Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Ghafar Baba kembali tenat
Thursday, April 20, 2006
KUALA LUMPUR 20 April - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba (kiri) kini kembali berada dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri di Pusat Perubatan Gleneagles (GIMC), di sini akibat pelbagai komplikasi penyakit yang dihadapinya.

Ghafar dimasukkan ke unit rawatan rapi pusat perubatan itu sejak 24 Januari lalu dan sejak itu diberikan rawatan berterusan oleh sekumpulan pakar dan kakitangan pusat rawatan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan malam ini berkata:

''Saya baru dapat berita, pada waktu ini (Ghafar) sakit tenat.''

Abdullah berkata, beliau kini mengikuti perkembangan terkini kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu secara dekat.

''Saya minta rakan dan saudara dapatkan maklumat (tentang perkembangan terkini Ghafar) daripada pihak keluarga ataupun pihak hospital,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GIMC, Stuart J.V. Pack dalam sidang akhbar hari ini bekata, Ghafar sudah tidak sedarkan diri dan keadaannya semakin tenat.

Beliau turut meminta media agar tidak banyak mengganggu keluarga Ghafar memandangkan ketika ini mereka perlu sentiasa berada di sisi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu, anak sulung Ghafar, Tamrin yang turut menghadiri sidang media itu meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

''Dalam keadaan sekarang ini, kita semua kena banyak berdoa memandangkan kesihatannya semakin tidak stabil,'' katanya ringkas.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin negara menziarahi Ghafar di pusat perubatan itu hari ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira 35 minit menziarahi Ghafar serta ahli keluarganya.

Turut menziarah Ghafar ialah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.
posted by jasindaily online @ 6:29 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com