Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Pelencong Minda Lagi
Thursday, April 20, 2006
Perundingan antara Malaysia dan Singapura telah terbantut kerana kerajaan Republik itu mengenakan dua syarat - agar Malaysia menjual pasir dan membenarkan penggunaan ruang angkasa Malaysia untuk kegunaan angkatan tentera udara Singapura. - dua perkara ini harus dipersetujui dahulu sebelum Singapura mahu mengizinkan pembinaan jambatan (bengkok), kata Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah turut berkata bahawa kerajaan akan membayar Gerbang Perdana Sdn Bhd., yakni kontraktor yang diberikan tender membuat jambatan bengkok itu kira-kira RM100 juta sebagai pampasan membatalkan projek tersebut.

Sekarang, yang mana satu sebenarnya? Apakah pembatalan membina jambatan bengkok ataupun 'jambatan indah' (seperti yang disebut oleh Mahathir Mohamad) adalah disebabkan kita enggan membenarkan pesawat udara Singapura melintasi ruang angkasa kita ataupun kerana kita sengaja mahu membayar RM100 juta kepada kontraktor atas kerja yang tidak dibuatnya? Apakah pertahanan ruang angkasa kita begitu penting sangat? Saya tidak fikir begitu kalau anda ambil kira apa yang pernah disebut oleh Najib Tun Razak dalam ucapan beliau pada 2002 dahulu dalam jamuan anjuran Heritage Foundation di AS bertajuk ''The US-Malaysia Defence Corporation: A solid success Story'' (Kerjasama Pertahanan AS-Malaysia: Cerita Kejayaan yang Besar)

Malahan selama beberapa tahun AS dan Malaysia telah lama memeterai satu perjanjian rahsia yang mengizinkan pesawat AS melakukan lebih 1,000 penerbangan melintasi angkasa Malaysia setiap tahun. Ini adalah bersamaan dengan tiga penerbangan setiap hari. Sejak peristiwa 911, penerbangan ini sudah melonjak dengan galaknya dalam usaha menangani apa yang mereka kelentungankan sebagai 'keganasan Islam antarabangsa'.

Mengikut Najib, angkatan keselamatan Malaysia menjalankan latihan dengan ketenteraan Amerika dan ini membolehkan Amerika memasuki lapangan terbang dan pelabuhan Malaysia. Lagi pun Malaysia menyediakan beberapa pangkalan di luar Amerika Syarikat untuk tentera Amerika menjalankan latihan peperangan rimba. Tentera Amerika memang dialu-alukan menjalani latihan di negara ini, kata Najib.

Di samping itu:

1. Terdapat lebih 75 buah kapal perang Amerika yang melakukan lawatan di sini sejak dua setengah tahun berakhirnya 911. Kita tidak tahu berapa pula lawatan yang dibuat sejak 2002.

2. Askar AS melakukan latihan dengan Angkatan Tentera Udara Malaysia, dalam latihan perang olok-olok.

3. Pasukan US Navy Seals (komando tentera laut AS) menjalani latihan dua kali setahun di negara ini.

4. Tentera darat AS kerap melakukan latihan bersama tentera darat Malaysia.

5. Amerika Syarikat mempunyai hubungan baik dengan perkhidmatan risikan Malaysia (dan pasukan risikan Malaysia menghantar pegawai untuk berlatih di AS)

6. Sejak 911, pasukan keselamatan Malaysia memberikan perlindungan kepada kapal AS yang menggunakan Lautan Selat Melaka.

7. Malaysia ada menempatkan askar dan kelengkapan tentera di beberapa kepulauan untuk melindungi serangan pejuang Abu Sayyaf di Selatan Filipina.

8. Di samping itu Malaysia bergiat cergas mengenal pasti kumpulan terroris dan ajaran agama Indonesia dan negara ASEAN dan memberikan maklumat yang boleh memudahkan pembekuan aset orang dan kumpulan yang disyaki sebagai terroris Islamiah. (sudah tentu senarai itu diberikan oleh Amerika Syarikat).
Demikianlah yang didedahkan oleh Najib dalam ucapannya di AS pada 2002. Jadi perihal pesawat terbang Singapura menceroboh ruang angkasa Malaysia adalah isu kecil sahaja sedangkan kita memberikan ruang yang bebas kepada AS. Malahan kita juga memberikan ruang kepada Amerika memacakkan pangkalannya di bumi Malaysia. Bukankah Singapura merupakan sekutu Amerika juga?

Saya berpendapat bahawa Singapura mahu gunakan ruang angkasa Malaysia adalah satu pelencong minda semata-mata.

Sesungguhnya saya tidak menentang sikap Malaysia mempunyai urusan rahsia dengan AS. Malahan kalau Malaysia mahu menyerahkan salah satu pangkalan udaranya untuk kegunaan tentera udara Amerika tidak juga akan saya tentang. Soalnya kenapakah kita begitu bermurah hati dengan Amerika tetapi begitu garang dengan kerajaan Singapura? Apakah sikap kita lokek terhadap Singapura itu satu lakonan untuk meniupkan sentimen orang Melayu agar mereka kembali ke pangkuan UMNO (seperti mana Singapura lakukan perkara yang serupa agar orang Cina Singapura bergabung di bawah panji-panji PAP, khususnya memandangkan pilihan raya umum Singapura yang akan menjelma?

Apa pun drama yang dimainkan oleh Singapura dan Malaysia cuba lihat teks ucapan Najib sepenuhnya dan cuba perhatikan apa yang berlaku sekarang ini memang masuk akal kita.

''Saya ingin judulkan ucapan saya ini sebagai ''Malaysia-US Defence Corporation – The Untold Story'' (Kerjasama Pertahanan AS-Malaysia: Satu Rahsia Lama) Memang sudah lama angkatan tentera AS dan Malaysia bekerjasama dalam pelbagai misi tanpa ada gembar-gembur ataupun penghargaan terbuka. Walaupun banyak kejayaannya, hubungan pertahanan dua hala kita memang menjadi satu rahsia besar yang kita tutup rapat-rapat.

Kerana itu saya memang menghargai peluang yang diberikan oleh The Heritage Foundation and the Centre for Strategic and International Studies (CSIS) untuk saya mendedahkan rahsia besar ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ed Fener kerana ucapan aluannya yang begitu mesra dan juga kerana sumbangannya yang berterusan kerana kefahaman Malaysia-AS. Begitu juga dengan terima kasih saya kepada beberapa tokoh yang lain-lain.

Sebelum saya mulakan ucapan saya ingin saya sentuh sedikit hubungan dua hala kita sebagai satu awalan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Mahathir ke Washington dalam dua minggu lagi.

Saya sedar bahawa lawatan seseorang ketua negara ke Washington DC, bukanlah perkara luar bisa, terutama di waktu kini. Kenapa pula lawatan ini dianggap penting?

Dari sudut sejarah, Malaysia sudah membuktikan kesetiaannya sebagai sahabat Amerika Syarikat. Kita punyai pelbagai minat bersama termasuk dagangan dan pelaburan secara berpada dan kerjasama keselamatan di banyak lapangan. Yang turut penting di sini ialah nilai hidup yang sama-sama kita sanjungi termasuk komitmen kepada demokrasi, toleransi beragama, dan sikap berlaku adil kepada warga negara yang pelbagai latar belakangnya. Pada ketika ini, di saat kita menghadapi peperangan, segala nilai hidup beginilah yang menyatukan negara kita, bersama.

Akan tetapi saya ingin kemukakan satu lagi faktor yang menjadikan hubungan kita begitu istimewa. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil di tengah-tengah dunia kita, ia masih memiliki satu kedudukan yang unik. Kami adalah sebuah negara Islam. Kami stabil, dan kaya. Perdana Menteri kami. Dr. Mahathir telah mendapat satu penghargaan yang tinggi bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, tetapi di seluruh dunia Islam. Ini merupakan satu cerita kejayaan yang tidak didendangkan dan saya ingin menjelaskan perkara ini nanti, tetapi untuk mengelakkan sebarang unsur suspens, biarlah saya jelaskan cerita yang tidak didendangkan mengenai kerjasama pertahanan kita.

Cuba kita ambil filem 'Black Hawk Down' Cerita sebenar berlaku di Somalia, 1993. Walaupun Hollywood telah menggambarkannya secara berbeza, saya berani katakan peranan Malaysia dalam kisah sebenar telah sengaja diketepikan di bilik penyunting. Cerita sebenarnya adalah begini: Lebih 100 askar Malaysia telah bertarung nyawa dalam pertempuran yang sengit itu cuba menyelamatkan askar Amerika yang terperangkap Sambil bertarung bersama- sama U.S. Rangers salah seorang askar kami telah terkorban, bersama 18 orang askar AS yang lain.

Nampaknya askar kami tidak dianggap layak menjadi bintang Hollywood.

Namun, kami benar-benar berasa syukur apabila Pentagon telah menghargai sumbangan kami. Pada bulan Mac yang lalu, di New York, seramai 23 orang askar pengaman Malaysia telah diberikan Medal Dag Hammerskjold, yang telah dianugerahkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu kepada petugas yang terkorban ketika berkhidmat..

Malahan sejak 1960, Malaysia telah terlibat dengan lebih 20 misi PBB daripada Timor Timor kepada Kosovo. Malaysia menganggap tugas pengaman sebagai satu bahagian dasar luar negara. Semacam Amerika Syarikat juga, kami percaya setiap negara betapa kecil pun mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang apabila berkeupayaan kepada keamanan dunia.

A. Pemimpin Serantau dalam Perang Melawan Keganasan (WoT)

Selain kerjasama bilateral dengan Amerika Syarikat, Malaysia memang cergas mengenal pasti terroris di rantau ini. Pada Disember lalu, penangkapan beberapa pengganas Filipina di Malaysia dan diikuti dengan peristiwa tangkapan sel pengganas di Malaysia dan Singapura yang ada kaitan dengan al Qaeda, telah menyerlahkan betapa perlunya diwujudkan koordinasi serantau yang selama ini pernah kami syorkan.

Kira-kira 62 orang terroris dan militan yang ada hubungan dengan pertubuhan luar telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan ramai lagi yang sedang kami buru.

Adalah elok kalau kami ceritakan sedikit perihal pendekatan Malaysia memerangi terroris dan militan. Selain mencari penyelesaian secara ketenteraan kami percaya kami mesti memenangi hati dan minda rakyat kami dengan menentukan taraf hidup yang tinggi, membasmikan kemiskinan, menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti dan menyediakan lebih banyak pekerjaan. Dengan kata lain, kami mesti menyediakan harapan bukannya kesepian, satu masa depan yang lebih meyakinkan sebagai alat yang menghindari pengaruh militan di masa depan.

Pada waktu yang sama pengenalan ajaran Islam yang benar di kalangan rakyat kami memang dianggap penting, bahawasanya Islam adalah satu agama kedamaian dan toleran, dan menentang kezaliman serta pembunuhan kejam.

Di sini kami mesti menyebut perihal kepimpinan yang ditunjukkan di kalangan negara Islam oleh Perdana Menteri kami Dr. Mahathir.

Apabila anda mengingati Dr. Mahathir tentulah banyak kata-kata pujian yang boleh kita fikirkan. Saya fikir antara respons yang dapat kita terima ialah ''bersuara lantang'' ''penuh keazaman'' ''suka berterus terang'' Dalam satu berita terkini ada yang menyebut bahawa beliau memang suka cakap berterus terang'' dan saya fikir ini adalah satu gambaran yang adil. Sememangnya Dr. Mahathir suka bercakap dengan terang.

Masa berlalu sehinggakan ada pihak di Amerika Syarikat yang tersalah tafsir apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir. Biarlah saya berterus terang di sini: ''Persahabatan yang kukuh harus mampu menangani perkataan yang keras-keras. Malaysia dan Amerika Syarikat sudah lama bersahabat rapat berdekad lamanya. Hubungan kita yang berpelbagai wajah itu tentu ada kalanya rancak dan ada kalanya kelam, namun nilai asas yang dikongsi sama itu harus bertahan juga.

Seperti yang saya katakan tadi, walaupun Perdana Menteri berkata terus terang, dan sebenarnya mengucapkan kata-kata itu dari isi hatinya. Dia adalah seorang pemimpin yang berprinsip, dan dia memang mengamalkannya.

Sebagai contoh, dalam satu Forum Ekonomi Dunia di New York pada Februari lepas, Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa Islam adalah agama kedamaian yang telah diculik oleh segelintir puak untuk kepentingan diri. Beliau telah menjelaskan betapa di Malaysia di mana kerajaan menganggap Islam sebagai agama utama, orang bukan Islam adalah bebas mengamalkan agama kepercayaan mereka, bukan sahaja ini memang dibenarkan oleh Islam, tetapi kerajaan toleransi beragama itu adalah unsur penting dalam masyarakat moden.

Satu lagi contoh perwatakan unggulan Perdana Menteri Mahathir telah terserlah dalam Persidangan Negara Islam (OIC) yang ke-57 di mana negara peserta cuba mencari satu konsensus untuk menghambat terrorisme. Sebahagian objektifnya ialah meningkatkan usaha menjurangkan Islam dengan keganasan. Kami mahu menjelaskan bahawa Islam sebenar memang tidak serasi dengan keganasan dan kekejaman. Negara kami adalah contohnya.

Persidangan itu telah dianjurkan ketika yang tepat di mana keadaan Timur Tengah sudah semakin meruncing. Dr. Mahathir telah merasmikan persidangan itu dengan kata-kata aluan yang berani dengan berkata bahawa semua bentuk serangan terhadap orang awam - baik oleh penculik 11 September, askar Israel, atau pengebom berani mati Palestin, harus dianggap sebagai perbuatan keganasan.

Memadailah kalau dikatakan bahawa pendapat beliau itu bukanlah pendapat majoriti peserta OIC. Tetapi itulah pendirian Dr. Mahathir sehinggakan kenyataan rasmi yang dibangkitkan kemudiannya ternyata seimbang. Inilah satu contoh klasik yang telah kita saksikan dan akan terus kita saksikan semasa Perdana Menteri Mahathir cuba menguasai pengaruh ke atas isu yang hangat.

Saya yakin Perdana Menteri Mahathir akan bercakap lebih lanjut lagi akan usahasama kita dalam memerangi keganasan semasa lawatan beliau ke Washington tidak lama lagi. Anda mungkin tidak bersetuju dengan sebahagian kata-katanya. Akan tetapi kalau anda terus mendengarnya dan memahami apa yang dikatakannya, dan ambil kira pengalaman beliau yang begitu lama berhujah semua itu, saya yakin akan terserlah kata sepakat yang sama-sama dapat kita setujui.

Sebagai penutup, dunia ini sudah banyak berubah sejak 11 September, apakah yang boleh disumbangkan oleh Malaysia kepada dunia sejagat, termasuk Amerika Syarikat, dalam landskap strategi yang baru ini?

1. Malaysia memang tabah dan cekap memerangi segala bentuk keganasan di Malaysia dan memang bersungguh-sungguh memberikan sokongan terhadap memerangi keganasan dunia ini.

2. Malaysia ialah satu negara Islam contoh, yang sederhana, progresif dan toleran, serta sentiasa mengejar ketamadunan, Yang lebih penting lagi, Malaysia adalah negara contoh yang berjaya dengan penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya. Penganut Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Animis hidup tenteram menikmati hasil kemewahan dan kestabilan dan saya berharap lebih ramai rakyat Amerika akan mengongsi kisah kejayaan yang menakjubkan ini.

3. Malaysia memainkan peranan utama dalam kepimpinan Asia Tenggara ke arah kedamaian dan kestabilan, seperti yang kami tunjukkan dalam menyokong proses damai di Selatan Filipina dan menentukan integriti wilayah sempadan Indonesia.

4. Sebagai seorang pemimpin yang paling lama bertakhta di rantau kami, Perdana Menteri Mahathir memang terus dianggap sebagai seorang negarawan ulung dunia dan seorang pemimpin Islam, yang mempunyai suara yang berwibawa dengan segala kebijaksanaan dan serba tolak-ansur, pragmatik dan progresif, dan inilah yang menjadikan beliau sebagai tokoh utama dunia dalam pencarian kita untuk membasmi keganasan dan mencapai satu dunia yang lebih perkasa dan aman damai.
Izinkan saya menamatkan ucapan ini dengan menyebut terima kasih sekali lagi. Kami memang menunggu ketibaan Perdana Menteri pada Mei 13 - 15 (2002) nanti untuk meningkatkan hubungan peribadi dan antara kerajaan dengan Amerika Syarikat.
posted by jasindaily online @ 4:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com