Umno sedang menuju kehancuran. Hancur UMNO akan menghancurkan juga rakyat dan Negara. Kerana kuasa, pangkat dan harta, kaum UMNO sudah lupa akan membezakan antara Allah swt dan pemimpin mereka. Kedua-duanya seperti sama. Boleh memberikan kekayaan dan boleh memaafkan. Pak Lah maha pengampun dan Najib maha bijaksana. Begitu lah anggapan kaum UMNO kepada pemimpin mereka. Bersama UMNO anda kaya, bersama UMNO anda bahagia, UMNO menang, rakyat senang. Itu janji pemimpin UMNO kepada kaumnya. Setiap kali musim Pilihanraya, maka semua berita indah belaka. Tidak kira TV mahupun akhbar, pasti cerita tentang kejayaan dan perancangan untuk lebih berjaya dan untuk menjadi lebih kaya. Kaedah ini sudah digunakan bertahun-tahun untuk meletakkan kefahaman begitu di dalam kepala rakyat. Biarpun miskin disangka berjaya, biarpun papa tapi masih dikata kaya. Begitulah kepercayaan yang perlu ada pada masyarkat tentang kerajaan. ? BERIMAN DENGAN KERAJAAN? PEMIMPIN DILAYAN SEPERTI NABI Semua orang tahu, TAIB MAHMUD Kaya hasil dari peruntukan kerajaan Pusat. Hartanya sudah menjangkau billion-billion ringgit. Tapi siapa yang berminat mahu ambil tahu? Kalau dulu hutan, sekarang SARAWAK membangun, yang pasti tanah yang lapang, untuk kemajuan, balak yang hilang, tidak dapat dikesan. Segala pujian kepada UMNO. Taib MAHMUD sangka diri sudah menjadi NABI yang mampu terbang bersama JET PERIBADINYA seperti Nabi di dalam peristiwa Israq Mikraj. Tetapi pemimpin seperti ini tidak boleh dibentak dan tidak boleh digertak, kerana kuasa, undang-undang dan kekakyaan ada pada mereka. Maka sangka mereka yang MAHA berkuasa. Boleh menukarkan hidup manusia, boleh menjanjikan kekayaan dan kesenangan, walaupun kerap janjinya tidak membahawa kebahgiaan mahupun kesenangan. Kalau dahulu NABI, lama-lama menjadi TUHAN akibat segala puji-pujian. Sebagai pengikut UMNO, tiada lah kritikan atau kutukan yang boleh dilakukan kecuali peji-pujian dan persetujuan dari ketua dan pemimpin. Sungguh hebat pemimpin UMNO masa kini sehinggakan tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipersoalkan. Tahapapakah mereka sekarang? PILIHANRAYA MACAM MUSIM HAJI Musim Mengundi, sudah tiba lagi, Menunaikan ibadat, panggilan menteri, Apabila diseru oleh pemimpin mereka, maka berduyun-duyun lah penyokong dan penganut yang datang berkampung untuk memuji dan memuja pemimpin dan kerajaan. Tiadalah terkira ramainya sehinggakan rakyat tidak tahu, mana rakyat mana wakil rakyat, mana peraih undi dan mana pengundi, mana pos undi dan mana undi pos, mana SPR mana pengkhianat. Ramai sepertinya musim haji. Cuma bezanya tiada IHRAM cuma pakaian mereka berlogo BN. Tetapi itu semua arahan Menteri, arahan kerajaan. Yang perlu dipatuhi, perlu dituruti. Jika tidak berdosa lah penganut UMNO kepada Nabi dan Tuhannya. Berdosa dengan UMNO, terlepaslah habuan kekayaan dan habuan. PERITIWA QARUN (Bukan Qhairi) Sifat Qarun sudah menusuk ke sanubari untuk dicontohi. Hebatnya Qarun tidak terperi, begitu lah kejadian yang berlaku dizaman dahulu, tetapi seperti diulang dizaman ini. Beliau adalah anak saudara Nabi Musa (Bukan anak menantu). Jika ada Kitab selepas AlQuran, pasti kisah UMNO akan termasuk di dalam Kitab tersebut. Mengesahkan ramainya umat Islam yang berubah pendirian dan kepercayaan serta beriman mereka kepada pemimpin yang bisa menjanjikan HARTA, KUASA, KEMAKMURAN dan KEBEBASAN. Penulis mengambil sedikit cerita berkenaan Qarun untuk dijadikan perbandinngan. Ceritanya begini, Selepas Nabi Musa as menemui Qarun untuk memperingati beliau tentang tuntutan zakat, maka Qarun berkata kepada penyokong dan kaumnya,Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah, bahawa Musa itu iri hati terhadapku, zakat sebenarnya hanya untuk menutup apa yang tersembunyi di dalam hatinya, ia ingin mempunyai harta yang banyak dengan cara mewajibkan zakat. Sebenarnya Musa lah orang yang ingkar dari ajaran Allah, janganlah kalian percaya terhadap Musa. Dan dengarlah berita gembira dariku bahawa hari ini aku akan membahagikan sebahagian harta kepada kalian. Tapi ingat, hendaklah kalian menjauhi ajaran Musa dan percaya serta mengikuti aku.? Mendengar ucapan Qarun itu, disambut oleh orang ramai dengan tepuk tangan menandakan kegembiraan serta menaruh kepercayaan penuh kepada Qarun. (Keadaan yang sama berlaku di Parlimen Malaysia apabila perdebatan dan pembentangan Rancangan Kerajaan setiap tahun)Kemudian Qarun berkata lagi: ? Barangsiapa yang patuh dan percaya padaku, maka ia akan mendapat bahagian harta dariku, maka untuk itu mulai sekarang jauhlah semua ajaran Musa dan ikutilah aku agar kalian senang dan bahagia.? (Seperti janji pemimpin BN)Akibat ucapan Qarun, maka ramai orang yang tidak beriman kepada Allah terpengaruh oleh kata-kata Qarun, mereka berlumba mendekati si Qarun dengan cara memuji, menyanjung untuk menyenangkan hatinya agar mendapat hartanya dan Qarun pun menjadi lupa daratan ia semakin tambah angkuh dan sombong. Di samping itu Qarun pun berusaha dengan berbagai macam cara untuk memburuk-burukkan Nabi Musa. NASIHAT Jadikan pengajaran kisah hidup Qarun agar Melayu dapat membezakan bentuk kepimpinan yang dibawa oleh UMNO. Tidak salah berjuang untuk bangsa dan agama, asalkan ia telus, ikhlas dan jujur. Jangan terlalu taksub sehingga sikap menyokong mereka berubah kepada BERIMAN. Antara ?Sokong pemimpin? dan ?beriman pada pemimpin? maksudnya berbeza. Beriman adalah kepercayaan yang tidak boleh dipertikaikan sedangkan sokong kepada pemimpin tidak menyalahkan kita untuk memberi pandangan dan mengkritik.Wakil rakyat, ahli Parlimen, Pemuda dan yang Petua di dalam UMNO bukan lah calang-calang orangnya. Semuanya bijak pandai belaka. Tetapi akibat taksub maka yang pandai menjadi bodoh. Yang hebat menjadi bangsat.Kerana ego dan sombong, selalunya pandai yang sering diperbodohkan. Kerana itu, maka pengikut AYAH PIN terdiri dari mereka yang hebat-hebat belaka. Orang pandai adalah golong yang mudah untuk diperbodoh-bodohkan. Pemimpin bukan tuhan, tetapi kuasa yang ada ditangan menjadikan mereka lupa daratan yang diberikan kelebihan dan nasib untuk menjadi penting. Ramai lagi rakyat yang jauh lebih pandai tetapi tidak mahu tergila kuasa seperti mereka. Ketika ini, bijak lagi rakyat untuk memberikan pendapat dari pemimpin. Malangnya penyokong UMNO sudah seperti penyokong Qarun, yang bersetuju kerana upah, bersetuju kerana harta, maka akhirnya Qarun ditelan bumi bersama-sama hartanya. Beberapa soalan kepada UMNO. 1. Mana yang penting, ISLAM atau UMNO? 2. Perjuangan mana yang penting, Bangsa atau Agama? 3. Mana yang perlu dipatuhi, undang-undang UMNO atau undang-undang Islam? 4. Mana yang perlu dipatuhi, Perdana Menteri atau Allah swt? 5. Mana yang tidak boleh dipertikaikan, arahan PM atau arahan Tuhan kamu? 6. Apa pengertian Beriman dan dengan siapa kamu beriman? Jawab dengan ikhlas dan rujukkan diri dalam menjawab. |