Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Antara Sudirman, M. Nasir dan MP Sri Gading...siapa berjasa
Monday, April 17, 2006
Saya mulanya rasa hendak ketawa bercampur baur dengan rasa loya apabila isu mengagungkan seniman Allahyarham P.Ramlee dibahaskan di Parlimen baru-baru ini. Yang lebih melucukan serta memualkan apabila mendengar hujah daripada tukang sorak dari Sri Gading, iaitu MP Sri Gading. Bersungguh-sungguh benar beliau berhujah, bertegang urat leher bagaikan berhujah mempertahankan kedaulatan agama dan bangsanya. Tetapi, biasalah dalam Parlimen ini lah tempatnya puak-puak pengampu dan pengipas nak tunjuk bakat masing-masing.

MP Sri Gading memuja ketokohan Allahyarham P.Ramlee hinggakan sanggup pula memperkecilkan seniman lain termasuk yang telah meninggal dunia. Beliau mempersoalkan 'siapakah Sudirman? Siapakah M.Nasir?'.
Saya tabik kepada M.Nasir kerana tidak ambil pusing apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen UMNO tersebut kerana mungkin M.Nasir dah masak dengan perangai ahli-ahli politik UMNO seperti ini. Lagi pun buat apa nak layan orang politik yang tidak ada akal dan kewarasan seperti itu. Cuma, saya sedikit simpati kepada waris dan keluarga Allahyarham Sudirman kerana nama Allahyarham juga turut terhina.

Bagi menguatkan hujah dan kipasnya, MP Sri Gading membuat perbandingan tiada siapa juga boleh mengatasi kehebatan PM Pak Lah atau Dr Mahathir. Kalaulah ditanya pada beliau pula siapa lebih hebat antara Pak Lah dan Dr Mahathir, agak-agak apa MP Parlimen itu akan menjawab? Tentu ramai yang boleh meneka apa yang pasti dijawab oleh MP Sri Gading ini. Maklumlah, nak cari makan kena pandai walaupun terpaksa 'makan hati' orang lain.

Teringin juga saya bertanya kepada sekelian pembaca, siapa pula MP Sri Gading ini? Tokoh apa dia ini? Apa jasa dia pada umat Islam dan bangsa Melayu? Setakat jadi wakil parlimen bermodalkan duit peruntukan dan air liur, saya rasa jauh lebih hebat ketokohan Allahyarham Sudirman dan M.Nasir. Sekurang-kurangnya kedua-dua ahli seni tersebut tidak pernah menyakiti dan menyinggung perasaan orang lain apatah lagi di khalayak ramai. Pada saya MP Sri Gading langsung tiada kualiti berhujah di Parlimen dan beliau umpama `tukang lawak' yang ditugaskan mengejutkan Ahli-Ahli Parlimen yang tertidur. Ketika ini, saya teringat pula kepada wakil seniman kita iaitu Senator Jins Shamsudin. Mampukah beliau mempertahankan maruah Allahyarham Sudirman dan M.Nasir? Jika beliau tidak mampu, serahkan sahaja gelaran Senator tersebut.

Di samping kita menyanjung seniman P.Ramlee, menghargai jasa-jasa Allahyarham Sudirman serta menghormati ketokohan M. Nasir, kita mungkin terlupa kepada ketokohan MP Sri Gading. Semoga tokoh Sri Gading ini akan benar-benar berjasa kepada umat Islam dan bangsa Melayu setidak-tidaknya berjasa di dalam menyelesaikan pencarian Big Foot di Johor nanti, Wallahu Aklam.
posted by jasindaily online @ 4:06 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com