Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Apabila 2 ketua keluarga 'bertemu' di KLCC...
Sunday, April 09, 2006
AHMAD dan Atan bukanlah rakan, jauh sekali jiran. Mereka berkeluarga dan masing-masing mempunyai cahaya mata. Namun mereka berkongsi perasaan. Bukan perasaan antara satu sama lain tetapi perasaan bertanggunjawab kepada keluarga jua agama.

Sebelum keluar ke tempat kerja, Ahmad tidak lupa berzikir panjang. Begitu juga Atan yang selalu memanjangkan doa kepada Tuhan. Tatkala di pintu rumah, Ahmad mencium isterinya sambil dipeluk anak bongsu lelaki berusia 4 tahun seraya berkata: " Ayah beli aiskrim nanti." Waktu yang sama, Atan mencium dan membelai rambut anak bongsu perempuannya yang tidak lupa memesan:
"Ayah balik nanti, bawa Ika jalan-jalan naik motor." Isterinya yang sibuk menyiapkan sarapan anak-anak, berkata: "Baik-baik ye bang." Ahmad dan Atan masing-masing ke tempat kerja. Tanggungjawab perlu dilunaskan.
Harmoninya kedua-dua keluarga ini. Suami isteri saling sayang menyayangi selain anak pengubat hati. Mereka juga hamba yang taat pada Pencipta Yang Maha Kuasa. Hari itu hari Jumaat. Pada tengah harinya masing-masing ke masjid yang sama untuk solat dan bermunajat kepada Yang Esa. Selepas berdoa panjang, kedua-duanya ditemukan secara tidak sengaja. Ahmad tidak kenal Atan. Begitu sebaliknya.
Namun mereka dipertemukan hari ini atas kehendak-Nya. Atas rasa tanggungjawab yang yang dipikul mereka. Pekarangan KLCC yang serba mewah jadi saksi. Ahmad dan Atan bersikap tenang sewaktu berhadapan. Posisi bertentangan Mata merenung mata.Tiada sepatah keluar dari mulut mereka biarpun hiruk pikuk jemaah masjid yang selesai solat jelas kedengaran. Mereka menunggu saat yang sesuai...

Tangkap! Tangkap! Sepantas kilat Ahmad mencekak baju Atan lantas menghayunkan belantan ke sisi badan Atan yang kemudiannya merintih...Allah...Allah.! Maka yang terjadi tetap tragedi...

Dan petang itu Ahmad pulang membawa ais krim kesukaan anaknya sambil membuka but dan baju birunya. Riang gembira si anak memeluk kemas tubuh ayahnya. Dan sehingga lewat malam, seorang anak comel masih berlegar-legar mengayuh basikal kecil roda tiga di ruang tamu seraya bersuara sayu: " Mana ayah mak?". Si ibu membisu dan berlinangan air mata. Pilunya kerana kedua-duanya adalah saudara sesama Islam.
Demi suapan untuk anak isteri mereka berdua bertanggungjawab atas keluarga masing-masing. Ahmad perlu melakukan tugasnya dengan menangkap Atan seandai mahu menjaga periuk nasinya. Atan pula, kerana kehidupannya semakin terhimpit, tertekan dan demi periuk nasinya juga perlu meluahkan perasaan. Kedua-dua Melayu Islam ini 'bertempur' tanpa dipinta.Tiada siapa yang juara. Yang tinggal hanyalah dukacita dan perasaan kecewa. Akhirnya orang lain yang mentertawakan mereka...
Maka subuhnya, Ahmad masih tidak lupa memanjatkan doa seperti biasa dimakmunkan oleh isteri di sisi, manakala Atan juga memohon doa dibalik jeriji besi...
Kedua-dua doa, Allah makbulkan, kerana Ahmad yang taat dan sebab Atan yang teraniaya. Siapakah yang bersalah? Sesiapa yang menjadi punca mereka berdua 'dipertemukan' akan mendapat balasan Tuhannya
posted by jasindaily online @ 5:34 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com