Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Kongres Ekonomi Nasional: PAS cadang ekonomi berkebajikan sebagai dasar ekonomi
Saturday, April 08, 2006
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Presiden PAS Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini mencadangkan agar ekonomi berkebajikan dijadikan asas kepada pendekatan ekonomi negara di masa depan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Ucaputama dalam KOngres Ekonomi Nasional 2006 yang berlangsung di sebuah hotel terkenal di Subang hari ini.

Kira-kira 300 peserta menyertai kongres yang berlangsung selama dua hari bermula 8 hingga 9 April 2006.

Beliau berharap, kongres ini akan menghasilkan resolusi yang dapat menjana semula ekonomi rakyat khususnya orang Melayu.

Ketika ucaptamanya juga beliau juga mengingatkan bahawa selain melaksanakan tanggungjawabnya pemerintah negara juga harus memelihara dan mengatur urusan dunia termasuklah ekonomi selaras dengan tuntutan agama.

"Prinsip pembangunan Islam menuntut, agihan sama rata dan adil yang tertulis dalam firman Allah yang memberi maksud, kekayaan tidak harus diboloti oleh individu sahaja,"katanya di hadapan peserta daripada pelbagai sektor.

Abdul Hadi juga turut menyentuh dasar penswastaan yang diamalkan kerajaan pada hari ini ternyata memberi kekayaan kepada sesetengah individu bukannya kepada rakyat.

Tambahnya, banyak projek-projek yang dilaksanakan atas dasar penswastaan mendatangkan kerugian daripada keuntungan termasuklah kegagalan MAS serta Pewaja.

Dalam pada itu, ketika ditanya sebaik sahaja selesai ucaptamanya, Abdul Hadi berkata, PAS bukan hanya pandai mengkritik RMK-9 sahaja tetapi telah menghantar satu surat rasmi menyatakan kesediaan membantu menjayakan rancangan kerajaan, bagaimanapun sehingga hari ini surat itu tidak berbalas.

"Sepatutnya beliau (Abdullah Badawi) berasa bersyukur kerana rakyat negara ini pandai mengritik,"katanya semasa ditemui media.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif KEN 2006 Dr Rosli Yaacop ketika ucapan aluannya, berkata, kongres ini adalah satu inisiatif untuk mengumpul pandangan, luahan hati dan harapan orang ramai berhubung dengan pelbagai isu ekonomi yang menjejaskan kehidupan harian rakyat dan masa depan negara.

Tujuh kertas utama dibentangkan dalam kongres ini. Antara pembentangnya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Mohd Noor Nawawi, Prof Madya Zainal Abdin Kidam, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dato'Paduka Husam Musa dan Haji Azmi Hamid
posted by jasindaily online @ 5:56 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com