Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Henti operasi 3 insinerator
Wednesday, April 19, 2006
MELAKA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) negeri mengarahkan pemilik sebuah kilang kertas di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, menghentikan operasi tiga insinerator di kilang berkenaan serta merta bermula semalam.

Ini bagi membolehkan pihak JKKP mengesan punca kematian dua pekerja di kilang terbabit pagi kelmarin dipercayai akibat terhidu gas beracun dihasilkan satu daripada insinerator berkenaan.Bagaimanapun, kilang yang mengeluarkan produk pembungkusan berasaskan kertas itu dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Pihak JKKP juga turut mengeluarkan arahan supaya pihak pengurusan kilang menutup kawasan insinerator itu supaya tidak dimasuki sesiapa.
Exco Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Ahmad Hamzah, berkata segala keputusan mengenai punca kematian itu hanya dapat dipastikan selepas JKKP selesai menjalankan siasatan.Beliau berkata, JKKP sudah membuat siasatan awal selepas kejadian pekerja terbabit maut dengan mengambil bacaan jenis gas dan asap di dalam insinerator tempat kejadian itu berlaku.
“Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada gas ataupun asap yang menyebabkan pekerja terbabit maut.“JKKP menghantar pasukan penyiasat mengambil sampel gas dan asap pada insinerator itu petang semalam (kelmarin),” katanyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kilang itu petang semalam. Hadir sama Penolong Pengarah JKKP negeri, Zainal Said.
Semalam akhbar ini melaporkan dua pekerja kilang berkenaan, Abdul Rahman Rozali, 30, dan seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sariman maut selepas dikatakan sesak nafas.Tiga lagi pekerja kilang terbabit yang cuba menyelamatkan mangsa turut mengalami sesak nafas.
Bagaimanapun, mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar.Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan melakukan kerja penyelengaraan di sebuah insinerator yang tidak berfungsi sejak tiga hari lalu dan dipercayai terhidu gas yang terhasil di dalamnya.
Ahmad Hamzah berkata, pihak kilang turut menafikan mangsa yang maut kelmarin melakukan kerja penyelenggaraan di dalam insinerator berkenaan.
“Mereka dikatakan cuba membetulkan alat pemotong yang tertanggal di dalam insinerator yang digunakan sejak awal Mac lalu,” katanyaSementara itu, Zainal berkata, pihaknya sudah mengambil topeng yang digunakan oleh pekerja terbabit sewaktu insiden berlaku bagi memastikan adakah ia menepati standard bagi kegunaan tempat itu.
posted by jasindaily online @ 9:48 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com