Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BBC cadang TG Nik Aziz debat dengan Abdullah
Monday, April 10, 2006
KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC), Haji Zakaria Yaakob menganggap bukan Dato' Seri Annuar Musa yang sesuai diregukan dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan masalah negara, sebaliknya Perdana Menteri sendiri.

''Bukan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang boleh diregukan pada pertemuan itu tetapi Perdana Menteri sendiri. Itu baru betul kalau nak berdebat sangat," katanya di sini.

Selain itu beliau berkata, isu pula bukan setakat RMK9 sahaja tetapi Isu-isu nasional juga kena diperdebatkan. Isu survival umat Islam, orang Melayu dan murtad semestinya diperdebatkan,'' katanya.Menurutnya, kalau setakat RMK9, tidak ada apa yang hendak diperdebatkan kerana sekadar perancangan pembangunan negara ia tidak salah pada sisi Islam.

Akhbar hari ini melaporkan Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin dikatakan menjemput Menteri Besar Kelantan menyertai program Debat Perdana di RTM1 bagi membincangkan RMK9 dari perspektif Islam.

Zakaria yang juga Adun Kemuning berkata, dalam isu tersebut Annuar sebenarnya sedang berusaha mencari publisiti untuk memulihkan imejnya setelah tercalar pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, akhir tahun lalu.

''Semasa pilihan raya kecil itu jawatan Annuar Musa sebagai pengarah pilihan raya telah diberi Abdullah kepada Mohamad Taib. Isu tersebut benar-benar memalukannya," ujar beliau.

Beliau juga berkata, kalau sekadar menyentuh isu RMK9, PAS tidak perlu menampilkan Mursyidul Am kerana banyak lagi tokoh lain yang boleh berdepan dengan pemimpin Umno. Beliau juga mencadangkan Zainuddin menukar pengerusi debat yang ada sekarang iaitu Dato' Johan Jaffar kepada tokoh lain yang lebih berwibawa kerana kewibawaannya sebelum ini merosakkan RTM.
posted by jasindaily online @ 6:08 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com