DEMI MASA |
|
|
Nori dan Marina tiada hak pertikai Islam - Dato' Mohammad Aziz, BN Sri Gading |
Thursday, April 13, 2006 |
KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Dewan Rakyat petang tadi kecoh setelah ahli Parlimen DAP, Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) dalam perbahasannya mendakwa anak kepada Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Nori Abdullah serta Marina Mahathir pernah menyatakan bahawa Undang-undang Syariah menyebabkan kaum wanita di negara ini tidak maju.
Perdebatan itu berlaku ketika Chong Eng berhujah dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) di Dewan Rakyat dengan memetik kenyataan Marina dan Nori yang didakwanya sebagai berkata demikian dalam satu majlis tertentu.
Marah dengan kenyataan yang disifatkan 'berbahaya' itu, Dato' Mohammad Aziz (BN Sri Gading) bangkit mengecam kenyataan Chong Eng yang didakwanya cuba memburuk-burukan Islam. "Saya tidak kira siapa yang beri kenyataan itu dari mana laporan itu, jika benar mereka Nori dan Marina perlu diambil tindakan.Mereka tidak berhak untuk bercakap menjatuhkan maruah Islam," katanya dengan nada yang keras.
"Saya tidak tahu apa maksud Bukit Mertajam (Chong Eng) dengan menyatakan demikian. Dalam Islam hukum-hukum Islam tidak pernah menggugat Wanita atau mana-mana umatnya dari kemajuan," katanya.
Dewan menjadi bising dengan suara kecaman ke atas kenyataan Chong Eng itu dan Yang di Pertua Dewan meminta Chong Eng meneruskan perbahasan dengan perkara yang lain.
Menjawab kritikan Mohammad itu, Chong Eng berkata, beliau tidak bermaksud demikian tetapi itu dipetik dari kenyataan dua anak pemimpin negara.
|
posted by jasindaily online @ 5:40 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|