Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
PASTI NEGERI MELAKA TERUS DITEKAN
Friday, April 07, 2006

MELAKA 7 APRIL : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negeri Melaka terus ditekan oleh kerajaan Islam Hadhari negeri Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam atau lebih mesra di panggil Ali Ketam.
Pada 27 Mac lalu 12 PASTI diseluruh kawasan di dalam negeri Melaka telah menerima surat amaran dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang mengarahkan kesemua PASTI tersebut berdaftar di bawah JAIM. Semalam sebuah lagi PASTI telah menerima surat yang sama. PASTI-PASTI ini dituduh melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Melaka) 2002.
Surat (JAIM/6/(S) 223/1-34 (4) yang ditandatangani oleh Pengarah JAIM yang baru Abdul Halim Tawil antara lain memberi amaran bahawa jika kesemua PASTI tersebut enggan mendaftar dengan JAIM dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu (27 Mac 2006),tindakan akan di ambil mengikut enakmen tersebut.
Antara PASTI yang menerima surat tersebut ialah dari Kawasan Alor Gajah iaitu PASTI Munawwaarah 2 & 3; Kawasan Bukit Katil - PASTI Jaya Insan(Bukit Katil), PASTI Ar-Rahmah (Solok Gaung), PASTI Darul Islam (Bukit Beruang); Kawasan Jasin - Ar-Roudhah, Al-Istiqamah, Al-Amin, As-Syakirin, As-Solihin; Kawasan Kota Melaka - As-Syarifah, Al-Hidayah; Kawasan Tangga Batu - PASTI An-Nuriah.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka telah mengadakan majlis taklimat tentang isu ini di Pejabat Pejabat Negeri di Semabok malam tadi. Dalam majlis itu, Ketua Pengarah PASTI Pusat, Azreen Abd Majid menegaskan bahawa PASTI adalah sebuah institusi yang ditubuhkan sebagai salah satu dari program pendidikan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Maka isu pendaftaran dengan JAIM tidak berbangkit kerana ianya tertakluk kepada perlembagaan PAS dan Akta Pertubuhan.Dalam Perlembagan PAS Fasal 6 (2) pindaan 2001 jelas menyatakan bahawa antara program dan akitiviti PAS adalah menjalankan program ekonomi, pelajaran dan pendidikan. Jadi PASTI adalah salah satu program yang dianjurkan oleh PAS di bawah Dewan Pemuda.

"Kita tidak gentar dengan amaran ini, kerana kita yakin bahawa kita bergerak mengikut undang-undang dan tertakluk kepada perlembagaan PAS dan akta pertubuhan, saya tidak akan membiarkan PASTI di negeri Melaka ini berkubur begitu sahaja" tegas Azreen Abd Majid dengan penuh semangat walaupun dalam keadaan uzur.
Dalam majlis yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Us Kamaruddin Sedik menyeru supaya semua pengurus-pengurus PASTI dan ahli lembaga pengarah PASTI supaya bersama-sama bernaung di bawah Dewan Pemuda Negeri serta memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda Negeri dalam menangani isu ini.
"Insya Allah jika kita bekerja dalam satu jamaah dan satu pasukan kita akan menjadi kuat dan Allah akan menolong kita" tegas Us Kamaruddin Sedik.
Di akhir program taklimat itu, kesemua Pengurus-pengurus PASTI menurunkan tandatangan masing-masing di dalam surat jawapan yang akan dihantar kepada JAIM. "Insya Allah kita akan menyampaikan surat jawapan kepada JAIM secara 'by hand' sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh JAIM kepada kita" tegas Pengarah PASTI Negeri Melaka, Kadeer Mohd Dewa yang juga bertindak sebagai Pengerusi Majlis.
Difahamkan Dewan Pemuda PAS Negeri diketuai oleh Us Kamaruddin Sedik akan menyerahkan surat tersebut pada minggu hadapan.
Sebelum ini 5 buah PASTI telah di saman oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Kerajaan atas pelbagai kesalahan. Salah satu dari kes tersebut akan didengar di Mahkamah Persekutuan.
Turut hadir dalam majlis malam tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka, Hj Mohd Yassin Abd Ghani;Pengurus-pengurus PASTI, Ahli Majlis Guru PASTI Melaka; Exco-exco Dewan Pemuda Negeri Melaka dan para penyokong PAS.
posted by jasindaily online @ 4:21 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com