Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Al-Quran digital banyak kesilapan
Friday, April 07, 2006
KUALA TERENGGANU, 7 April (Hrkh) - Kebanyakan teks al-Quran dalam bentuk digital mengandungi kesilapan dan perlu dibuat pembetulan sebelum dapat dipasarkan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam di negara ini perlu waspada dalam mendapatkan Al-Quran terutama dalam bentuk digital yang semakin banyak dijual di pasaran tempatan kerana teks atau bahan tersebut dikesan mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya berhati-hati dalam membeli Al-Quran bagi memastikan mereka mendapat kitab suci itu yang sahih dan bersih daripada sebarang kesalahan terutama dari segi ayat dan bacaan.

Menurut Abdul Aziz, kebanyakan Quran digital yang cuba dibawa masuk ke negara ini terutama dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Taiwan, mengandungi banyak kesalahan tersebut.

"Kementerian telah menerima banyak permohonan untuk membawa masuk teks atau bahan Al-Quran ini dalam bentuk digital yang lebih mudah digunakan dan dibawa, serta mengandungi lain-lain maklumat untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam.

"Bagaimanapun, didapati, teks al-Quran dalam bentuk digital ini kebanyakkannya mengandungi kesilapan dan perlu dibuat pembetulan sebelum dapat dipasarkan," katanya di majlis perasmian Seminar Al-Quran Rasm Uthmani peringkat negeri Terengganu.

Abdul Aziz berkata setiap teks atau bahan al-Quran yang hendak dibawa masuk atau dipasarkan ke negara ini disemak oleh dua lembaga iaitu Lajnah Tasheh Al-Quran yang bertanggungjawab dalam membuat penyemakan dan penilaian teks al-Quran dan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran yang bertanggungjawab melulus atau membatalkan sesuatu lesen atau perakuan yang diberi oleh kementerian tersebut.

Dalam meluluskan permohonan untuk mengedar al-Quran, katanya, setiap bahan tersebut tidak boleh mempunyai sebarang kesalahan besar iaitu dari segi kesilapan ayat atau bacaan bagi satu-satu juzuk.

Katanya setakat ini, pihaknya telah memberikan kelulusan kepada empat jenis al-Quran digital yang dikeluarkan oleh syarikat milik orang Islam iaitu Penman Digital Al-Quran (Al-Mukry) Portable keluaran Saba Islamic Sdn Bhd; Al-Quran Al-Karim (Digital Muslim Organizer), keluaran Pusat Multimedia Hafiz; Al-Quran Digital Al-Muhafiz, keluaran A.J.V. Electronic Devices dan Al-Quran Multimedia Edisi Juzu' Amma, keluaran Yayasan Restu.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya telah merampas 12,000 naskah al-Quran yang dicetak tanpa kelulusan kementerian itu serta bercanggah dengan kandungan asal kitab suci tersebut.

Beliau berkata antara kesilapan yang dikenal pasti ialah al-Quran tersebut dicetak bertukar-tukar surah serta saiznya tidak mengikut kelulusan yang diberikan oleh kementerian kepada syarikat pengedar terbabit.
posted by jasindaily online @ 4:29 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com