Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Apa Nak Jadi Wahai Mahasiswa sekalian ?
Saturday, April 08, 2006
Sesuatu yang muda pasti akan mengalami suasana tua pada akhirnya. Sesuatu yang bermula pasti akan mengalami zaman akhirnya. Jika dahulunya gagah pasti akan mengalami zaman kejatuhannya. Semuanya bak roda yang berputar, ada ketika berada di atas, ada ketikanya berada di bawah.

Begitulah juga gerakan islam di Malaysia ini, tanpa mengira medium mana mereka bertapak, samaada di peringkat nasional mahupun pada peringkat universiti. Namun sejak kebelakangan ini sinar yang diharap-harapkan untuk menyinari universiti masih menampakkan kesamarannya.

Masih teringat lagi saya ketika zaman mula-mula saya bertapak di universiti suatu ketika dahulu. Pada masa itu "wakil" mahasiswa yang pro-islam masih boleh memegang banyak kerusi dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Sememangnya wakil yang diharapkan itu mampu sedikit sebanyak membayangi pihak pro-UMNO membuat aktiviti yang melibatkan universiti. Namun kini apa khabar mahasiswa yang secara totalnya "bebas" untuk membuat apa sahaja termasuklah sesuatu yang bercanggah dengan fikrah manusia yang hanya "hamba" kepada Pencipta yang Maha Esa?

Hakikatnya kebanyakan mahasiswa diserata institut pengajian tinggi tidak lagi berminat untuk berpersatuan. Malah nasib dunia mereka selepas mati juga tidak lagi terfikir untuk mereka untuk berfikir. Apa yang terjadi mutakhir ini, mereka hanya tahu bersosial secara bebas di mana-mana sahaja. Malah saya rasa "anak-anak" universiti juga berjaya dihasilkan dengan jayanya oleh seseorang yang kononnya akan menjadi salah seorang pemimpin di Malaysia ini.

Dalam isu ini, institusi islam sesebuah universiti juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ini memandangkan ketua segala ketua yang menjadi proksi ideologi pemerintah yang korup, menguasai institusi berkenaan secara terang-terangan. Malah pernah saya saksikan muda-mudi di institusi pengajian tinggi bercumbuan di perkarangan masjid di kawasan universiti mereka !

Informasi yang terbaru, sudah kedengaran pasangan-pasangan terlanjur berkenaan sudah diketahui atau dilaporkan kepada pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) mereka, namun apa yang mampu dilakukan oleh pihak berkenaan ? Malah ada yang mendakwa pihak HEP tidak berbuat apa-apa dan ada yang berkata,"Bagi mereka peluang,moga-moga mereka bertaubat". Kesedaran agama untuk mereka tidak dijanakan namun mengharapkan agar mereka bertaubat ? Ini tidak ubah seperti "memberi peluang" kepada pasangan berkenaan melahirkan "anak universiti" berkenaan tanpa ikatan yang sah !

Dalam isu ini, pihak pemimpin pelajar terutamanya pro-Aspirasi Universiti, menganggap isu berkenaan adalah biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Inilah masalahnya apabila orang yang diberi kuasa untuk memimpin alpa tentang tuntutan kesejahteraan iman dalam diri setiap mahasiswa. Malah pihak pemimpin mereka masih mampu untuk berfikir untuk melakukan aktiviti yang mencambahkan lagi pergaulan antara lelaki dan perempuan ! Pendek kata,ubat untuk selesaikan masalah "couple" adalah konsert muda mudi ataupun aktiviti sukan futsal yang membolehkan perempuan bermain dengan pihak lelaki!

Ini merupakan senario yang berlaku di salah sebuah universiti awam di utara tanahair. Namun bagaimana pula dengan universiti lain. Rasanya semua sudah tahu tentang suasana "terlampau" yang dialami di universiti yang lain jadi inikah aspirasi sosial universiti yang ingin dibentuk oleh pihak pemerintah yang "hadhari"? Sedar atau tidak, akibat tiadanya kesedaran agama dalam diri mahasiswa melayu berkenaan, mereka hanya mampu berfikir tentang cinta, cinta dan cinta. Keinginan untuk berpersatuan sudah hilang didalam diri mereka dan natijahnya sedikit demi sedikit bangsa bukan islam yang makin mengambil alih tampuk tertinggi persatuan pelajar.

Sekarang ini,demam peperiksaan peringkat universiti melanda lagi. Perpustakaan yang dulunya dingin menjadi "panas" dengan pasangan yang kononnya mentelaah pelajaran untuk mendapatkan markah yang tinggi. Disinilah peranannya kepada orang yang diberi kuasa untuk bertindak. Namun begitu jika ada pihak yang tidak mempunyai kuasa masih lagi mahu bertindak untuk "menegur" dengan inisiatif sendiri, adakah "mahasiswa terlampau" yang ditegur itu "makan saman" dengan orang yang tidak mempunyai kuasa itu?

Tahniah Dr.M, tahniah Pak Lah....inikah akhlak muda-mudi yang mahu di "hadharikan" ?
posted by jasindaily online @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com