itu, bekas Adun Lunas, Saifudin Nasution Ismail mengucapkan "Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha merealisasikan Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) dengan dua cabaran utaam itu."

Menurutnya, melalui RMK-9 Abdullah mahu ia dilaksanakan dalam masa lima tahun sedangkan banyak perkara dalam RMK-8 masih tertangguh dan ada yang gagal.

Jelas beliau, jika Abdullah mahu RMK-9 menepati sasaran ia mesti melakukan beberapa perubahan drastik termasuk memecat beberapa orang menteri kabinet yang telah dianggap 'melepasi tarikh luput'.

Ini disebabkan, mereka tidak lagi boleh membantu Abdullah menjayakan RMK-9 yang memerlukan perancangan rapi selain tidak terlibat dengan amalan rasuah.

"Mereka ini perasuah manakan boleh duduk dalam kelompok yang mahu menjayakan RMK-9, " tegas beliau yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan kegagalan RMK-9 nanti ialah individu terdekat Perdana Menteri sendiri, atau kroninya, yang secara langsung menyekat kehendaknya untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

Seperkara lagi yang harus diucapkan kepada Perdana Menteri ialah sikap beliau yang keras hati menekan rakyat dengan berbagai kenaikan setelah baru dua tahun memegang tampuk pemerintahan.

"Selamat maju jaya rakyat kena ucapkan kepada Abdullah kerana mahu membuktikan kepada mata dunia bahawa prinsip kepimpinannya juga boleh memajukan Malaysia. Walaupun mengekalkan dasar dan menteri yang korupsi, " ujarnya dalam program anjuran PAS Kawasan Kepala Batas.
posted by jasindaily online @ 9:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com