Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Ali Rustam didesak arah 2 Adun letak jawatan
Monday, April 24, 2006
MELAKA, 25 April (Hrkh) - PAS Kawasan Bukit Katil mendesak Ketua Menteri Melaka, Dato' Wira Mohd Ali Rustam mengarahkan dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN mengosongkan kerusi mereka serta-merta demi membersihkan nama Dewan Undangan Negeri (Dun).

Desakan tersebut berdasarkan antara lain kesalahan rasuah yang membawa kepada pergantungan seorang daripada dua Adun tersebut oleh parti.

Mereka ialah Adun Telok Mas, Amid Nordin daripada Umno dan Chua Peng Song daripada Gerakan (Adun Bachang).

Pengosongan kerusi kedua-dua Adun ini amat penting untuk membersihkan nama Dun Melaka yang tercemar disebabkan anggotanya yang bersalah masih menjalankan tugas mewakili rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Wahab.

"Pengekalan mereka sudah tentu menjejaskan kepercayaan rakyat kepada Dun dan menjatuhkan martabat Dun Melaka, katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Chua, 52, digantung keahlian parti untuk tempoh masa tidak ditetapkan, berkuat kuasa 31 Mac lalu.

Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye menandatangani surat penggantungan itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti pada 30 Mac.

Chua dijangka menerima surat tersebut selepas Jawatankuasa Pusat (CC) mengesahkan keputusan CWC.

Bagaimanapun tidak ada sebarang sebab dinyatakan dalam surat berkenaan penggantungan itu.

Dalam satu lagi surat ditandatangani Kwang Chye pada 4 April lalu, Chua turut diminta tidak mengambil bahagian dalam aktiviti parti.

Chua tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan lepas setelah 16 tahun memegang jawatan itu.

Beliau Adun kedua digantung keahlian selepas Amid, 53, digantung keahliannya daripada Umno selama tiga tahun.

Amid pada September 2004 yang ketika itu Ketua Umno Bahagian Kota Melaka, digantung keahlian parti kerana didapati bersalah dalam tuduhan rasuah
posted by jasindaily online @ 9:58 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com