DEMI MASA |
|
|
Pak Lah satu penggal, satu angan - angan |
Thursday, May 18, 2006 |
Sistem dalam UMNO merupakan satu penghalang kepada yang berkuasa untuk turun tanpa rela mahupun turun kerana desakan kegagalan. Bagi kenyataan yang mengatakan bahawa Pak Lah akan hanya kekal untuk satu penggal, adalah satu manifestasi jahil yang tidak kenal dan tidak tahu apa yang ada dalam UMNO. Pak Lah sedang berkuasa semana Mahathir berkuasa dahulu. Untuk menjatuhkan Pak Lah adalah satu usaha yang sia - sia kerana beliau sedang memerintah. Pak Lah mustahil akan jatuh kerana sistem serta komposisi budaya UMNO dan ini adalah hakikat.
Demokrasi dalam UMNO adalah demokrasi yang berat kepada kepimpinan biar apa pun selangit kegagalan mereka. Asalkan sudah memegang kuasa maka yang lain akan turut mengikut. Dalam hal ini saya ingin menasihati mereka yang bercita - cita mahu bangkit menjatuhkan Pak Lah supaya hentikan. Lihat betul - betul pada sistem UMNO khususnya sistem pemilihan. Sistem - sistem yang dibentuk sewaktu kepimpinan Mahathir menutup ruang atau setidak - tidaknya menyukarkan untuk UMNO merubah sebarang kesilapan lantikan. Yang telah dilantik akan memegang kuasa dan kuasa mereka hadir dan akan kekal. Mereka akan disokong oleh nilai - nilai negatif yang sedia ada dalam UMNO dan ahli UMNO yang telah terdidik dalam budaya tersebut. Selagi Pak Lah tidak berhasrat untuk mengundurkan diri maka selagi itu beliau akan memegang jawatan.
UMNO bukan lagi satu parti yang dihadiri oleh ahli - ahli yang akan membuat keputusan berdasarkan kateria - kateria positif tetapi UMNO adalah parti "personalize" yang kekurangan, kesilapan , kejahatan dan kesalahan akan lupus berdasarkan kepentingan - kepentingan individu tertentu beralaskan. Hakikatnya UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO yang membentuk kerajaan tidak akan di uji - tidak akan di teliti - atas kejayaan - kejayaan yang dilakukan dalam pembinaan dasar - dasar yang menguntungkan rakyat tetapi akan diuji dari sudut arah sokongan kepada kepimpinan individual atau perhambaan kepada tuan. Sini letaknya sistem UMNO, sini letaknya budaya UMNO dan sini letaknya "survival" politikus dalam UMNO. Kelangsungan sistem perhambaan dalam UMNO ini juga secara makro diadaptasikan dalam cara pemerintah yang kemudiannya mendesak rakyat untuk membuang prinsip dan nilai. Inilah yang menyukarkan kita dalam segala urusan untuk memperbaharui kepimpinan yang mungkin gagal dalam memimpin rakyat negara ini.
Lantas inilah yang menyebabkan saya menulis - Pak Lah satu penggal, satu angan - angan dan harapan yang tidak mungkin terjadi. Sebarang usaha untuk merubah kepimpinan dalam negara ini tidak akan berjaya dilakukan kerana ''mind - set'' dari segi struktur mereka dalam UMNO adalah komoditi yang boleh dibeli dengan kekuasaan ekonomi. Ahli UMNO terperangkap dalam sistem yang mengongkong dan mereka tidak mungkin akan terlepas dari sistem ini. Kongkongan ini juga bagi saya adalah penghalang untuk mengadakan rakyat mempunyai kelas pemikiran nombor satu dalam konteks pegangan nilai dan prinsip.
Sebenarnya ini satu retorik yang berlaku - melaung - laung agar rakyat Malaysia bangkit dengan mengubah 'mind-set' mereka tetapi perlaksanaan setiap dasar - setiap perbuatan hanya mahu membatasi pemikiran rakyat supaya jangan berkembang - supaya terus dibantutkan dalam kelas - kelas hamba yang mudah diatur pergerakannya.
Bagi saya inilah yang ada - penghambaan berterusan yang menjadi penghalang kepada perkembangan minda. Kelemahan ahli UMNO untuk bangkit dan menegur merupakan alasan kepada pengekalan sistem perhambaan ini. Kita disekat dengan kehendak - keperluan dan harapan. Oleh itu sekali lagi - Pak Lah akan terus menjawat jawatan Perdana Menteri sehingga beliau sendiri membuat keputusan untuk meletak jawatan dan ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
|
posted by jasindaily online @ 6:04 AM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|