Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
2000 PEMUDA BERHIMPUN PERTAHANKAN KERAJAAN PAS
Tuesday, April 11, 2006
KOTA BHARU, 11 April (Hrkh) - Kira-kira 2,000 anggota Dewan Pemuda PAS dari seluruh Kelantan berhimpun di Padang Perdana petang ini bagi menyatakan pendirian teguh berada di belakang kerajaan di bawah kepemimpinan ulama sekarang.

Ia diadakan sempena Ijtimak Pemuda PAS Kelantan 2006. Tahun lepas program serupa diadakan di Machang.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Ridza Zain berkata, kebelakangan ini ada pihak cuba mengugatkan kerajaan negeri dengan memainkan isu supaya DUN Kelantan dibubarkan.

"Selain itu isu membeli Adun PAS masih lagi menjadi strategi berterusan pihak lawan untuk mengugatkan kerajaan negeri. Oleh itu Pemuda PAS dari seluruh Kelantan berhimpun bagi menyatakan pendirian teguh bagi mempertahankan kerajaan yang ada sekarang," katanya di sini.

Program tahunan itu bermula pada jam 3.30 petang tadi dimulakan dengan ucapan Timbalan Ketua Pemuda negeri, Ustaz Zulkifli Mohd Yusof, diikuti ucapan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Drs Zainuddin Awang Hamat. Pemuda yang hadir kemudian menunaikan solat Asar berjemaah yang diimamkan Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Selepas itu, veteran PAS, Dato' Omar Mohamad berpidato dengan mengungkitkan kembali sejarah lampau yang berlaku sehingga kerajaan PAS Kelantan tumbang kepada Umno pada pilihan raya umum 1978.

"Keadaan itu berlaku kerana tidak ada kekuatan sesama kita sehingga musuh mengambil kesempatan. Namun sekarang keadaan berlainan di mana kekuatan kita sukar digugat musuh sehingga mereka gagal dalam beberapa percubaan yang dibuat," katanya.

Program sebelah petang itu diakhiri dengan ucapan Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob. Malam ini program itu akan diteruskan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin dan solat Isyak serta solat hajat berjemaah.

Bermula jam 9.30 malam pula ceramah perdana yang akan membariskan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu, sambutan Maulud Rasul hari ini diisi dengan kenduri kesyukuran di rumah bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim di Perol dan pelancaran tabung pembangunan Pondok Al Ihsan, Kechelong, Bachok.

Malam tadi, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri diadakan di Masjid Muhammadi.
posted by jasindaily online @ 5:42 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com