Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Seruan TPM - Siapa yang perlu ubah gaya hidup.???
Wednesday, April 05, 2006
Selaras dengan seruan Timbalan Perdana Menteri supaya rakyat ubahgaya hidup bagi menampung kesan kenaikan minyak , berikut diberikanbeberapa panduan kepada pelbagai lapisan golongan masyarakatdaripada golongan rakyat ke pemimpin rakyat, daripada golonganmiskin ke golongan kaya untuk mereka ubah gaya hidup mereka.
Jika sebelum ini kita kerap makan luar, amalkanlah makan dirumah. Jikalau tiada masa untuk memasak, pastikan mempunyai stok mi segera yang banyak. Tapi kalau orang yang memang tidak pernah makan luaryang duit belanja dapur hanya cukup untuk makan dirumah , macam manamereka hendak ubah gaya hidup mereka ?
Jika sebelum ini kita menghantar anak ke sekolah dengan kereta kita,hanya anak kita seorang, maka sekarang kita berpakatlah dengan jiran-jiran untuk bergilir-gilir menghantar anak-anak ke sekolah. Tapikalau sekarang pun sudah ramai anak jiran yang menumpang keretakita, macamana kita hendak ubah gaya hidup ?
Jika sebelum ini kita menaiki kereta ke tempat kerja, maka usahakanlah untuk menaiki motosikal. Tapi kalau kita memang daridulu naik motosikal bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?
Jika sebelum ini kita kerap melancung ke luar negara, maka mulaipernah pergi melancung mana-mana hanya balik beraya di kampung,bagaimana kita hendak ubah gaya hidup.
Jika sebelum ini anak kita bawa wang saku sebanyak RM 1 - RM 5 kesekolah untuk membeli makanan, maka mulai sekarang buatkanlah bekaluntuk anak-anak kita. Tapi kalau anak-anak kita dari dulu lagi kita sudah bekalkan makanan mereka ke sekolah kerana tidak mampu beriwang saku , bagaimana kita hendak ubah gaya hidup?
Jika sebelum ini kita kerap menonton wayang, berhibur, maka mulaisekarang duduklah sahaja berhibur dirumah, menonton televisyen,bermain dengan anak-anak. Tapi kalau memang dari dulu kita berhibur dengan menonton televisyen di rumah dan bermain dengan anak-anak,bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?
Jika sebelum ini kita kerap membeli pakaian baru hampir setiap bulan, maka mulai sekarang belilah pakaian baru setahun sekali masa Hari Raya sahaja. Tapi kalau kita sekarang pun membeli pakaian baru apabila pakaian lama sudah koyak atau lusuh bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?
Jika sebelum ini kita merokok sekotak dua kotak sehari, maka mulai sekarang hisaplah sekotak atau dua kotak seminggu atau berhenti terus. Tapi kalau kita dari dulu pun tidak hisap rokok bagaimanakita hendak ubah gaya hidup.Banyak lagi contoh yang boleh dibawa di sini, cuma tak mampu hendak menulisnya.
Kesimpulannya, orang yang hidup mewah, orang yang berada, buat apa mereka nak susah-susah untuk ubah gaya hidup mereka kerana mereka masih mampu untuk berbelanja walaupun minyak naik lebih 30 senseliter.
Orang yang sederhana hidupnya dan berjimat cermat mungkin masih dapat bertahan.
Orang yang susah yang tidak boleh lagi ubah gaya hidup mereka hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar atau menadah tangan untuk mengemis.
posted by jasindaily online @ 5:45 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com