Jika begitu, untuk apa kita bekerja? Lebih baik duduk di rumah. Keranakalau sudah memang rezeki kita secupak, kerjalah sebagaimana sampai gilasekalipun, ia tetap akan secupak juga. Dalam erti kata lain, kalau sudahmiskin, kita tetap akan miskin. Betulkah? Salah? Jikalau salah, apakahpenjelasannya untuk orang yang telah berusaha dengan sebenar2 usaha tetapimasih gagal mengubah cara hidup mereka?
Dan apabila bercakap tentang rezeki ini, saya mempunyai konsep pemahamansaya sendiri. Bagi saya, duit yang saya miliki bukan rezeki saya selagisaya tidak membelanjakannya. Mana tahu, duit yang saya baru ambil dari banktiba2 hilang secara misteri seperti mana yang saya ceritakan dalam artikelApo Nak Dikato? Atau mungkin duit itu saya sedekahkan pula kepada orangyang lebih memerlukan. Bukankah duit itu menjadi rezeki orang itu pula?
Dan rezeki yang kita perolehi tidak pula bersifat kekal. Hari ini kitaperolehi gaji. Lalu kita membeli sehelai seluar baru. Jadi duit itusememangnya rezeki kita. Dan selepas kita pakai seluar tersebut, maka iapuntermaktub sebagai rezeki kita. Tetapi secara tiba2, seluar tersebut hilangdi jemuran. Maka, setakat itulah saja seluar itu menjadi rezeki kita. Makahendak dibuat apakan? Redhakan sajalah...
Teringat saya kepada seorang kenalan saya. Baru2 ini, ketika berbualdengannya, dia meminta nasihat saya. Dia sesungguhnya di dalam kesempitan.Hutang keliling pinggang. Tetapi dengan tidak disangka2, isterinya pulahamil 2 bulan. Kerana bimbang tidak dapat lagi menanggung kelahiran anaktersebut, lalu dia bercadang untuk menggugurkannya. Jawapan saya? Sudahpasti saya tidak setuju.
Memanglah berbagai nasihat yang saya berikan. Tetapi yang paling menarikialah kata2nya, "Aku tahu tidak ada jaminan bahawa aku akan senangsekiranya anak ini aku gugurkan." Masih terngiang2 perkataan ini.Sepatutnya saya yang menasihatkannya, tetapi dengan kata2 itu, seolahnyasaya pula yang dinasihatkan. Betul katanya, kita selalu membuat keputusanyang merugikan. Hanya untuk sesuatu yang tidak pasti.
Contohnya dalam hal mendirikan solat. Di waktu azan Asar berkumandang,itulah waktu dan ketikanya kita sering kesibukan dengan tugas. Maka kitapun menangguhkan sebentar solat Asar demi untuk menyudahkan kerja yangkononnya tinggal sedikit. Sedikitpun kita tidak perasan bahawa sebenarnyatidak ada jaminan untuk kerja kita itu selesai seandainya kita tangguhkan solat Asar itu.
Mengapakah kita boleh berbuat demikian? Apakah kita tidak yakin denganjanji Allah? Bukankah Allah telah menjanjikan kebajikan untuk orang2 yangberamal soleh? Kita yakin kerja kita tidak selesai sekiranya kita bersolatdahulu. Apakah solat itu membebankan dan mengganggu kerja harian kita?Tidakkah kita yakin bahawa sebenarnya Allah-lah yang telah menyiapkan kerjakita selama ini (kita siapkan dengan izin Allah)?
Berbalik kepada soal rezeki. Ini adalah soal kepercayaan. Ini adalah soaliman. Apakah perlu untuk kita menjadikan rezeki kita yang secupak itu untukmenjadi segantang demi untuk hidup bahagia? Apakah kita tidak boleh cukupdengan rezeki yang secupak itu? Dan berapa banyakkah pengorbanan yang perlukita lakukan demi untuk menjadikan yang secupak itu segantang dan untukmencapai kebahagiaan?
Suatu ketika dahulu, hidup saya sempit dikelilingi dengan hutang. Duit gajihabis digunakan untuk membayar kad kredit dan hutang2 lain. Kad kredit pulasudah sampai ke hadnya sehingga tidak boleh digunakan lagi. Puas sayaberusaha menjadikan rezeki saya yang secupak itu untuk menjadi segantang.Namun setiap usaha tetap gagal. Sehingga saya bertukar kerja yang kononnyabergaji lebih besar. Tetapi hutang tetap tidak langsai.
Kemudian Allah menyuluhkan cahaya hidayahNya kepada saya. Lalu sayaserahkan segalanya kepada Allah. Yang tinggal hanyalah sekeping iman nanrapuh di hati. Setiap hari berdoa meminta Allah membantu. Dan kemudiannyaAllah melorongkan saya jalan penyelesaian. Hari ini, saya bebas darihutang2 kad kredit. Segala puji bagi Allah. Tetapi, apakah saya bebas darihutang itu kerana rezeki saya yang secupak dulu telah jadi segantang?
Tidak. Rezeki saya tetap secupak. Tetap sebanyak itu. Memang ada lebihnya gaji saya sekarang dari dengan syarikat dahulu. Tetapi setelah dibandingkandengan kenaikan harga barang, ianya telah menjadi sama semula. Tetapisegala masalah ini hanyalah dengan bantuan Allah. Dan akhirnya saya mulaisedar. Memang benar kata orang tua2. Yang secupak takkan jadi segantang.Tetapi yang segantang boleh jadi secupak.
Persoalan sebenarnya bukanlah bagaimana kita hendak menjadikan yang secupakitu segantang. Tetapi bagaimanakah kita hendak membelanjakan yang secupakitu agar dapat memenuhi keperluan kita. Itu sahaja. Jika rezeki secupak,berbelanja bagaikan segantang, memanglah sampai bila2 kita takkan lepasdari bebanan hutang. Memanglah sampai bila2 kita akan dihimpit masalahkewangan.
Namun meletakkan segala2nya hanya semata2 kepada Allah juga salah. Walaupunsecupak tidak akan jadi segantang, apakah kita mahu melihat yang hanyacupak kosong yang tertinggal di dalam dapur kita? Tentu sekali tidak. Makaitulah penting untuk kita berusaha. Jika setakat berpeluk tubuh, jangankansegantang, secupak pun kita tidak akan dapat. Allah pun tidak akan membantuorang yang tidak berusaha.
Bukanlah saya katakan suatu yang sia2 berusaha untuk mengubah kehidupan.Tidak. Sama sekali tidak. Apa yang ingin saya katakan, rezeki sebenarnyatelah tertulis untuk setiap dari kita. Hanya, Allah tidak mendedahkanberapa banyakkah rezeki untuk kita. Oleh kerana kita tidak tahu, maka wajibkita berusaha. Berusaha bukan untuk mencari rezeki, sebaliknya berusahauntuk mengetahui seberapa banyak yang diperuntukkan untuk kita.
Apa yang penting, kita tidak boleh merasa kecewa dengan apa yang kitaperolehi di hari ini. Kerana rezeki hari esok masih lagi menjadi rahsiaAllah. Jika kita gagal dalam usaha kita pada hari ini, mana tahu esok Allahgandakan rezeki kita. Satu bahagian sememangnya yang telah ditetapkan untukkita. Dan gandaannya pula adalah kerana sifat sabar dan sifat yakinterhadap ketentuanNya. Jika Allah ingin lakukan, nescaya Allah akansentiasa mampu.
Sememangnya kita tidak akan mampu mengubah yang secupak untuk menjadisegantang. Kerana kita manusia biasa. Hanya Allah yang mampu melakukannya.Makanya, adalah perlu untuk kita perbetulkan niat. Bekerja bukan untukmenjadikan yang secupak itu segantang, sebaliknya berusaha mencarikeredhaan Allah. Semoga dengan keredhaanNya, secupak yang kita miliki hariini, akan menjadi segantang pada esok hari. InsyaAllah.....