Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Beri peluang kepada PAS perintah negara - Husam
Tuesday, April 18, 2006
KOTA BHARU, 17 April (Hrkh) - Rasuah, kenaikan harga minyak, penjualan kepentingan negara dan terbaru pembatalan pembinaan jambatan bukti Barisan Nasional yang dipimpin Umno sudah tidak mampu untuk mentadbir negara dengan baik.

Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa berkata, bagi membentuk satu bentuk pemerintahan baru yang lebih telus dan adil maka rakyat diminta untuk beri peluang kepada PAS dan parti Alternatif yang lain untuk menang dalam pilihan raya bagi membentuk kerajaan baru. ''Dengan perkembangan semasa diharap rakyat dapat memberikan kemenangan kepada PAS dan Barisan Alternatif untuk menunjukkan kepada rakyat satu bentuk pemerintahan baru yang berasaskan kedilan Islam''. Beliau berkata demikian dalam majlis ceramah isu-isu semasa di Kampung Serimbong, Pasir Tumboh. Kata Dato' Husam lagi, dengan pelbagai isu dan penyelewengan membabitkan kepentingan rakyat dan negara sudah cukup sebenarnya untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan sesebuah kerajaan.
''Isu pembatalan projek jambatan di Johor sebenarnya mengambarkan kepada dunia betapa kerajaaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sangat lemah. ''Bagaimana sebuah kerajaan boleh buat keputusan untuk membina jambatan yang melibatkan negara jiran (Singapura), tanpa melihat implikasi undang-undang antarabangsa dan perjanjian dengan Singapura sebelum ini?'' soal beliau lagi. ''Isu jambatan ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah dan imej pemimpin dan negara di mata masyarakat antarabangsa, kredibiliti Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan sudah hilang sebenarnya,'' ujar beliau.

Pelbagai isu berbangkit di zaman Abdullah

Sementara itu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Ibrahim Ali berkata, dalam tempoh dua tahun lebih Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri timbul pelbagai isu yang boleh mengancam kepentingan dan keselamatan negara. Menurut Ibrahim lagi, penjualan beberapa saham syarikat GLC milik negara kepada Temasik Holding dari Singapura adalah diuruskan oleh Menantu Perdana Menteri sendiri Khairy Jamaluddin dan ini boleh dianggap sebagai menggadai kepentingan negara semata-mata untuk mengaut keuntungan cepat. Tambah beliau, selagi Barisan Nasional memerintah negara maka selagi itulah masalah kronisma, rasuah, penyelewengan tidak akan dapat diatasi malah di zaman Dato' Seri Abdullah ia semakin parah.
Demokrasi tidak ada lagi dalam UMNO
"Malah semangat demokrasi yang dibangga-banggakan oleh Umno selama ini pun sudah tidak lagi wujud dalam parti tersebut, ini jelas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam pemilihan parti jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak lagi dibenarkan untuk bertanding. "Selain itu bagi jawatan parti yang lain disyaratkan perlu ada 30 peratus, 20 peratus dan 10 peratus baru boleh bertanding, dasar ini semua diperkenalkan adalah semat-mata untuk menjaga kepentingan pribadi pemimpin tertentu sahaja.
"Maknanya sudah tidak ada lagi demokrasi dalam Umno dan pemimpin dipilih melalui politik wang dan ini bukan lagi suatu rahsia, malah semua maklum dari cawangan, bahagian hinggalah ke Majlis Tertinggi semuanya naik dengan rasuah. "Pemimpin yang naik dengan rasuah ini bila dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya sudah tentu dia juga akan melakukan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan, ini kerana wang diperlukan untuk terus merasuah supaya dapat terus kekal menang," katanya.
Penyertaan dalam PAS satu hijrah
Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim yang turut berceramah menjelaskan bahawa penyertaannya dalam PAS adalah suatu penghijrahan daripada sebuah parti yang penuh dengan masalah dan tidak mahukan Islam kepada parti PAS yang pemperjuangkan cita-cita Islam. Kata Dato' Ahmad Rusli, perjuangannya dalam Umno sudah tidak ada makna lagi kerana sudah terlalu banyak penyelewengan, rasuah hingga tidak lagi mampu untuk membendungnya apatah lagi untuk menghapuskannya.
"Pemilihan pemimpin untuk mengisi jawatan dalam parti tidak lagi berdasarkan kualiti seseorang pemimpin tetapi lebih kepada siap boleh bagi banyak wang maka dialah yang layak dipilih," jelasnya.
posted by jasindaily online @ 6:56 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com