Dikatakan, setelah Islam bertapak kukuh di Sepanyol, akhirnya Islam telahtewas dalam peperangan dengan tentera Nasrani. Ramailah para pejuang danrakyat yang bersembunyi di celah2 gunung dan hutan. Kemudian orang2 Islam ini telah dipujuk keluar dengan cara dikhabarkan kepada mereka ada kapal yang sedang menunggu untuk membawa mereka berpindah. Sebaik mereka keluar,kapal tersebut dibakar dan mereka pula disiksa.
Itu kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut. Sejauh mana kebenarannya,saya tidak dapat memastikan. Namun, seandainya kisah ini benar, sayaberpendapat sememangnya tarikh 1 April ini ada sesuatu untuk disambut.Bukanlah disambut sebenarnya. Perkataan yang lebih tepat ialah untuk dikenang. Jika benar 1 April adalah hari ulang tahun umat Islam diperbodohkan, maka adalah tidak wajar untuk kita melupakan begitu sahaja.
Tidak. Saya tidak menulis untuk menyeru sahabat2 semua menangkat pedang atau senapang dan mula memperbodohkan pula orang2 kafir. Tidak. Bukan begitu maksud saya. Sebaliknya, apa kata jika kita mengenang hari ini (1April) sebagai hari bagaimana sebuah umat atau empayar yang gagah dan utuhakhirnya terjerumus dan dihina dengan penghinaan yang tidak sanggup untukkita ulang cerita.
Tanggal 1 April sepatutnya menjadi satu tarikh yang sering kita sebut2.Kerana pada tanggal inilah tersaksi betapa umat Islam, yang sepatutnyadipimpin oleh akal dan iman, bukan nafsu, yang sepatutnya menjadi umat yangterpandai di kalangan yang pandai kerana mendapat petunjuk terus dari langit, telah diperbodohkan dan direndahkan martabatnya oleh sekelompok manusia yang dulunya berada di bawah kaki mereka.
Sudah setentunya tarikh ini mengundang nestapa di hati kita. Tetapi kerana apakah nestapa itu hadir? Adakah kerana sedih mengenangkan kejatuhan Islam?Jika begitu, soalan saya yang pertama adalah benarkan Islam itu jatuh?Jawabnya adalah tidak. Islam tidak pernah jatuh. Sebaliknya yang jatuh, yanghina dan yang dikeji adalah penganut2 Islam. Bukan Islam. Kerana Islam tetap agung dan Islam tetap akan berada teratas sekali dikalangan yang atas.
Soalan kedua, apakah umat Islam telah dihina dan diperbodohan pada tarikh 1April tersebut sahaja? Jawapannya juga tidak. Malah umat Islam terus2an dihina, dikeji, dicela dan diperbodohkan saban hari sehinggalah hari ini.Dan soalan yang ketiga, bagaimanakah boleh umat Islam diperbodohkansedemikian rupa. Secara peribadi, saya ada satu jawapan mudah. Kerana umatIslam telah meninggalkan kebijaksanaan mereka iaitu al-Quran dan hadits.
Lihat sahaja dunia hari ini. Bukan sedikit manusia yang mengaku muslim yangberbangga dengan tingkahlaku mereka yang secara jelas, terang dan nyata bercanggah dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran. Baik dari segi pemakaian, corak pemikiran hinggalah ke tahap pentadbiran. Bukan setakat berbangga dengan kejahilan mereka, bahkan turut tergamak menghinakan sistem yang syumul ini.
Di dada2 majalah, terpampang bagaimana artis2 lelaki dan perempuan berpelukan sesama sendiri. Walaupun bibir terkunci rapi tetapi seolahnya dengan perbuatan itu mereka berkata, "inilah trend masa kini dan inilah yang melambangkan kemodenan pemikiran kami". Bukankah ini juga lambangbetapa kita telah terus2an diperbudakkan oleh pemikiran barat? Dan bukankah ini 'papan tanda' akan 'kemerengan' otak kita?
Tidak kurang pula golongan2 yang duduk di kerusi empuk yang denganbangganya berkata dunia sekarang adalah dunia kapitalis. Menindas dan memakan harta orang lain bukan setakat tidak menjadi kesalahan bahkan telahmenjadi kewajipan bagi memenuhi apa yang mereka panggil sebagai survival.Tidakkah ini juga menggambarkan betapa umat Islam hari ini masih lagi bodoh dan dungu?
Para pemimpin kita hari ini pula begitu sibuk merancang kemajuan dan begitu seronok melakarkan wawasan untuk memajukan negara2 Islam dalam tempoh 14 tahun lagi. Persoalannya, apakah jenis kemajuan yang kita cari? Apakah kita mahukan sebuah kemajuan dengan acuan barat, di mana nafsu diletakkan sebagai pemacu dalam pembangunan hidup mereka? Atau dengan acuan kita yang lebih mengutamakan pembangunan rohani?
Setiap hari ada saja seruan dari pihak pemerintah untuk kita memajukan ekonomi. Ekonomi, ekonomi dan ekonomi. Apakah kita lupa, saudara kita yangdiperbodohkan pada tanggal 1 April dahulu adalah begitu hebat dalam ekonomi. Meraka hidup dengan kesejahteraan dan kekayaan. Dan harus pulakita ingat, disebabkan kekukuhan ekonomi itulah mereka terlupa untuk mengukuhkan iman dan akhirnya bertempiaran lari ketika diserang.
Di zaman Nabi saw dan Kahlifa ur Rasyidin r.anhuma, umat Islam tidaklah begitu hebat dalam ekonomi. Namun iman mereka begitu mekar dan kuat. Dengan keimanan yang hebat itulah mereka tampil di medan perang. Mereka tidak berperang untuk mencari ghanimah sebaliknya mereka berperang untuk mencari syurga Allah. Mereka bukan setakat tidak takut akan kematian sebaliknya mereka pula yang mencari syahid.
Itulah bezanya mereka dengan generasi yang diperbodohkan dulu dan juga generasi kita sekarang ini. Kerana itulah Islam cukup disegani di zamanmereka tetapi telah diinjak dan dihina dalam generasi selepasnya malah hingga ke hari ini. Umat Islam bukan disegani kerana kemajuan ataupun kekayaan harta benda. Sebaliknya kerana kesuburan dan kekayaan iman yang kukuh di dalam hati.
Maka sekiranya April Fool berlaku sekali lagi pada hari ini, tidak ada apayang perlu kita pelik dan hairankan. Kerana dalam dunia hari ini, setiaphari adalah April Fool. Setiap hari umat Islam telah, sedang dan akan diperbodohkan. Mungkin corak pembodohan tidak serupa tetapi hakikatnya tetap sama. Selagi kita mengikut pemikiran mereka, meletakkan kekayaanmengatasi segala2nya. selagi itulah kita sedang diperbodohkan.
Tidaklah saya maksudkan menjadi muslim kita dimestikan zuhud atau membuang dunia dan hanya menumpukan kepada akhirat. Tidak. Bahkan saya tidakmenafikan mencari harta juga ada pahala yang telah Allah janjikan. Tetapi berkadaranlah. Janganlah kerana hendak segera bergelar jutawan, kita sanggup bina jambatan yang retak hanya selepas 5 tahun digunakan hingga membahayakan nyawa orang awam. Itukan memakan hak orang lain namanya.
Jadi marilah kita bersama mengenang April Fool ini. Tetapi dalam acuan kitasendiri, bukan acuan mereka. Kita jadikan tarikh 1 April ini untuk menjadi pencetus kita untuk memuhasabah diri kita sendiri. Marilah kita katakan kepada diri kita sendiri, "aku sudah cukup diperbodohkan". Semoga suatu hari nanti kita akan berjaya ubah 1 April bukan sebagai tarikh untuk mengenang umat Islam diperbodohkan tetapi sebagai tarikh umat Islam mula diberikan pengajaran.