Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Al-Quran, ukiran Hang Tuah
Tuesday, April 11, 2006
MELAKA: Dua lagi barangan yang didakwa milik Hang Tuah didedahkan seorang pengkaji sejarah bagi menguatkuatkan lagi fakta bahawa Kesultanan Melayu Melaka dan Laksamana Hang Tuah wujud dan bukan cerita dongeng.

Barangan itu ialah al-Quran warisan Kerajaan Empayar Turki Uthmaniah yang dimiliki Laksamana Hang Tuah dan sebuah ukiran kayu yang dikatakan menjadi barang perhiasan dinding Istana Melaka.
Pengusaha Galeri Pusaka Moyang, Wan Ahmad Arshad, 40, yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Negeri Sembilan berkata, al-Quran itu menjadi milik Hang Tuah ketika berkunjung ke Rom atas perintah Sultan Mansor Shah.
Katanya, al-Quran itu menjadi bukti bahawa laksamana berkenaan pernah ke Rom menjalankan perintah sultan bagi mempelajari ilmu bedil (meriam).
Menurutnya, dia menjumpai pelbagai barangan termasuk 500 artifak, dokumen, kitab, senjata lama, pakaian kebesaran, peralatan mereneh ubatan tradisonal, seramik, peralatan tembaga dan pelbagai lagi di loteng rumah pusaka tinggalan moyangnya di Kampung Matang, Jelutung, Bagan Serai, Perak.
''Saya sendiri tidak tahu bagaimana barangan bernilai sejarah itu menjadi milik nenek moyang saya,'' katanya.
Beliau berkata, barangan itu kemudian dibawa ke Negeri Sembilan selepas dia membuka galeri itu tiga tahun lalu.
Mengenai hiasan dinding Istana Melaka, beliau berkata ia adalah sebuah ukiran kayu berkonsepkan bunga teratai.
''Saya sudah merujuk kepada Lembaga Industri Perkayuan Malaysia bagi mendapatkan pandangan pakar mengenai usia kayu berkenaan dan pakar mengesahkan kayu itu berusia ratusan tahun,'' katanya.
Menurut Wan Ahmad, hiasan dinding dipercayai sudah berusia lebih 500 tahun itu diukir Hang Tuah kerana laksamana Melaka itu pernah membina istana di Mataram serta mahir dalam pertukangan kayu.
Beliau berkata, seni pertukangan zaman Laksamana Hang Tuah itu terbukti dengan pembinaan Masjid Kampung Laut, Kelantan yang dibina pada 1430.
Menyentuh mengenai al-Quran pula, ia sudah berusia 696 tahun dari tarikh pembikinannya dan ditulis dengan tulisan tangan (Tuqoh Bashariah) oleh Fakir Sayed Mustafa Nadzif Shahir pada Ramadan 1309 Masihi.
Menurutnya, walaupun pelbagai dakwaan mengatakan Kesultanan Melayu Melaka dan Laksamana Hang Tuah hanya cerita dongeng, ia harus diperbetulkan semula
posted by jasindaily online @ 10:01 PM  
1 Comments:
  • At 12:54 AM, Blogger Akar Bangsa said…

    Asalammualaikum..
    Saya cukup berminat untuk berjumpa dan melawat GPM. Jika tidak keberatan boleh tak saya mendapat alamat untuk ke GPM atau no Fhone untuk dihubungi..

     
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com