Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Arahan Mewajibkan Pemakaian Tudung
Tuesday, April 25, 2006
Siaran Buletin Utama TV3 hari ini (Khamis, 23 Mac 2006) agak menarik perhatian saya. Di dalam satu segmen yang memaparkan perdebatan atau perbahasan atau mungkin pertengkaran di Dewan Parlimen, tersiar kisah tentang isu tudung. Di dalam segmen itu ditunjukkan bagaimana Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menentang arahan yang mewajibkan anggota polis wanita negara memakai tudung kepala.

Di dalam segmen tersebut, juga kelihatan seorang ahli parlimen (saya lupa kawasan mana) yang bangkit membela arahan KPN (Ketua Polis Negara) itu. Sejuk hati saya. Lim Kit Siang memang sudah terkenal dengan sifat keharbiannya yang jelas anti Islam. Arahan ini memang baik dan sepatutnya sudah lama diperkenalkan. Jadi saya menyokong tindakan ahli parlimen parti permerintah tersebut.

Barulah, sebagai negara yang mempengerusikan Persidangan Negara Islam (OIC), kita kelihatan lebih dinamis dan berkarisma. Bukankah cantik melihat anggota polis wanita kita menutup aurat? Walaupun tidak sesempurna mana kerana masih lagi menayangkan dada mereka, tetapi boleh dikira baik juga. Rasanya di Iran, kesemua anggota keselamatan wanita mereka memang telah lama menggunakan tudung kepala.

Tetapi itu hari kini. Semalam, lain pula ceritanya. Di dalam segmen yang sama, tersiar pula rakaman bagaimana seorang ahli parlimen dari parti pemerintah (jika saya tidak silap, Indera Mahkota) yang bangkit menceritakan rasa tidak puas hatinya kerana anaknya diwajibkan memakai tudung ke sekolah. Dan disebabkan anaknya ingkar, maka dia (anaknya) telah dipulaukan oleh guru dan rakan2.
Lebih perit, apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Noh Omar yang terkenal dengan perbuatan bercakap tanpa berfikirnya, dengan lantang dan bangga berkata bahawa pemakaian tudung adalah tidak wajib dan merupakan pilihan. Pihak sekolah dilarang memaksa para pelajar perempuan memakai tudung. Malah, pihak sekolah boleh dikenakan tindakan jika pemakaian tudung ini diwajibkan.

Apa dah jadi? Mengapa melawan hukum Allah? Pihak sekolah boleh dikenakan tindakan jika mewajibkan pemakaian tudung? Jadi, mengapa tidak mengambil tindakan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala kerana mewajibkan pemakaian tudung ini melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw dan tertulis secara terang dan nyata di dalam kitab suci al-Quran seperti yang dinyatakan di dalam ayat 31 surah an-Nur?Baiklah. Saya tidak mahu menyentuh dengan lebih lanjut mengenai komen Noh tersebut. Ianya telah termaktub di dalam perlembagaan dan sebagaimana kita tahu, di negara kita, buku perlembagaan adalah lebih mulia dari kitab suci al-Quran itu sendiri. Jika keterlaluan sangat memberi komen, ke Kamunting pula saya ditempatkan nanti.

Tentang perkara ini, kita patut sudah tahu sama tahu.Apa yang ingin saya sentuh ialah bagaimana sifat ahli parlimen tadi, yang juga seorang bapa kepada anak perempuannya, boleh menyokong tindakan anaknya yang mengingkari perintah Allah. Menyokong itu satu hal, yang lebih dahsyat lagi ialah, dia, tanpa segan silu, telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membawa perkara ini ke parlimen.

Apakah fikirannya terlalu singkat hingga tidak mampu membayangkan kesan daripada perbuatannya itu? Selepas ini, ribuan ibu bapa yang fikirannya telah tersemai corak pemikiran barat yang orientalis, akan bangkit dan mempersoalkan kewajipan pamakaian tudung oleh pelajar2 perempuan ke sekolah. Tanpa sedikitpun mereka menyedari menentang arahan ini bererti melawan perintah Allah. Derhaka.

Saya teringat, lebih 5 tahun dulu, saya pernah terdengar di radio Hitz.fm akan sebuah temubual oleh DJ 'Lil Kev dan Fly Guy (seorang muslim) dengan seorang menteri yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pelancongan (kini telah bersara) berkaitan hal pemakaian tudung ini. Topik sebenar mereka ialah tentang tindakan Kerajaan Kelantan yang menguatkuasakan pengasingan lelaki dan wanita di pantai peranginan.

Secara tiba2 ada panggilan masuk. Si pemanggil mengadu tentang tindakan sekolah adiknya yang baru berusia 13 tahun yang mewajibkan pemakaian tudung untuk pelajar perempuan muslim. Jawapan sang menteri sama seperti jawapan Noh Omar. Tidak perlu diperbahaskan lagi. Yang membuatkan saya terkilan adalah bagaimana sang kakak boleh terfikir untuk membuat pengaduan sebodoh itu?Menurut si pemanggil, dia begitu risau dengan arahan tersebut. Katanya, adiknya masih terlalu kecil dan dia risau arahan sebegitu boleh menganggu perkembangan minda adiknya.

Ya Allah.... Apakah Allah itu bodoh, dungu dan bebal? Apakah Allah akan mewajibkan suatu perintah jika perintah itu boleh menyusahkan manusia? Apakah Allah tidak mengetahui segala2nya?Allahu Akbar. Lihatlah harga sebuah pembangunan yang kita cari2. Kita sudah terlalu mengagungkan barat sehingga menerima apa sahaja si kafir durjana itu katakan. Hinggakan lidah belacan anak2 kita juga dipaksa menjadi lidah keju.

Apakah yang kita cari dengan kemajuan? Apakah kemajuan bererti kita juga terpaksa bertelanjang seperti manusia2 yang mendakwa berasal dari monyet tersebut?Mengapakah tindakan sekolah mewajibkan pemakaian tudung dianggap sebagai satu kesalahan? Berdosakan seorang guru besar atau sekelompok guru2 yang cuba mempraktikkan apa yang Nabi Muhammad saw cuba sampaikan kepada kita lebih kurang 1440 tahun dahulu? Hinakah jika seseorang itu cuba mengamalkan Islam secara kaaffah ataupun menyeluruh, tidak sekadar Hadhari?Saya tidak mahu lagi mempertikaikan tindakan orang yang enggang bertudung. Tetapi saya cukup2 mempertikaikan tindakan orang yang menentang orang lain yang cuba menjalankan amr-bil-ma'ruf, nahi-'anil-mungkar. Menghalang orang menguatkuasakan kewajipan bertudung sama seperti menghalang orang mewajibkan solah.

Kerana kedua2nya disebut dengan terang di dalam al-Quran.Jangan gunakan alasan di dalam Islam tidak ada paksaan. Apa itu paksaan? Apabila kita disuruh untuk melakukan sesuatu dan diugut akan dikenakan suatu jenis hukuman jika enggan. Bukan? Allah menetapkan neraka untuk mereka yang ingkar. Apakah ini tidak bererti Allah memaksa kita mematuhiNya? Tidak takutkan dengan balasan yang Allah janjikan? Tidak ada paksaan hanya untuk orang yang belum Islam.

Mari kita renung. Seorang muslim yang menghina Islam seperti ahli parlimen itu yang kita lantik sebagai pemimpin. Apakah kita mampu berlepas tangan di hadapanNya nanti? Jika seorang imam tertinggal rukun di dalam solah tetapi para makmumhanya mendiamkan diri, bukan solat imam sahaja yang tidak sah. Solat makmum pun tidak dikira sama. Jadi, di dalam kes sebegini, sebagai makmum, apakah peranan kita?
posted by jasindaily online @ 5:50 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com