Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Ubah persepsi jihad dari membunuh kepada menarik musuh
Wednesday, April 19, 2006
PENGKALAN CHEPA, 17 April (Hrkh) - Pemuda PAS dingatkan supaya mengubah persepsi jihad mereka dari 'membunuh' kepada 'menarik' orang agar menyokong jamaah Islam sesuai dengan pendekatan perjuangan Islam kini.
Perkara ini dinyatakan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusof Rawa, sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Kali ke 28, di Putik, baru-baru ini.''Pemuda kena ada sifat terbuka untuk menerima masuk ahli-ahli baru,'' katanya.''Jihad politik perlu ada sokongan, tidak macam dahulu. Dahulu kalau berjihad kita kena bunuh orang tetapi sekarang berjihad kita kena cari orang untuk menyokong,'' katanya lagi.
Beliau juga memberitahu, perlu ada perbezaan pendapat dalam jemaah untuk mencari pelbagai bagi memberi peluang kepada ahli-ahli menyampaikan pandangan untuk kebaikan parti.Tetapi beliau meminta supaya ruang untuk memberi pandangan tidak menjadi medan perbalahan sehinga menyebabkan perpecahan.Sebelum dari itu, YDP PAS kawasan Pengkalan Chepa, yang juga exco kerajaan negeri, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah pula berkata, keadaan politik di Kelantan sekarang berada dalam keadaan genting."Pelbagai usaha dilakukan oleh Umno untuk merampas Kelantank," katanya."
Umno nak rampas Kelantan tidak semestinya melalui pilihanraya. Mereka sekarang cuba bermacam usaha untuk memastikan mereka berkuasa di Kelantan," katanya lagi."Oleh itu, pergerakan Pemuda PAS, harus berkeja keras untuk mengekang asakan jahat Umno ini kerana Pemuda adalah tulang belakang kepada parti," tegasnya.Beliau juga memberitahu, kemungkinan akan berlaku pilihanraya umum yang lebih awal dari tempoh penggal kali ini. Oleh itu setiap ahli parti harus berkerja dari sekarang untuk mendaftar seberapa ramai sebagai pengundi berdaftar.
Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Ridzha Haji Zain pula berkata, gerak kerja mendaftar orang ramai sebagai pemilih akan menjadi agenda utama Pemuda PAS Negeri.Beliau juga meminta supaya Pemuda PAS mencari kelemahan diri sendiri supaya dibaiki bukan hanya mencari kesalahan orang lain sahaja.
Sebelum dari itu, Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Ustaz Nik Mohd Abduh Dato’ Nik Abdul Aziz pula mengingatkan, Pemuda harus mengambil iktibar kemenangan tipis PAS di Kelantan.''PAS di Kelantan sekarang hanya lebih satu kerusi di DUN. Itu pun dengan majoriti dua kerusi di Kemuning," katanya.
Beliau yang juga exco Pemuda PAS pusat berkata, Pemuda PAS Pusat mensasarkan seramai 70,000 ahli baru menjelang tahun 2008.Mesyurat yang julung-julung kali diadakan pada waktu malam itu, membincang pelbagai usul yang dibawa oleh Pemuda PAS cawangan yang terdapat dalam kawasan Pengkalan Chepa.
posted by jasindaily online @ 3:02 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com