Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Mampukah PM pecat Bakri?
Thursday, April 20, 2006
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengeluarkan arahan tegas ''Laksanakan atau pergi'' kepada kakitangan kerajaan pada permulaan lawatannya ke seluruh negara menerangkan RMK-9 kepada rakyat.

Abdullah berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menggagalkan rancangan tersebut dan memberitahu kakitangan kerajaan: ''Permudahkan dan jangan mengecewakan!'' Jika pegawai kerajaan tidak dapat melaksanakannya, mereka patut direhatkan. ''Malah, mereka patut berehat panjang.''

Tegas, ucapan yang serius oleh Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan. Tetapi oleh kerana kegagalannya menunaikan kebanyakan daripada pembaharuan yang dijanjikan dalam 30 bulan yang lepas, persoalan yang datang di kotak pemikiran orang ramai ialah sama ada Abdullah akan kali ini kotakan kata-katanya untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang menghalang dan menggagalkan ikrarnya mengenai efisien, berkesan, pertanggungjawaban, telus dan perkhidmatan awam yang bersih atau semua itu akan tinggal kata-kata sahaja?

Berapa ramai kakitangan awam yang Abdullah sudah berhentikan dalam 30 bulan yang lepas kerana menggagalkan ikrar pembaharuannya untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih, tidak rasuah, efisien, berkesan, bertanggungjawab, telus, adil dan saksama?

Paling penting dan segera dilakukan oleh Abdullah ialah memberitahu Tan Sri Mohamad Bakri Omar untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) jika masih enggan menerima cadangan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC?

Tindakan Bakri menentang secara terbuka pembentukan IPCMC sedangkan Perdana Menteri sudah memberi komitmen untuk mengambil cadangan tersebut, adalah salah.

Di manakah kredibiliti pendekatan 'serius' Perdana Menteri apabila KPN terus dilindungi dan tidak diambil tindakan atas bantahan terbukanya terhadap Perdana Menteri dalam hal pembentukan IPCMC?
posted by jasindaily online @ 4:38 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com