Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Mahathir iktiraf peranan pembangkang
Friday, April 14, 2006
Tun Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang tidak mudah ditolak ke tepi apa lagi dilupakan begitu sahaja.

Walaupun telah bersara dan bukan lagi PM atau Presiden Umno namun komen dan pandangannya terus dicari-cari dan mendapat tempat di mana-mana pun.Semasa PM dahulu beliau adalah satu-satunya PM yang paling kontroversial. Ramai yang menyanjungnya dan tidak kurang ramai juga yang membenci.

Apa pun Tun kini bukan lagi PM, dan bukan lagi Presiden Umno.Barangkali setelah kini bersara dan berpijak di bumi yang nyata, Tun sudah mula melihat dunia dari kacamata rakyat kebanyakkan. Dulu mungkin semasa di puncak mahligai kuasa, beliau tidak berkesempatan meninjau dan melihat dunia sebagaimana pandangan dan tinjauan rakyat.

Tambahan pula juak-juak dan pemuka dikeliling-kelalang beliau sentiasa mengipas dan menyanyikan lagu dan irama yang manis dan merdu-merdu belaka buat beliau.Dalam hal ini saya teringat Almarhum Ustaz Fadzil Nor pernah berkata, bila kita duduk di puncak yang tinggi kita lihat orang yang di bawah kita kecil-kecil belaka, kita tidak sedar sesungguhnya orang yang di bawah juga melihat kita yang di atas kecil juga!Semalam semasa menyampaikan ucapannya dalam satu majlis forum anjuran IKIM iaitu Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari Tun menyatakan:Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi MEMERIKSA kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Pembangkang boleh menjadi CERMIN kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya.Pembangkang juga akan memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, memperalatkan penyokongnya serta memastikan kerajaan tidak MENJUAL negara ini kepada pihak luar.

Sebelum kita melenting dengan mengeluarkan pelbagai cemuhan dan sindiran bahawa di zaman Tun pun begitu juga, saya rasa lebih penting lagi dalam hal ini kita meneliti dan mengkaji secara mendalam kata-kata Tun itu.

Tun memang diketahui tidak menyenangi kepimpinan negara yang ada. Tun tidak senang dengan pemimpin-pemimpin tertentu di bawah Dollah Badawi termasuklah Rafidah. Tun keciwa dengan sikap kerajaan terhadap Proton dan Tun banyak mengeluarkan pandangan yang menyindir program dan dasar kerajaan termasuklah dalam hal kenaikkan harga minyak dan Jambatan Bengkok.Oleh itu saya kira setiap pandangan beliau sebenarnya ada mesej dan isyarat yang tersirat yang perlu kita fahami.Kita tahu hari ini kuasa pembangkang di Dewan Rakyat sungguh lemah. DAP ada 12 kerusi, PAS 6 dan Keadilan 1.

Bermakna Tun cuba memberi isyarat bahawa dengan kelemahan ini kerajaan seolah bergerak tanpa diperiksa atau dinilai.Dan yang bahayanya jika apa yang Tun perkatakan itu kita ambil kira ketiadaan pembangkang yang kuat akan mengakibatkan penyalahgunaan kuasa serta kemungkinan kerajaan MENJUAL negara kepada pihak luar!

Lain macam sahaja bunyinya, tetapi saya yakin dalam hal ini maksudnya Tun mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui.Oleh itu saya rasa penting kita berlapang dada dan memberi ruang dan platform yang lebih kepada orang tua ini untuk berkonsi apa yang bersarang di dadanya. Sekurang-kurangnya dapat juga beliau menyumbang disaat-saat akhir usianya sebagaimana Tunku berjuang sehingga meninggal dunia bersama Semangat 46 dahulu.
posted by jasindaily online @ 6:41 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com