Kegagalan ini pula banyak disebabkan oleh kelemahan manusia yang puncanya adalah rasuah di kalangan pelaksana dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin.
Bekas Pengerusi Eksekutif Guthrie, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangannya berkata, penyebab utama kegagalan DEB adalah sistem penyaluran pembangunan dan perbelanjaan kewangan negara yang gagal.
Semuanya diletakkan kepada kegagalan manusia.
Sehubungan itu, Khalid melihat faktor penting berhubung manusia ini iaitu pemimpin yang bukan bermuka-muka dan ketulusan dalam pentadbiran.
"Sehingga kini, saya tidak henti-henti mencari kepimpinan yang terbaik untuk negara ini iaitu yang tulus dalam menjalankan tanggungjawabnya," kata Tan Sri Khalid dalam pembentangannya.
Khalid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Prestasi Dasar Ekonomi Baru Dalam Memartabatkan Status Ekonomi Kaum Bumiputera: Satu Penilaian Objektif dan Langkah ke Hadapan".
Bagi Dato' Mustafa Ali yang mengulas kertas itu, konsep Pembangunan Insan telah dibentangkan oleh pasukan PAS yang diketuai beliau dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen) pada tahun 1989 lalu.
"Modal insan baru sahaja ditekankan kebelakangan ini oleh kerajaan," kata beliau.
Bagi Mustafa, inilah punca kegagalan DEB iaitu kelemahan dilivery siystemyang dihasilkan dari kelemahan insan yang merangka, melaksana dan menerima DEB itu.
Bagi beliau, prinsip pembangunan insan telah dinukilkan oleh Imam Al Ghazali lagi iaitu gabungan dari pemimpin yang adil, ulama yang benar (cakap dan amalannya), peniaga yang jujur dan golongan miskin yang sentiasa berdoa agar negara makmur.
"Bagaimana golongan rakyat termiskin ini mahu mendoakan negara makmur kalau mereka tidak menerima apa-apa dari negara," kata Mustafa.
Bagi Abdul Rahman Othman pula, modal insan yang terbaik kini berada pada parti pembangkang ekoran keluarnya mereka dari kerajaan akibat dari ketidakpuasan hati mereka dengan kerajaan.
"Kita ada modal, kamu (kerajaan) ada wang dan kuasa. Kita kena bincanglah bagaimana hendak menggabungkan kedua-dua ini untuk kepentingan agama, negara dan bangsa," kata beliau.
Pengulas ketiga, Dato' Paduka Ibrahim Ali pula berkata, persoalan yang perlu ditangani sekarang adalah pemimpin yang bersih dan amanah adalah dari kalangan ulama
"Tetapi persepsi di dalam masyarakat pula, golongan ustaz ini tidak boleh mentadbir...ini dilema kita," kata beliau.
Beliau setuju benar, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin adalah faktor utama kegagalan DEB.
"Umno memang jelas korup. Timbul persoalan sekarang bagaimana boleh kita menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada Umno ini?" kata Ibrahim.