Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Perempuan bertudung pun dirogol juga
Tuesday, April 18, 2006
Inilah antara perkataan paling keji yang pernah saya dengar dan baca. Ia bertambah keji dan hina apabila ia diucapkan oleh orang Islam. Yang mengucap dua kalimah syahadah. Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhamadan Rasulullah ! Hanya kerana seorang muslimah bertudung dirogol, mereka sanggup meluahkan perkataan keji ini. Plus satu lagi. Yang menambah kejinya ucapan ini ialah "malah wanita ini dibunuh menggunakan tudung yang dipakainya!" Barangkali perkataan ini sebagai ejekan kepada ulama . Atau sebagai satu sindiran yang cukup sinis. Atau nak menyatakan sikap anti ulama . Atau (mudah-mudahan tidak) nak mengisytiharkan "aku mahu lawan syariat Allah!". Kepada Allah kita memohon ampun, atas dosa, kealpaan dan segala keterlanjuran kita. Samada perkataan atau perbuatan.
Para ulama kita. Ustaz- ustaz kita. Mereka sering mengumandangkan. "Wahai wanita muslimah. Wahai Wanita mukminah. Tutuplah aurat -auratmu. Kehormatanmu, insyaallah akan terpelihara." Kesimpulan yang dapat difahami ialah, dengan menutup aurat , kehormatan akan terpelihara. Selamat dari gangguan lelaki miang. Kebalikannya pula ialah, wanita yang tidak menutup aurat , kehormatannya tidak terjamin. Tidak sejahtera dari gangguan lelaki gatal. Mengundang bencana. Atau, ada kesimpulan satu lagi. Pendedahan aurat dapat menyumbangkan peningkatan kes jenayah, rogol dan sebagainya.
Apa yang tersirat dari perkataan keji: ""Perempuan bertudung pun dirogol juga" ialah, "Wahai ulama ucapanmu tentang aurat tidak benar! Kalian berdusta. Kalian lihatlah sendiri, muslimah yang menutup aurat juga dirogol. Pendedahan aurat bukanlah penyumbang meningkatnya kes jenayah dan rogol. Marilah buka aurat!" Kita lihat pula kesan ucapan keji ini kepada masyarakat awam. Sebahagian mereka akan membuat kesimpulan, apa guna menutup aurat . Apa faedah bertudung litup. Apa beza bertudung ataupun tidak..
Bertudung juga tidak selamat dari dirogol. Malah membahayakan. Kerana dalam kes berkenaan dia dibunuh dengan tudungnya sendiri. Mungkin ada yang terfikir, wah!! Bahaya jika bertudung. Nanti, kita akan dijerut dengan tudung yang kita pakai. Ucapan "malah dia dibunuh dengan tudungnya sendiri" adalah ucapan yang memang tidak rasional langsung. Seolah-olah hanya tudung sahaja yang boleh menjerut leher seseorang. Seolah-olah, jika tidak bertudung maka selamatlah dia dari dijerut. Lupakah mereka bahawa selain dari dijerut dengan tudung, boleh juga dijerut dengan benda-benda lain. Dan apakah hanya menjerut sahaja yang boleh membunuh. Membakar tidak boleh membunuh? Menikam tidak boleh membunuh? Dan seribu macam lagi..
Begitulah manusia. Penuh dengan kebongkakan. Mudah lupa dengan al-Khaliqnya. Tidak sedar bahawa engkau itu hamba. Engkau akhirnya akan masuk ke liang lahad. Begitulah manusia. Kononnya cuba lari dari syariat. Berpaling dari wahyu. Kononnya tidak rasional. Kononnya mahu keluar dari alam wahyu yang tidak rasional untuk masuk ke alam otak dan akal yang rasional. Rupa-rupanya, lari dari wahyu bermakna lari dari rasional. Pergi ke alam yang kononnya rasional rupa-rupanya ia adalah alam yang sarat dengan kebodohan dan kedunguan. Mereka ini baru boleh memahami apa itu rasional sebenar. Apa itu wahyu. Apa itu Syariah. Siapa al-Khaliq. Siapa mahkluk. Engkau itu siapa. Ya, mereka akan tahu hakikatnya selepas mereka dibungkus dengan kain kafan. Setelah mulut-mulut cabul mereka disumbat dengan tanah kuburan. Dan apabila ulat-ulat dengan lahapnya memamah setiap inci tubuhnya. "Oh!! Memang rasional." "Baru aku kenal Allah itu Maha Pencipta. Maha Bijaksana." "Baru aku tahu, aku ini hamba." "Ohh! Akhirnya mati juga aku."
Menutup aurat adalah perintah Allah Taala. Apa hikmahnya? Itu persoalan nombor dua. Yang penting ia adalah perintah dari Raja segala Raja. Al-Hakim segala al-Hakim. Nilainya, menutup aurat adalah baik. Tidak kira apa hikmahnya. Sebab segenap perintah Allah adalah baik. Tidak ada yang tidak baik melainkan mesti baik. Larangan Allah adalah keji. Tidak kira apa hikmahnya. Dan segenap larangan dariNya mesti keji dan keji dan keji. Itulah pegangan kita. Jika ada muslimah yang menutup aurat dirogol, menutup aurat akan tetap baik. Jika ada wanita telanjang berjalan dengan selamat tidak dirogol, mendedah aurat tetap keji. Mengapa begitu? Kerana Allah adalah Allah. Allah adalah Maha Pencipta. Ketaatan kita terhadap titah perintahNya tanpa berbelah bahagi adalah sebagai luahan iktikad kita bahawa Allah adalah segala-galanya. Kalam mahkluk yg tidak ma'shum, barangkali benar dan barangkali dusta. Namun Kalam Allah, hanya mengenal satu sahaja, iaitu benar semata-mata benar yg tidak pernah dimasuki kedustaan. Jadi, fikirlah sendiri apa maksud di sebalik: "Lihat perempuan bertudung pun dirogol juga.."
"Apa pandangan engkau?" Skrip biasa yang diucapkan Fakhrul kawan saya. Saya cuma dapat menjawab seperti biasa dengan hujah plan B: "Ada benarnya kata ulama kita bahawa pendedahan aurat menyebabkan meningkatnya jenayah rogol." "Cuba fikirkan. Perogol melihat wanita-wanita yang terdedah sana terdedah sini. Ia merangsang nafsu seks-nya." "Cuma ketika itu tidak ada peluang. Jadi, kebetulan, bila lalu depan matanya perempuan bertudung, dan ada peluang, maka dirogolnya perempuan berkenaan." "Apa yang saya nak katakan ialah, wanita yang terdedah aurat menyebabkan wanita lain termasuk yang bertudung dirogol." "Perogol geram dan berdendam dengan wanita yg terdedah auratnya, tetapi ia dilepaskan kebetulan pada wanita bertudung atau pada wanita lain."
Saya menutup hujah. "Logik.. Logik.." Hanya itu yang dapat diucapkan oleh Fakhrul tanda dia benar-benar setuju. "Jom kita ke bank, manalah tahu gaji kita sudah masuk." Fakhrul mengajak. Kalendar sudah mencecah 18 haribulan.
posted by jasindaily online @ 6:37 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com