Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Komen-komen Pendek Ehwal Semasa
Thursday, April 13, 2006
KEPALA IKAN RM45
Sudah pasti kalau anda ingin menikmati kelainan anda perlu bayar lebih, apa salahnya kalau dia nak naikkan harga, kalau pembelinya mahu kelainan dan kesedapan yang berlainan, lagi pun beliau orang Putrajaya tentu banyak duit. Penulis pernah dulu menawar bila membeli ikan dipasar, satu hari penulis pergi kelaut untuk memancing ikan, muntah hijau dibuatnya, mulai hari itu penulis sudah jarang kepasar dan menawar harga ikan ketika membeli. Kalau saudara membeli makanan untuk dimakan, sedangkan anda tidak AKAD dengan sebaiknya, jualbeli ini menjadi tidak sah, sebab anda tidak setuju dengan harga yang dibeli, oleh itu jangan makan, sebab jualbeli anda tidak sah. Anda kena sahkan jualbeli dengan akad tanda persetujuan jualbeli. Bila anda sudah membayar dalam masa yang sama anda was-was dengan barangan yang anda beli, anda boleh pulangkan jika tidak setuju dengan harga atau perkhidmatan yang diberi. Oleh itu, dalam masa yang sama mungkin harga ikan tongkol itu sedang mahal sekarang, (harga ikan berbeza mengikut musim), tak heranlah kalau makan kat mamak pun harga kari kepala ikan sama lebih kurang macam tu.
Tapi kalau satu cawan Coffee kat kedai mat salleh tu sampai RM28 tak pulak bising, tanya berapa untung diaorang tiap tahun, kita dok penuhkan kedai kopi tu, berlagak tak tentu pasal , kopi secawan RM1 nak minum yang RM28. Tu roti canai kat KLIA tu, apasal tak bising. Belum minyak naik lagi dia dah taruk harga melambung tinggi. Pizza yang sekelepet tu pung sama, kalau nak banding harga kat tempat lain, RM4- RM8 je...tapi kat sini berapa?.
APA KATA KITA ADAKAN HARI BERHENTI BERGERAK
Cakap sahaja bergerak kita memerlukan kenderaan, dan kenderaan memerlukan minyak, bagi menyahut berjimat cermat, kita adakan HARI BERHENTI BERGERAK, yakni kita tidak keluar rumah, dan tidak kemana-mana bahkan ke pasar sekali pun. Kalau hari AHAD sudah biasa, kita dirumah, pilihlah satu hari yang sesuai..kita CUTI sehari duduk je kat rumah, semua orang SERENTAK kan JIMAT, sebab semua boleh REHAT serentak. Kalau berdemo tak boleh, hantar memorandum tak boleh, bercakap tak boleh, tulis dalam akhbar tak keluar, bercakap kat TV kena potong (tak keluar pung). Apa lagi nak buat. CUTI je satu hari tak rugi lagi pun boleh bersama keluarga.
MYKAD
Orang yang klonkan MyKAD ini patutnya yang kena ISA dan ditahan di Kem Kemunting, bukan nya Nik Adli tu. Dari MyKad ini boleh buat macam-macam honar kat Malaysia. Pergi tangkap, ISAkan kata polis Malaysia cekap, yang lawaknya..ada ciri keselamatan tercanggihlah. Apa canggihnya...berlambak sistem macam tu kat dunia ni, Malaysia jer "perak", orang saja buat tak nak buat je'. Dan saya gerentilah server-server yang ada kat Putrajaya tu boleh "hack" belaka. Cuma orang tak nak buat, kita baik kan.
VSS atau Kena BUANG
Dengar khabar MUSIM VSS melanda lagi teruk lepas ini, baru ini saya terdengar mereka baru kena VSS, ini pulang dengar MAS nak buang 6500 orang, syarikat yang berkait dengan PROTON mungkin akan menghadapi yang sama. Bank dah lama buat benda tu sebab nak untung, teller dah jadi teller besi. Untunglah teller besi tak masuk Union, tak mogok (kecuali rosak aje). Boleh kerja lebih masa tanpa dibaya OT. Ini dapat dilihat trend sekarang, bila buka interview aje...berduyun-duyun orang masuk apply, dah pulak tu SPM tak mainlaa...semua ada Diploma dan Degree. Tapi sayang mereka ada degree pun, bila minta kerja contohnya Kerani minta gaji macam minta jadi manager sapa nak bagi. Kalau nak pengalaman janganlah memilih. Kemudian dah dapat peluang kita bagi gunakan sebaiknya, majikan faham kamu perlukan pengalaman, tapi buatlah yang terbaik, tidaklah saja nak memenuhkan office jer..kerja tak tahu. Kita baca pulak gaji purata rakyat Malaysia tidak manarik minat pelabor luar lagi untuk melabor di Malaysia, tengok ajerlah...Intel yang dulunya kilang di Penang kita sudah berpindah ke China. Mereka lebih sanggup untuk membayar lebih untuk bangunan baru daripada membayar gaji lebih kepada tenaga buruh mereka yang perlu ditanggung setiap bulan. Bayangkan jika kita terus menerus menaikan taraf hidup kita yang tidak seimbang dengan keperluan industri kita, apa akan jadi dengan halatuju industri kita, SMI tak menjadi , industri berat dan tinggi modal besar, Akhir Kerajaan suruh kita kembali ke Pertanian Moden, Para graduan digalak bertani, Kontraktor kelas F juga disuruh bertani, Orang kampun yang biasa bertani pun suruh bertani juga. Entah.
MARINA MERANA
Saya terbaca harakah baru ini, yang mengisarkan cadangan IFC yang disokong oleh SIS, antaranya berbunyi , semua anak-anak orang yang Ibubapanya ISLAM tidak boleh secara automatic menjadi ISLAM oleh kerana ibubapanya ISLAM. Saya tidak faham apa maksud sebenar IFC dan SIS ini sehingga dari pembacaan saya, yang saya faham semua anak orang ISLAM perlu di ISLAMkan bila cukup umur?. Saya amat terkejut bila kefahaman lain yang datang dari pemikiran saya ialah sekali gus, menyatakan Semua Anak Orang ISLAM ketika ini adalah disah ISLAMnya dari segi undang-undang yang dicadangkan oleh IFC dan SIS, yang lebih teruk adakah Marina dan rakan-rakannya itu sekali gus mempertikaikan keISLAMan anak-anak orang ISLAM ini kerana mereka tidak diISLAMkan secara Sah melalui undang-undang yang dicadang dan disokong mereka?. Saya ambil dan serahkan kepada anda memikirkan betapa merananya MARINA ini.

PROTEST SAMPAI TURUN
posted by jasindaily online @ 6:01 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com