Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
TG Nik Aziz memperihalkan RMK-9 di RTM ?
Saturday, April 08, 2006
Realitinya Malaysia telah ditakdirkan dijajah oleh bangsa asing bermula dengan penjajahan Portugis diikuti Belanda, Inggeris sehinggalah mendapat kemerdekaan dari penjajah inggeris yang menguasai kembali Tanah Melayu dari tangan Jepun. Ketika zaman awal penjajahan inggeris lagi, para ulama menjadi tulang belakang kepada rentetan semangat untuk merdeka dari penjajahan bangsa asing. Namun selepas itu golongan itu di"bersihkan" sedikit demi sedikit demi mengekalkan penguasaan penjajah inggeris di Tanah Melayu.

Ini digantikan pula dengan semangat nasionalis yang wujud bagi mengisi semangat merdeka dari penjajahan yang dicetus oleh pejuang mereka yang terdahulu yang berteraskan islam seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong,Tok Gajah dan lain-lainnya. Akhirnya Malaysia merdeka melalui gerakan yang diistilahkan sebagai gerakan nasionalis bukannya berteraskan ulama yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Akhirnya parti UMNO dinobat melebihi segala-galanya dalam mendapatkan kemerdekaan dari penjajahan inggeris.

Sejak itu, nama kerajaan pusat tidak lekang dengan parti UMNO serta perikatan dan platform selaku kerajaan akan digunakan untuk mempromosikan parti UMNO mereka. Sehingga kini, manusia yang berwarganegara Malaysia masih memegang istilah pusat (kerajaan) adalah UMNO dan UMNO itu adalah pusat (kerajaan). Oleh sebab itu, apabila sesebuah negeri yang dipegang oleh parti selain dari UMNO, maka ia dianggap pembangkang dan segala keistimewaan peruntukkan dari segala segi akan dinafikan untuk disalurkan kepada negeri terbabit.

Akibatnya, apabila diberikan peruntukkan kewangan kepada negeri yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang contohnya, ia akan diistilahkan sebagai UMNO bantu kerajaan pembangkang. Platform antara tugas kerajaan dengan tugas kepartian langsung gagal dibezakan. Namun disitu tidak diperbesar-besarkan pula tentang kesudian negeri dibawah parti pembangkang untuk menyalurkan hasil mahsul negeri, seperti cukai dan sebagainya kepada kerajaan pusat.

Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan budinya. Jadi sesiapa yang digazetkan sebagai orang yang berjaya memerdekakan Tanah Melayu dari barat maka secara rasminya, maka ia akan dikenang dan dijaga selama yang mungkin. Walaupun kerajaan Malaysia kini yang "kaya" dengan korupsi dan kegagalan dalam memartabatkan bangsa melayu dalam bidang ekonomi, itu tidak dijadikan soal dalam sokongan rakyat Malaysia terhadap kerajaan pusat. Budi itu dianggap segala-galanya berbanding martabat melayu dan islam. Malaysia hakikatnya masih rigid dalam isu ini.

Malah bangsa Malaysia sendiri sudah lama mengambil pendekatan, "Ulama itu tidak reti memerintah !". Natijahnya, walaupun Malaysia telah diperlihatkan dengan kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyaksikan pegangan bumiputera dalam sektor ekonomi masih ditahap 18.7 peratus sejak zaman berzaman, Melayu masih lagi percaya agenda kerajaan pusat yang diwacanakan oleh UMNO adalah segala-galanya. Maklumlah budimu (memerdekakan Malaysia) akan tetap dikenang !

Rasanya walaupun sektor ekonomi serta sektor-sektor lain diperlihatkan dengan penyusutan mendadak pegangan bumiputera sekalipun saya percaya UMNO akan terus dinobat dan dijunjung oleh bangsa Malaysia kerana budimu (memerdekakan Malaysia) adalah segala-galanya.

Hari ini, melalui media Bernama, Datuk Zainuddin Maidin mempelawa TG Nik Aziz berdebat dengan Annuar Musa tentang RMK-9. Rasanya bab ekonomi ini, pihak UMNO mempunyai keyakinan tinggi untuk "sembelih" hidup-hidup TG Nik Aziz memandangkan bagi mereka,"ulamak bukannya tahu ekonomi !". Persoalan tentang samaada TG Nik Aziz menyahut atau tidak cabaran itu masih menjadi tanda tanya. Khabarnya surat pelawaan AKAN dihantar kepada TG Nik Aziz bermula hari ini.

Nampaknya UMNO masih tidak jemu-jemu menggunakan platform kerajaan untuk menguji kewibawaan pemimpin PAS dalam segala sektor. Mampukah TG Nik Aziz ?
posted by jasindaily online @ 5:51 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com