Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
ADA PIHAK YANG ENGGAN IKTIRAF KERAJAAN KELANTAN
Tuesday, April 11, 2006
KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Biar pun kerajaan negeri yang ada sekarang mendapat mandat memerintah melalui pilihan raya, namun ada sesetengah pihak enggan mengiktiraf keabsahannya.

Speaker DUN Kelantan, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pelbagai tekanan dan sekatan dilakukan dan terhadap Kelantan termasuk Menteri Besar tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

"Ini menggambarkan seolah-olah Kelantan tidak diiktiraf Kerajaan Pusat. Ia tidak ubah seperti nasib yang dialami negara Palestin, di mana kemenangan kumpulan Hamas tidak diterima Yahudi. Segala bentuk sekatan dikenakan ke atas Palestin walaupun pemimpinnya dipilih secara demokrasi melalui pilihan raya sehingga ada pemimpin yang ditangkap," katanya pada program perasmian Unit Amal Kota Bharu, di Berek 12 semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAs Kota Bharu berkata, pelbagai aktiviti perlu dirangka bagi menarik ramai belia untuk menyertai Unit Amal.
“Kegiatan ‘outdoor’ adalah antara kegiatan yang boleh dilakukan kerana ia diminati ramai golongan belia,” ujarnya.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Ridha Zain berkata, Dewan Pemuda Kota Bharu menjadi kawasan kedua melancarkan Unit Amal yang berimej baru. Unit Amal terbuka kepada semua dan tidak ada had umur. Paling muda boleh menyertai Unit Amal berusia sembilan tahun. Dalam misi kemanusiaannya, Unit Amal telah melangkah ke peringkat antarabangsa termasuk ke Aceh, Phuket dan Palestin membantu mangsa bencana alam.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor berkata, sehingga sekarang seramai 170 belia mendaftar untuk menyertai Unit Amal dan sasaran dalam tempoh dua tahun seramai menjadi 2,000 ahli. Pada program itu juga seramai enam pelajar dipilih menjadi anak angkat Dewan Pemuda PAS Kota Bharu. Turut hadir, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Ketua Urusan Dewan Ulamak Kota Bharu, Ustaz Idris Yusof.
posted by jasindaily online @ 5:39 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com