Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Annuar Musa enggan sertai debat isu harga minyak
Wednesday, April 12, 2006
KOTA BHARU, 12 April (Hrkh) - Selepas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan menyertai ceramah dan bukannya Debat Perdana seperti dihasratkan Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin, kini berita susulannya tidak lagi kedengaran. Sedangkan pada awalnya media cuba memberi gambaran Menteri Besar Kelantan seolah-olah enggan berdebat mengenai RMK9 dari perspektif Islam dalam Debat Perdana di RTM1.

Sedangkan sebenarnya Mursyidul Am PAS mahu format debat ditukar kepada ceramah (pidato) tanpa ada pengerusi yang banyak mencampuri hujah-hujah yang dikemukakan sepanjang Debat Perdana seperti diadakan sebelum ini.

Lagi pun penjelasan lanjut mengenai kesediaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa yang turut dilihatkan dengan isu debat juga tidak kelihatan. Beranikah Annuar untuk berbuat demikian selepas sepi tanpa berita, berikutan kedatangan Presiden Umno ke Kelantan, 6 April lalu. Sebaliknya, ada pihak berpendapat Menteri Penerangan cuba memerangkap Adun Kok Lanas secara tidak langsung dalam isu tersebut.

Ini terbukti kerana sebelum itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menolak pelawaan PAS Kota Bharu untuk menjadi ahli panel pada Debat Perdana anjuran parti terbabit di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV 24 Mac lalu.

Surat penolakkan tawaran tersebut dihantar Annuar melalui Pegawai Khasnya, Dato’ Nik Mahidin Nik Mustapha bertarikh 9 Mac 2006.

''Sedangkan sebelum itu ketika Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah menghubunginya sendiri pada 5 Mac dia memberitahu akan memikirkan kemudian. Namun beberapa hari selepas itu melalui pegawai khasnya dia memberitahu tidak dapat hadir kerana ada acara lain pula,'' kata Setiausaha PAS Kota Bharu, Aidy Hassan.

Debat yang sepatutnya membincangkan tajuk 'Kenapa Harga Minyak Naik' turut membariskan ahli panel, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa dan bekas Ketua Umno Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Aidy berkata, kedua-dua tokoh tersebut sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada debat tersebut.Bagaimanapun katanya, disebabkan penarikkan diri Annuar menyebabkan debat itu tidak dapat diadakan sebagaimana dirancangkan sebelum ini.

"Kami kecewa kerana isu yang begitu penting terutamanya selepas kenaikan harga minyak tidak dipandang serius sesetengah pihak. Sedangkan bebanan terpaksa ditanggung rakyat terutamanya penduduk miskin," ujarnya.

Seorang penduduk berkata, penarikkan diri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan memberi gambaran pemimpin itu sendiri mungkin terperangkap dalam isu kenaikan harga minyak kerana sebagai pengguna dia tentunya merasai bahangnya sekarang.
posted by jasindaily online @ 5:53 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com