DEMI MASA |
|
|
Presiden PAS akan bentang cadangan pendekatan ekonomi nasional |
Wednesday, April 05, 2006 |
KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan rangka dan cadangan pendekatan ekonomi yang perlu diambil oleh kerajaan semasa Kongres Ekonomi Nasional 8-9 April ini. Beliau akan membentangkan cadangan itu semasa memberikan Ucaptama di kongres itu dengan kertas bertajuk "Agenda Baru Ekonomi Nasional: Ke Arah Negara Berkebajikan".
Tujuh kertas penting dijangka dibentang dan dibincangkan dalam kongres yang bakal berlangsung di Hotel Sheraton Subang itu.
Pengerusi Eksekutif Kongres itu, Dr Rosli Yaakob (gambar bawah) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, kongres ini mempunyai tiga matlamat penting bagi membantu negara merangka dasar ekonomi yang lebih adil untuk semua rakyat. "Pertama kita akan membantu kerajaan merangka dasar ekonomi yang berdasarkan penglibatan semua bukan melalui sekelompok elit negara sahaja berdasarkan kerajaan mempunyai kuasa majoriti dua pertiga dalam pentadbiran negara.
Yang kedua, program ini akan melibatkan semua pihak tanpa mengira latar belakang kaum atau agama. Kita mengharapkan, darinya akan menghasilkan satu natijah yang baik untuk negara. "Yang ketiga adalah, kita mahu memberitahu kerajaan dan rakyat bahawa bukan kerajaan sahaja yang mampu merangka dasar yang baik untuk negara bahkan ada pihak yang mungkin lebih baik dasar dan pendekatannya dalam memajukan ekonomi negara," kata Dr Rosli kepada Harakahdaily. Sementara itu, dalam draf alu-aluannya sempena kongres ini, Dr Rosli yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS berkata, kongres dua hari ini bertujuan untuk mengumpul pandangan, luahan hati dan harapan orang ramai berhubung dengan pelbagai isu ekonomi yang menjejaskan kehidupan harian rakyat dan masa depan negara. "Hasil kongres ini akan dimanafaatkan dalam perumusan dasar ekonomi nasional," kata beliau. Antara kertas utama yang bakal dibincangkan adalah prestasi Dasar Ekonomi Baru, Industri kecil dan sederhana (IKS), peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara, K-ekonomi, pembangunan di Kelantan dan juga dasar penswastaan. Tujuh pakar dijangka akan membentangkan pandangan masing-masing dengan pengulasnya yang terdiri dari pelbagai latar belakang dijangka memberikan ulasan ke atas kertas-kertas itu.
|
posted by jasindaily online @ 3:18 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|