Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Syor orang Hindu cara perangi rasuah di Malaysia
Wednesday, April 12, 2006
KITA harus sedar bahawa orang yang hendak memerangi gejala rasuah, haruslah terlebih dulu membuktikan dirinya bebas daripada rasuah.

Soalannya bagaimana membuktikan seseorang itu bebas daripada rasuah? Pada 3 April lalu, akhbar The New Straits Times menyiarkan temu ramah dengan Pengerusi Transparency National, Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau mengatakan rakyat boleh memainkan peranan besar dalam memerangi rasuah dengan tidak memilih semula ahli Parlimen yang pernah terbabit dalam kegiatan itu.

Juga disarankan supaya pengundi melihat rekod setiap calon bertanding untuk mengetahui sama ada calon itu bersih daripada rasuah.

Dengan berbuat demikian beliau berpendapat pengundi boleh membuat pilihan bijak ketika mengundi dalam pilihan raya. Calon disyaki dicemari rasuah harus ditolak, tegasnya.

Adakah mustahil untuk kita menggubal undang-undang mewajibkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen mengisytiharkan jumlah pendapatan tahunan daripada semua sumber serta semua pembelian aset dan simpanan wang kepada pengundi di kawasan masing-masing setiap tahun?

Setiap ahli Parlimen dan Adun harus mempamerkan maklumat mengenai jumlah pendapatan dan pemilikan harta di kawasan yang ditandingi dan menang, serta ketika pilihan raya di kawasan bertanding supaya rakyat dapat menyemak rekod calon seperti yang disyorkan Ramon.

Lihat saja maklumat di tempat awam seperti poster ketika pilihan raya. Juga boleh diletakkan satu buku yang lengkap dengan maklumat berkenaan di tempat tertentu.

Jadi apa salahnya jika pengundi mengetahui pendapatan serta aset calon mereka.

Adakah mereka yang hidup mewah itu mendapat pendapatan daripada sumber yang halal? Adakah mereka ini hidup mewah di luar kemampuan? Soalan seperti ini akan ditanya rakyat.
posted by jasindaily online @ 5:37 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com