DEMI MASA |
|
|
Debat TG Nik Aziz tentang RMK-9 "lubang perangkap" dalam terang |
Monday, April 10, 2006 |
Nampaknya apa yang saya jangkakan tentang sindiran,kutukan, penghinaan dan putar-belit fakta tentang kenyataan TG Nik Aziz mengenai debat oleh pihak UMNO menjadi realiti. Hakikatnya, surat pelawaan kepada TG Nik Aziz BELUM diutuskan lagi, namun pelbagai prasangka sudahpun terhambur antara UMNO dan PAS. Namun mengapakah Zainuddin Maidin beria-ia sangat untuk mengajak TG Nik Aziz berdebat dengan Annuar Musa tentang RMK-9 ?
Sebenarnya banyak isu yang bermain dibenak Zainuddin Maidin untuk memartabatkan kembali perdana menteri yang mutakhir ini diistilahkan sebagai pemimpin "tidak popular" berikutan menaikkan harga minyak yang melampau baru-baru ini. Jelas sekali "linangan air mata" yang dialirkan oleh Pak Lah diakhir pengumuman RMK-9 di Parlimen menjadikan pihak yang bersetuju dengan Pak Lah mahu melakukan sesuatu yang "menghiburkan" hati Pak Lah.Malah berbekalkan "determination" atau kesungguhan yang tidak berkesudahan yang dipunyai oleh Annuar Musa untuk menjadi MB Kelantan digunakan sepenuhnya oleh Zainuddin Maidin untuk menghancurkan reputasi MB Kelantan yang ada sekarang iaitu TG Nik Aziz.
Tetapi pihak UMNO seperti Dato' Alwi Che Ahmad (Ahli Parlimen Ketereh) acapkali menyatakan bahawa pihak PAS jangan berprasangka buruk tentang pelawaan debat itu. Namun seperti yang kita sedia maklum, seandainya para pembaca sekalian sering mengikuti debat perdana di RTM, pasti anda semua sudah faham dan kenal benar tentang watak "badut" yang dibawa oleh pengerusinya iaitu Dato' Johan Jaafar. Bermula dari siri pertama debat perdana sehinggalah sekarang, taktik untuk "memerangkap" ahli panel pembangkang menjadi "kepakaran" utama beliau.
Selalunya jika debat perdana berlangsung "badut" berkenaan akan menanyakan secara terperinci tantang dasar-dasar kerajaan untuk sesuatu isu kepada seorang ahli panel UMNO, selepas itu di akhir kenyataan ahli panel UMNO tersebut "badut" berkenaan akan bertanya kepada ahli panel pembangkang, "Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan itu? Sila jawab Ya atau Tidak sahaja !". Jadi sememang kenalah tempatnya pihak PAS berperasangka tidak baik tentang debat tersebut.
Itu seolah-olah suatu "cop rasmi" yang diminta oleh pihak UMNO dari pihak pembangkang tentang dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan. Antara mangsa ahli panel PAS yang turut "terkena" dengan tipu muslihat itu adalah Dato' Dr Hassan Ali. Kini cara itu mahu diaplikasikan pula kepada TG Nik Aziz ? Semalam, melalui harakahdaily.net, TG Nik Aziz sudah mengeluarkan pendangannya agar pihak RTM menghantar segera surat pelawaan debat segera (Debat: Sila hantar surat segera - Nik Aziz )
Jelas melalui kenyataan itu TG Nik Aziz sudah mengetahui tentang kerenah pengerusi debat perdana yang akan bersua dengannya seandainya TG Nik Aziz bersetuju dengan pelawaan Zainuddin Maidin tersebut. Ujar TG Nik Aziz,
"Saya tidak boleh bersetuju dengan debat yang ada pengerusi. Lebih-lebih lagilah jenis pengerusi yang sama-sama dapat kita saksikan sekarang dalam Rancangan-Rancangan Debat Perdana. Tuan-tuan lebih arif maksud saya ini.(Harakahdaily, 9 April 2006)
Seandainya sudah tahu "lubang perangkap" sudah ada di depan mengapa kita mahu teruskannya lagi. Ironiknya mengapa pula mereka (pihak UMNO) tidak mahu mengadakan perbincangan lanjutan tentang kesediaan TG Nik Aziz untuk duduk sepentas dengan Abdullah Ahmad Badawi, Zainuddin Maidin, atau Annuar Musa atau sesiapa sahaja untuk berceramah tentang "Dasar Akidah Sesebuah Negara"?
Jadi pada hemat saya apa yang diistilahkan sebagai "kekecewaan" rakyat Kelantan tentang penolakan untuk berdebat seperti yang dinyatakan oleh Dato' Alwi Che Ahmad (Ahli Parlimen Ketereh) melalui Berita RTM amat salah sekali ! Ini memandangkan memang TG Nik Aziz mahu berada sepentas dengan sesiapa sahaja pemimpin UMNO yang mahu berdiskusi dengannya.
Kini, ketidakpercayaan rakyat terhadap dasar-dasar RMK-9 yang direncanakan oleh Abdullah Ahmad Badawi mahu diimbangi pula dengan "kenyataan sokongan" dari TG Nik Aziz melalui tipu-daya "badut" mereka. Malah yang terbaru di Perlis, Pak Lah sendiri acapkali "berpesan" agar jangan ulangi kerenah birokrasi sewaktu melaksanakan RMK-9. Selain itu, ketirisan yang dialami oleh sektor kerajaan negeri dan kerajaan pusat diakui sendiri oleh Pak Lah. Inilah membuatkan rakyat seantero Malaysia kurang berkeyakinan dengan Pak Lah dalam RMK-9 kali ini. Adakah pihak UMNO ketandusan idea untuk meyakinkan rakyat tentang RMK-9 yang direncanakan oleh Pak Lah ?
"Tak sabar-sabar nampaknya Husam Musa mahu berdiskusi dengan Annuar Musa mengenai isu ini, Sabar Husam...sabar....". |
posted by jasindaily online @ 5:18 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|