Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Islam Hadhari: Mempertahankan Hiburan dan Artis lebih hebat dari mempertahankan Nabi
Sunday, April 30, 2006
Saat ummat Islam menyambut Ulangtahun Keputeraan Nabi saw., semestinya kita sepakat melahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi saw. serta mempertahankan kesucian baginda saw. apabila baginda saw. dihina dan diejek .
Malangnya , penganut Islam Hadhari lebih bersemangat mempertahankan artis dari Nabi saw.

10 April 06' yang lalu , melalui Laporan Parlimen jam 5.20 di Warta Negeri TV 1 , dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia baginda Ahli Parlimen BN Sri Gading , bersungguh - sungguh mempertahankan P. Ramlee dan begitu amarah beliau kepada pihak yang membandingkan P. Ramlee dengan artis yang lain .

Sedang kita tidak dengar pun suara dia sewaktu Nabi saw. dihina oleh Eropah dan musuh - musuh seluruh dunia . Entah dimana ia menyembunyikan diri disaat seluruh ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjuk perasaan benci dan amarah apabila Nabi saw. dihina .

Sebaliknya beliau hanya "tunjuk perasaan" di parlimen bila P. Ramlee di perbandingkan justeru ia beranggapan P.Ramlee tiada tolok bandingnya .
Dulu Ahli Parlimen yang sama lah ( BN Sri Gading ) yang mendesak supaya hukuman " bunuh " iaitu campak ke laut ke atas seorang penyanyi ( Hattan ) yang kononnya di dapati menyanyi lagu negaraku dengan versi yang berbeza dengan versi yang ada pada hari ini .

Menganggap ianya sebagai satu kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan melainkan mestilah dicampak ke laut .

Demikianlah peristiwa yang berlaku sejurus Hattan diminta untuk memimpin stadium menyanyikan lagu negaraku sempena final Piala Malaysia oktober tahun lepas .

Sewaktu A. Farish Noor menghina Nabi , bahawa Nabi saw. pernah berzina dengan seorang wanita yang bernama Raihanah dan sebagainya , malah sewaktu Kassim Ahmad mengeluarkan pandangan agar Hadis nabi saw. perlu dinilai semula , tiada satu hukuman pun keluar dari mulut Ahli Parlimen Sri gading ini .
Jelas kepada kita bagaimana makrifat mereka kepada dunia hiburan dan artis jauh lebih mendalam berbanding rasa ingat dan cinta mereka kepada Rasulullah saw.

Tambahan pula , semenjak Islam Hadhari mengambil tampuk pemerintahan negara daripada pemerintahan Islamisasi , hiburan dilihat makin galak dan rancak . Malah kian memuncak hiburan ini setelah Zainudin Maidin naik jadi menteri penuh dan menyandang Menteri Penerangan negara .

Ummah dalam keresahan menerima kesan dari hiburan yang biak secara mendadak dalam negara kita hari ini. Pesta bersilih ganti , Konsert bersalin malam , Persembahan berselang hari dan kini cerah bertukar kelam .

Sibuk mereka mencari tenaga dan bakat baru dalam industri muzik . Tidak cukup dengan segala macam anugerah diperkenalkan , tambah pula program realiti TV seperti Akademik Fantasia , Mentor , Malaysian Idol , Bintang RTM dan kini tambah pula One in a Million .

Panas rasanya negara kita hari ini dengan bahang dosa dan noda mereka , meleka dan melalaikan ummah . Melahirkan remaja dan anak - anak muda yang hidup berpoya - poya , tenggelam dalam buaian nafsu dan syahwat bersama alunan muzik dan lengguk tari para artis .
posted by jasindaily online @ 7:16 AM   0 comments
KEBANGKITAN SEMULA PEMUDA ISLAM
Oleh Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
29 April 06: Kelmarin saya di amanahkan untuk merasmikan Mesyuarat Agong DPP Kawasan Kuala Terengganu bagi kali yang ke 24 dan hari ini saya ditugaskan pula untuk merasmikan DPP Kawasan Setiu bagi kali yang ke 26 .

Merasmikan DPP bagi kedua - dua kawasan ini merupakan pengalaman unik bagi saya . Kebiasaannya perasmi akan berfungsi menyuntik semangat kepada perwakilan dan pemerhati , namun berbeza bagi diri saya yang kerdil ini , sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong DPP Kuala Terengganu dan Setiu , bukan saya yang menyuntik semangat tetapi saya "menyedut" semangat dari mereka .Menyedari ancaman dan cabaran yang semakin hebat dan dahyat kearah memerangkap dan melalaikan anak - anak muda dewasa kini , ditambah pula kekangan yang dikenakan ke atas gerakan Islam yang berperanan sebagai pencegah kemungkaran dan pengimbang iklim sosial , saya melahirkan rasa kagum kepada pemuda yang masih bertahan dan sanggup menerima apa jua implikasinya untuk terus bersama dengan perjuangan Islam ini.

Rata - rata wajah mereka yang saya saksikan , membayangkan keikhlasan mereka untuk berjuang dalam keadaan mereka mempunyai peluang terbuka untuk memilih cara hidup yang tidak sukar dan sulit , sebaliknya seronok dan asyik dengan "syurga" dunia hari ini .

Tentu sahaja tidak mudah bagi mereka berhadapan dengan desakan perasaan dan nafsu syahwat untuk terjun ke medan juang yang penuh rintangan dan halangan . Tidak pula menjanjikan pulangan dunia yang lumayan berbanding mereka yang menumpukan 100% masa hidup mereka mencari harta dan membina kehidupan mewah tanpa perjuangan .

Saya merakamkan ucapan tahniah kerana memilih perjuangan Islam dan syabas kerana mampu bertahan daripada bisikan nafsu muda yang pastinya lebih mendesak agar enjoy dan hidup tanpa taklif perjuangan .

Bagaikan tidak bermakna lagi , segala motivasi dan ucapan semangat yang saya lontarkan kepada mereka , sebaliknya saya merasakan "aura" semangat merekalah yang meresap masuk ke dalam jiwa saya , untuk saya terus melangkah lebih yakin dan tabah meredah arus deras perjuangan ini .

Saya percaya , sahabat - sahabat pemuda PAS di seluruh negara berada dalam posisi yang sama . Bersemangat dan bersedia memikul amanah dakwah dan jihad suci ini , agar daulah Islamiyyah kembali dapat dibina .

Semoga kita semua terus istiqamah menghadapi badai dan gelora ganas jahiliyyah modern hari ini yang pastinya enggan memberi ruang dan peluang kepada Islam untuk berkembang .

Insyaallah , Keistiqamahan dan ketabahan kita akan menjadi aset penting untuk menjana kemenangan Islam di Tanahair tercinta. Sabarlah menghadapi segala kesukaran dan karenah perjuangan ini. Justeru kesabaran itu pula akan membantu kita mencapai kemenangan .
posted by jasindaily online @ 6:47 AM   0 comments
Perjuangan Hidup
Hidup ini adalah sebuah perjuangan. Tidak lain tidak bukan hanyalah semata2 perjuangan. Maka kita ini, dibangkitkan olehNya adalah sebagai khalifah. Dan sebagai khalifah, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berjuang. Apakah layak seseorang yang hanya menghabiskan masa di dalam istana menikmati hasil cukai dipanggil sebagai khalifah? Tentu sekali tidak.Perjuangan khalifah atau pemimpin adalah untuk pimpinannya. Memperjuangkan nasib mereka. Mempastikan kesejahteraan mereka.
Seperti mana kita sebagai khalifah bumi, memperjuangkan nasib bumi dan terus2an mesti memastikan bumi ini sejahtera. Sayang sekali, kita lebih acap memporak-perandakan bumi dari mensejahterakannya. Maka sesungguhnya kita telah khianat kepada amanah Allah.
Terdapat berbagai jenis perjuangan. Ada yang menganggap perjuangan adalah dengan mengangkat senjata untuk memerangi orang kafir. Ada juga yang menganggap perjuangan adalah meletupkan diri di pusat2 membeli belah atau mana2 tempat tumpuan warga2 kafir. Saya tidak mahu mempersoalkan adakah itu perjuangan yang haq atau batil. Bagi saya itu semua adalah perjuangan.Kerana perjuangan adalah memperjuangkan atau menegakkan apa yang kita rasakan, kita percaya dan kita yakin benar. Seorang pejuang Islam berjuang menegakkan Islam kerana yakin Islam adalah semata2 agama yang diiktiraf Allah. Begitu juga pejuang bangsa.
Mereka adalah manusia yang yakin bangsa mereka berhak mendapat apa yang mereka perjuangan. Dan lagi sekali, bukan itu isu saya di sini.Apa yang ingin saya kisahkan adalah perjuangan kita sebagai manusia. Perjuangan sebagai hambaNya dan perjuangan sebagai mukmin yang muslim. Sama ada sedar atau tidak, setiap masa kita hidup dalam sebuah perjuangan. Bangkit dari tidur juga merupakan suatu perjuangan. Manakan tidak, bukannya semudah ABC untuk menghadap sejuk pagi bersuci semata2 kerana hendak sujud kepadaNya.Kemudian ketika makan, berjuang makan sekadar yang mencukupi. Di tempat kerja, berjuang untuk kerja dan jujur dan di mana2 sahaja. Ada sahaja perjuangan yang kita lakukan.
Dalam perjuangan tersebut, kita akan berdiri sebagai tentera manakala musuh kita adalah nafsu kita sendiri. Sesuatu yang wujud dalam diri kita. Sesungguhnya inilah sebuah perjuangan yang begitu rumit sekali.Allah telah menciptakan nafsu sekali dengan manusia. Nafsu jugalah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari para malaikat. Di malam israk mikraj, Jibrail tidak mampu terus mengikuti Nabi saw bertemu Allah hanya semata2 kerana dia diciptakan tanpa nafsu.
Akan tetapi, nafsu juga adalah yang menjerumuskan ke lembah jahim. Dengan sokongan syaitan yang direjam, nafsu bukanlah mudah untuk ditundukkan.Diriwayatkan, selepas Allah menciptakan nafsu, maka Allah telah memanggilnya. Dalam pertemuan itu, nafsu telah menafikan sifat ketuhanan Allah walaupun disiksakan dengan berbagai siksaan yang keras. Hanya setelah disiksakan dengan kelaparan, barulah nafsu mengalah. Maka itu dikatakan cara terbaik mengekang nafsu adalah dengan berpuasa. Kerana kelaparan mampu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.Teringat saya kepada seorang teman saya. Menurut teman saya yang lain, teman saya ini secara terang2an telah mengaku bahawa dia adalah seorang 'gay'. Astaghfirullah...
Terkedu saya mendengarkannya. Patutlah belum kahwin2 lagi. Akan tetapi, seketika kemudian rasa kagum mula menebal dalam hati saya. Rupanya teman saya ini sedang bermujahadah dengan menentang nafsu songsangnya itu.Dia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah bagi mengelak nafsunya bergelora. Setiap malam dia bangkit mengerjakan solat tahajjud. Setiap hari membaca al-Quran hingga akhirnya menjadi seorang hafiz dan bermacam2 lagi. SubhanAllah. Begitu hebatnya dia menghadapi dugaan Allah.
Bukan sahaja dia beroleh kemenangan menewaskan nafsunya, bahkan dia menggunakan ia untuk mendekatkan diri kepada Allah.Sedang diri kita lebih 'akrab' dengan nafsu kita. Lihatlah bagaimana kita berbangga mengumpul harta dunia hingga terlupa istana kita di syurga masih kontang dari hiasan yang sepatutnya. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita mengutuk kaum gay ini dengan mengatakan mereka hanya mengikut nafsu.
Apakah kita berbeza dari mereka? Bahkan kita adalah segolongan dari mereka.Kita lupa tujuan asal kita 'dikirimkan' ke bumi. Bukan lupa tetapi buat2 lupa. Kita asyik memenuhi permintaan nafsu kita sedang Allah telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa tidak Dia menciptakan manusia melainkan semata2 untuk beribadah kepadaNya. Kita sibuk mengejar dunia seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi sambil menafikan kemungkinan kita mungkin mati pada esok hari.
Astaghfirullah...Saya tidak mengatakan tentang orang lain sebaliknya tentang diri saya sendiri. Tentang kesemua kita. Tentang sesiapa sahaja yang bersikap sedemikian. Kita lupakan hakikat perjuangan kita. Kita bukan setakat melakukan 'gencatan senjata' dengan nafsu bahkan kita dengan redha membiarkan nafsu memimpin kita.
Apakah jawapan yang akan kita berikan kepadaNya nanti ketika dibangkaitkan pada hari kebangkitan nanti?Di dalam surah ar-Rahman, terdapat banyak ayat yang bermaksud ''Dan nikmat aku yang manakah kamu dustakan?''.
Memang benar sangatlah ayat ini. Allah telah memberikan kita berbagai2 nikmat termasuklah bijian emas dalam perut bumi. Sayangnya, kerana bijian emas ini kita nafikan haq Allah untuk disembah dan dimuliakan. Beginikah cara kita bersyukur? Inilah yang dikatakan menafikan nikmat Allah...Astaghfirullahal Azim...
Begitu jauh kita tersasar dari matlamat pengutusan kita. Begitu jauh kita terkeluar dari garisan perjuangan kita. Alangkah malunya kita apabila berhadapan dengan Nabi saw di sana nanti...
Nabi saw dihina, dikeji, dicederakan semata2 kerana hendak menyampaikan utusan buat kita. Agar kita keluar dari kegelapan, agar kita tidak songsang dalam perjuang tetapi kita dengan rela memadamkan api perjuangan tersebut.Semoga Allah memberikan keampunanNya buat kesekalian kita. Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang menang dalam perjuangan menentang nafsu kita. Hidup ini sebuah perjuang.
Dan ia akan berterusn begitu, insyaAllah. Sama ada kita mahu capai kemenangan walaupun syahid atau kita sanggup lari dari medan pertempuran dan kekal menjadi hamba yang hina. Buatlah pilihan sendiri.Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.
posted by jasindaily online @ 6:32 AM   0 comments
KELAKUAN LUCAH - APAKAH ASAS UKURANNYA???
Umat Islam di Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu isu yang menyentuh emosi mereka apabila baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting mengeluarkan kenyataan melarang pihak berkuasa tempatan (PBT) menghantar pegawai penguatkuasa untuk mengintip pasangan yang berdua-duaan di taman rekreasi. Katanya, ini adalah kerana PBT hanya boleh menghantar pegawai penguatkuasa setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai kelakuan sumbang pasangan di tempat tersebut. "Tindakan menghantar penguatkuasa untuk mengambil tindakan (hanya boleh dilakukan) setelah aduan diterima mengenai pasangan yang melakukan aksi melampau seperti berbogel atau melakukan aktiviti seks". "Saya menegaskan, tindakan tidak boleh diambil terhadap pasangan yang hanya berpegangan tangan", tambahnya lagi. Sehubungan itu, Datuk Seri Ong Ka Ting mengarahkan semua Yang Dipertua Majlis Perbandaran memaklumkan kepada pegawai penguatkuasa supaya tidak mengintip pasangan yangberdua-duaan di taman-taman rekreasi. Beliau memberitahu, ini adalah selaras dengan keputusan Kabinet dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang mahu definisi berkelakuan lucah dan sumbang diguna pakai secara seragam oleh semua PBT untuk mengelakkannya disalah tafsir. [UM 17/04/06].
Isu ini dilihat timbul dari tindakan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mendakwa dua pelajar sebuah universiti iaitu Ooi Kean Thong, 25, dan Siow Ai Wei, 23, di atas tuduhan berkelakuan tidak sopan di taman awam pada 2 Ogos 2003 yang lalu. Apabila kenyataan dari Datuk Seri Ong Ka Ting ini timbul maka banyaklah pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya yang beragama Islam menyuarakan pandangan mereka terhadap kenyataan tersebut. Apa yang jelas dari komen-komen yang diberikan adalah, wujud perbezaan pendapat dalam menentukan apa yang dimaksudkan dengan 'kurang sopan' meskipun secara umumnya, pendapat-pendapat ini memanifestasikan perasaan Islami yang ada pada masyarakat Muslim Malaysia. Minggu ini, Sautun Nahdhah akan membincangkan isu yang amat penting ini – apakah yang seharusnya menjadi asas dalam menentukan apa yang dianggap 'lucah' atau 'kurang sopan'.
BAIK, BURUK, TERPUJI DAN TERCELA.
Penilaian sesuatu perbuatan itu samada ianya lucah ataupun tidak adalah terkait rapat dengan status perbuatan tersebut. Bagi kita umat Islam, sebenarnya, persoalan baik atau buruk, terpuji atau tercelanya sesuatu perbuatan itu perlulah dikembalikan kepada hukum syara' semata-mata. Apabila kita membenarkan aqal manusia untuk menentukan status dan hukum sesuatu perbuatan, samada ianya baik ataupun buruk maka sudah tentulah akan timbul perselisihan, pertentangan dan perbedaan pendapat yang acapkali dipengaruhi oleh keadaan, masa dan ruang tertentu. Inilah hakikat aqal manusia yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebagai contoh, lebih 40 tahun yang lalu, di Barat, perbuatan homoseksual adalah perbuatan yang dikira salah dari segi undang-undang tetapi kini tidak lagi. Malah negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom telah mewartakan undang-undang yang mengiktiraf perkongsian hidup pasangan sejenis ini sebagai 'perkongsian sivil' di mana hak dankelebihan yang dinikmati di bawahnya adalah serupa dengan perkahwinan biasa.
Majoriti manusia pada hari ini menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan tindakan tanpa matlamat yang jelas. Mereka melakukan sesuatu perbuatan tanpa ukuran (miqiyas) tertentu. Akibatnya mereka melabelkan sesuatu yang mereka suka sebagai baik dan sesuatu yang mereka tidak suka sebagai buruk. Seterusnya, apa-apa yang menghasilkan faedah dilabelkan sebagai baik dan apa-apa yang mendatangkan kemudharatan diistilahkan sebagai buruk. Orang-orang kafir menafsirkan baik dan buruk dalam istilah keseronokan dan penderitaan yang mereka alami. Yang menyedihkan adalah, oleh kerana ramai orang Islam tidak sedar akan ukuran (miqiyas) yang betul untuk sesuatu tindakan, mereka juga telah melakukan kesilapan yang sama. Akibatnya, mereka melakukan tindakan yang buruk dengan memikirkannya sebagai baik dan meninggalkan perbuatan baik dengan memikirkannya sebagai buruk. Sebagai contoh, ramai wanita Islam yang menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam keadaan tidak menutup auratnya denganbetul (seperti memakai baju kebaya atau baju kurung) dan memperlihatkan kejelitaannya, berkeyakinan bahawa dia telah berpakaian secara sopan. Namun hakikatnya (mengikut pandangan syara'), wanita tersebut telah melakukan dosa kerana memperlihatkan aurat dan kejelitaannya kepada orang yang bukan mahramnya.
Wanita Islam ini melakukan perkara tersebut kerana ia tidak mengambil ukuran (miqiyas) yang betul dalam menilai tindakannya. Sekiranya beliau sedar dan memahami ukuran hakiki dalam melakukan sesuatu perbuatan, sudah tentu ia tidak akan melakuan perbuatan yang bertentangan dengan prinsip yang telah beliau isytiharkan (syahadahkan) dan aqidah yang telah diyakini kebenarannya (Islam). Oleh yang demikian, miqiyas yang betul bagi setiap perbuatan haruslah difahami oleh setiap individu supaya masing-masing dapat menilai sesuatu tindakan secara hakiki sebelum melakukannya. Islam sebagai ideologi lengkap yang diturunkan Allah kepada umat manusia adalah satu-satunya asas yang wajib dijadikan miqiyas dalam membezakan antara yang baik dan yang buruk secara jelas. Oleh yang demikian, apa-apa yang dinilai oleh syara' sebagai baik adalah baik dan apa-apa yang dinilai sebagai buruk adalah buruk secara hakiki. Miqiyas ini adalah suatu yang bersifat tetap/baku. Justru itu, untuk menilaiperbuatan seseorang, kita mestilah menghubungkannya kepada apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang oleh syara'. Penilaian terhadap perbuatan yang baik (khair), buruk (sharr), terpuji (hassan) dan tercela (qabih) tidak boleh disandarkan kepada aqal manusia. Bahkan, manusia bergantung keseluruhannya dalam hal ini kepada wahyu. "…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Subhanahu wa Ta'ala maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [TMQ Al-Baqarah : 216].
Wahai umat Islam ! Sesungguhnya nilai sesuatu perbuatan itu haruslah dikembalikan kepada hukum syara'. Hanya Allahlah yang berhak menentukan kriteria baik atau buruk, serta kriteria terpuji atau tercela bagi setiap perbuatan manusia. Dialah Al-Hâkim yang memutuskan semua itu. Kembalilah kepada Islam dalam menentukan nilai setiap perbuatan yang kita lakukan di dalam kehidupan kita. Cukuplah bagi kita mengambil hanya apa yang datang dari Tuhan yang menciptakan kita. Janganlah kita menjadikan nafsu kita sebagai ukuran dalam menentukan kriteria-kriteria tersebut. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan mana yang benar dan Dialah Pemberi keputusan yang paling baik. [TMQ al-An'am 57].
Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menetapkan sesuatu perbuatan itu sebagai baik (khair) atau buruk (syarr), terpuji (hassan) atau tercela (qabih) maka itulah setepat-tepat penilaian.
MAKSIAT WAJIB DICEGAH.
Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka diatur oleh suatu aturan (nizhâm) yang tertentu . Kehidupan bermasyarakat di dalam Islam adalah diumpamakan seperti penumpang yang berada di dalam sebuah kapal. Ini digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dalam hadithnya. "Perumpamaan orang-orang yang mencegah berbuat maksiat dan yang melarangnya adalah seperti kaum yang menumpang kapal; sebahagian dari mereka berada di bahagian atas dan yang lain berada di bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka mestilah melalui orang-orang yang berada di bahagian atasnya. Lalu mereka berkata andai sahaja kami lubangi kapal pada bahagian kami tentu kami tidak akan menyakiti orang-orang yang berada di atas kami tetapi jika yang demikian dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (pada hal mereka tidak menghendaki) maka binasalah seluruhnya dan jikadikehendaki dari tangan mereka keselamatan maka akan selamatlah semuanya" [HR Bukhari].
Inilah gambaran yang diberikan oleh Rasulullah berkenaan dengan tanggunggjawab umat Islam untuk melaksanakan kewajiban amar ma'ruf dan nahi mungkar samada secara individu, masyarakat dan negara. Sekiranya kewajiban ini tidak dilakukan atau diabaikan maka sudah barang pasti akan berlaku kerosakan di dalam struktur kehidupan bermasyarakat sepertimana yang berlaku pada hari ini. Kerosakan ini dapat kita saksikan dalam berbagai aspek kehidupan hari ini - sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Seperti yang telah diperjelaskan, nilai sesuatu perbuatan itu ditentukan oleh hukum syara'. Oleh yang demikian, di dalam konteks hukum Islam, perbuatan dua pelajar bukan Islam (Ooi Kean Thong, 25, dan Siow Ai Wei, 23) berpeluk dan bercium di Taman KLCC pada 2 Ogos 2003 yang lepas tetap dianggap salah walaupun peguam bela kedua-duanya mempertahankan tindakan anak guamannya [UM 05/04/06]. Dalam persoalan ini isunya bukanlah cinta ataupun kebebasan hidup. Bukan juga isu hak individu atau hak asasi manusia mengikut pandangan aqal manusia. Apa yang menjadi persoalan adalah hukum syara' yang wajib diterapkan oleh negara. Di dalam Islam, seseorang kafir yang menjadi warga negara Daulah (kafir zimmi) perlu terikat dengan peraturan Daulah dalam hal-hal yang telah ditetapkan oleh negara kecuali dalam masalah aqidah dan ibadah. Justeru itu mana-mana tindakan yang boleh merosakkan kepentingan masyarakat sudah pasti akan dihalang oleh pihak pemerintah yang bertanggungjawab secarapenuh untuk menjaga urusan umat ini. Oleh yang demikian, tidaklah wajar bagi pihak pemerintah untuk hanya mengambil tindakan setelah insiden perbuatan yang melampau berlaku kerana keharaman perbuatan tersebut amatlah jelas. Tindakan yang bersifat pencegahan haruslah diambil. Islam tidak mengenal kebebasan bertingkahlaku secara mutlak seperti yang dilaungkan oleh Barat, yang berarti bahwa setiap orang bebas untuk melepaskan diri dari segala macam ikatan dan dari setiap nilai keruhanian, akhlak dan kemanusiaan. Dengan kata lain, bebas bertingkahlaku, termasuk melakukan kemaksiatan. Kebebasan ini menetapkan bahawa setiap orang dalam tingkahlakunya dan kehidupan peribadinya berhak untuk berbuat apa saja yang sesuai dengan kehendaknya, sebebas-bebasnya, tanpa boleh ada larangan, baik dari negara atau pihak lain terhadap perilaku yang disukainya.
Pandangan seperti ini amatlah berbeza dengan Islam. Dalam konteks zina, misalnya, Allah berfirman: "Janganlah kamu mendekati zina" [TMQ al-Isra 32] Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman: "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat" [TMQ An-Nûr 2]
Oleh yang demikian, idea kebebasan dengan konotasi kebebasan mutlak tanpa batas bagi setiap individu adalah bertentangan dengan hukum-hukum Islam; seluruhnya merupakan idea-idea, peradaban, peraturan, dan undang-undang kufur. Islam hanya mengenal hukum syara' dalam menetapkan status dan hukum sesuatu perbuatan.
Persoalan hubungan di antara lelaki dan wanita di dalam kehidupan bermasyarakat adalah menyentuh persoalan sistem sosial di dalam Islam, yang mana Islam sebagai suatu mabda/ideologi yang sempurna telah secara jelas mengatur hubungan ini berdasarkan kepada tuntutan syara'. Islam telah menentukan hukum-hukum yang bersifat praktikal dan khusus untuk sistem pergaulan/interaksi (an-nizhâm al-ijtimâ'i). Sistem interaksi/ pergaulan adalah sistem yang mengatur interaksi/pergaulan lelaki dan wanita serta mengatur hubungan yang timbul sebagai akibat dari interaksi/pergaulan yang terjadi, termasuk segala sesuatu yang terkait dengan hubungan tersebut.
Sistem interaksi ini mengatur berbagai hubungan antara lelaki dan wanita dan berbagai implikasi yang muncul dari interaksi tersebut. Sebagai contoh, di bawah adalah beberapa ketetapan yang wujud di dalam sistem ini.
1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [an-Nur [24]: 30-31].
2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [an Nur [24]: 31] dan [al-Ahzab [33]: 59].
3. Rasulullah bersabda (yang artinya): Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya. [HR. Bukhari dan Muslim].
4. Rasulullah juga bersabda (yang artinya): Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya [HR. Muslim].
5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya.
6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki; begitu juga di tempat umum, seperti masjid, pasar, dan lainnya.
7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama.
Dalam sebuah pemerintahan Islam yang hakiki (Daulah Islam/Khilafah), Khalifah memiliki peranan yang jelas dalam menerapkan seluruh hukum yang berkaitan dengan sistem pergaulan lelaki dan wanita. Ini dibangunkan dengan:
1. Sikap tegas pemerintah yang tidak pandang bulu dalam menegakkan hukuman ke atas perbuatan perlanggaran hukum yang didahului dengan tindakan pencegahan (berupa pendidikan dan amar ma'ruf nahi mungkar). (Lihat, misalnya, surah an-Nur [24]: 2).
2. Seluruh hukuman di dalam Islam wajib diterapkan oleh negara sehingga hukum tentang pergaulan ini menjadi satu bahagian yang sepadu dengan sistem hukuman yang berlaku.
Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi:
(a) jawabir (penebus dosa di akhirat);
(b) zawajir (pencegahan bagi orang lain untuk berbuat yang serupa). Ini tidak kita dapati di dalam sistem hukuman kapitalisme-sekular seperti yang wujud pada hari ini. Wahai Kaum Muslimin!
Sejarah kegemilangan Islam telah membuktikan kepada kita bahawa penerapan Islam secara kaffah (termasuk sistem pergaulan di dalam Islam) secara berindividu, bermasyarakat dan bernegara [al-Baqarah:208] telah berjaya melahirkan individu-individu/tokoh-tokoh yang mempunyai syakhsiah Islamiyyah yang cukup unggul walaupun sebelum itu mereka merupakan individu yang kufur kepada Allah. Mereka menjadi hebat kerana mereka berpegang teguh kepada Islam dan menjaga penerapannya. Namun hari ini, dengan dominasi sistem kapitalisme ke atas kita, 'hero-hero' yang dilahirkan hanyalah 'hero-hero' yang masyhur dengan kemaksiatan dan kelalaian..
Oleh itu, tidak hairanlah apabila laporan dari kajian yang dilakukan oleh Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) mencatatkan jumlah anak luar nikah di Malaysia sebanyak 68,000 di sepanjang tahun 2005 dan kebanyakannya terdiri dari umat Islam [KOSMO 19/04/06]. Wahai umat Islam yang dirahmati Allah,sesungguhnya hanya dengan menegakkan Daulah Khilafahlah hukum Islam yang suci akan dapat dilaksanakan secara sepenuhnya. Definisi yang jelas, membezakan apa yang baik dan buruk dapat di realisasikan melalui penerapan Islam yang kaffah ini. Dan dengannyalah kehidupan mulia yang diredhai Allah dapat dikembalikan secara hakiki. wallahua'lam
posted by jasindaily online @ 6:21 AM   0 comments
Apabila Ulama Dicabar
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yangberhubung kait denngan ketuhanan.
Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulamaBaghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara ImamHammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat diMasjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itulagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masngmenaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri keranabeliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
"Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illabillahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimatmensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Diaberistighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacamtohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Inikes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahurasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanngturut hadir dalam majlis iru.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid ImamHammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yangsebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bilaternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapatkepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam padaitu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepadamuridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah.Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Laluhabis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga kedaun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnyasahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohonrendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yangtajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telahdicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak bolehdi biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungaiyang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitugenting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allahilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannyajuga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akanmenerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia puncuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yangluas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yangberbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakalasepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yangtiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakalaharimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas AbuHanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunyaberdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bilatercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlahilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlisdialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Sepertibiasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar danmemperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas
" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yangmengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkanDahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut.Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahutcabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubahlabuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allahtidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yanglabuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmudan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yangbermaksud:
" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamubeberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidahpemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antaraAbu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiranmaterialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakanmajlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??"Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelasAbu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidakbertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnyakepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihatpada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifahmula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda iniberpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiapmakhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa ataurohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapakkakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisiksesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu laluditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini adaterkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakahlemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekalilagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yangpetah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisipdimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakanpula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam mayaini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk rohdan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh dibawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!" Suasana menjadiagak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merahmukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahrimembentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apapula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada AbuHanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelumAllah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. AllahSWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepasNya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamusendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampakberada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Danbeberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu,ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidakterfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah."Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kitafikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pu!n yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asauntuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai.Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahriberfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham barutelah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai airtengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahrimengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yangtinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologiAd- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turunmeninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialahmenggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang haksebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar MasjidJamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Merekamemuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruahIslam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hariini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorangFuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena namaulama ini.
posted by jasindaily online @ 6:06 AM   0 comments
MGG PILLAI DALAM KENANGAN
Friday, April 28, 2006
Saya mula-mula mengenali MGG Pillai semasa beliau bertugas di Malay Mail lagi. Memang, peredaran masa membuatkan kami terpisah dan tidak rapat. Namun, saya tetap mengikuti penulisan beliau dan mendengar kisah beliau daripada kawan-kawan yang masih bertugas di sampingnya.

Kami bersua lagi secara serius apabila Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara. Mendiang sudah memberikan persetujuan agar saya terjemahkan tulisannya dalam Bahasa Melayu. Sedangkan sebelum itu saya lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris.

Tidak lama kemudian kami sama-sama bersetuju bersua muka untuk membincangkan strategi bagaimana dapat 'mencelikkan' rakyat marhaen kepada apa sebenarnya yang menghantui negara. Sepatutnya pertemuan itu turut disertai oleh Arwah 'Harun al-Rashid' seorang warga Amerika yang menggunakan nama samaran itu. Entah kenapa di saat akhir 'Pak Harun' tidak muncul

Masa berlalu dengan pantas selepas itu. MGG Pillai semakin galak menulis dan ada kalanya tulisan beliau itu ternyata berkecamuk, maklumlah tulisan yang dikirim sebelum disunting terlebih dahulu. Itulah kesempatan untuk saya menelefon handset beliau daripada pondok telefon untuk mendapatkan penjelasan fakta ataupun membetulkan fakta yang dilupainya.

Pernah juga kami sama-sama ketawa dengan kerja gila kerana bukan ada sesiapa yang membayar saya menterjemahkan artikelnya. Begitu juga dengan terjemahan lain yang dibuat dalam TAG di Laman Web M@rhaen.

Mendiang pernah bertanya, apakah kamu tidak takutkan risiko dicekup? ''Takut juga,'' kata saya. ''Manalah kita boleh lawan the establishment...'' jawab saya. Tetapi, saya berserah kepada Allah, kerana apa yang saya buat adalah satu amal jariah...

Mendiang termenung mendengarkan jawapan itu.

''Lagi pun,'' tambah saya. ''Satu hari nanti akan ada satu sekolah pemikiran MGG Pillai'' kata saya.

''Why did you say that.''

''Pillai,'' kata saya. ''Sepatutnya you ni dah bergelar 'Datuk' ataupun Tan Sri.'' Kata saya.

''Tak mungkin'' jawabnya. ''You tahu, kenapa Mahathir bersungguh-sungguh mahukan Vincent Tan jadikan saya seorang yang muflis?''

Saya diam sahaja kerana saya merasa kesal ketika itu. Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu tidak pernah memikirkan satu bintang dan gelaran yang sesuai untuk Pillai.

''Mahathir is annoyed that I criticised him, and condemned his cruel treatment of Anwar.'' (Mahathir marah sangat kerana saya kritik beliau dan kutuk cara dia mengaibkan Anwar)

Saya angguk lagi.

''Kini peguam Vincent Tan mahu saya selesaikan perkara ini 'out of court'. Mereka fikir saya boleh menang rayuan atas hukuman mahkamah. MGG Pillai pada mulanya kalah di mahkamah dan dikenakan membayar gantirugi beberapa juta kepada Vincent Tan. Tetapi rayuannya yang terakhir dia menang semula.

Memang, banyak yang kami bualkan semasa pertemuan itu. Kerana kami sudah berjanji mahu berbual panjang, kalau keadaan mengizinkan.

Ketika itu Paklah belum dicalonkan menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi MGG Pillai sudah menyebutkan kepada saya kemungkinan Paklah akan dipilih oleh Mahathir.

''Siapa bagi tip pada you?'' tanya saya.

''It’s my instinct,'' katanya. Baru saya sedar MGG Pillai mempunyai rasa naluri yang tajam. Maklumlah dia orang lama.

Saya pun galakkan dia menceritakan apakah asas 'instinct'nya itu.

Sambil meminta tambah secangkir minuman kegemarannya lagi dia menceritakan kisah bagaimana dia tetap setia pada Paklah semasa beliau jatuh terduduk dan dibuang daripada kabinet.

''Setiap hari Paklah akan berada di pejabat peribadinya sendirian. Dia akan menerima panggilan telefon dan membuat panggilan telefon. Orang UMNO sudah tidak hiraukan Paklah. Sayalah yang menemaninya daripada pagi sehingga malam.

Jadi untuk membuatkan Paklah sibuk, saya akan dapatkan nama anak-anak Malaysia yang menuntut di England dan memerlukan biasiswa, untuk mendapat sokongan dan tandatangan Paklah kerana dia pernah menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Tersebut kisah seorang anak kepada seorang sarjan polis di Brickfields. Si sarjan ini meminta jasabaik Pillai menulis kepada Universiti Oxford meminta agar anaknya diberikan biasiswa universiti itu untuk menuntut dalam pengajian perubatan.

''Kenapa 'you mintak tandatangan Paklah?'' tanya saya. Bukankah salah seorang anggota Lembaga Pengarah universiti itu ialah Datuk....... (bekas menteri kabinet Mahathir)?'' tanya saya.

''Memang betul'' jawabnya. ''Tetapi mengikut pengalaman saya si menteri ini tidak pernah menyokong seorang anak Melayu menerima biasiswa universiti itu.''
Dengan jasa MGG Pillai anak si sarjan itu telah menerima biasiswa tersebut. Saya fikir dia berada di sana sebagai seorang pakar perubatan, kalau pun tidak pulang berkhidmat di negara ini.

''Kenapa you mintak Paklah sokong permohonan you?'' tanya saya dengan kehairanan. ''Kenapa tidak Haniff Omar sebab dia ada di Genting Highlands ataupun Rahim Noor? (sebagai IGP semasa itu)''

''MT, ''jawabnya tenang; ''Saya mahu Paklah berbangga sokongan dia akan berjaya.. Lagi pun kalau Hanif mahu sokong anak sarjan itu dia dah lama sokong sebab semasa dia jadi IGP dia pernah terima banyak 'pink forms' yang Anwar Ibrahim peruntukkan untuk Koperasi Polis''. Dia pun bercerita panjang bagaimana banyak wang daripada 'pink forms' yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada anggota polis telah disonglap oleh orang atasan dalam PDRM.''

''Uisssshhhhhhhhhhhh, berpuluh juta tu?'' tanya saya lagi penuh kehairanan.

''Hmmmmm. Satu hari nanti hukum karma akan memerangkap mereka. Awak tengok nanti ada yang rumahnya ditelan bumi ataupun terbakar ataupun anak mati dalam kemalangan jalan raya...?

Demikianlah MGG Pillai, seorang wartawan dan penulis yang menggunakan kepintaran Bahasa Inggeris untuk memaut hati nurani setiap rakyat Malaysia yang membaca tulisannya. Mendiang telah menulis sebagai seorang rakyat Malaysia untuk dibaca oleh rakyat Malaysia. Tetapi saya tahu setiap kedutaan asing di negara ini menantikan tulisan beliau terhadap sesuatu isu yang hangat.

Kekadang saya terfikir juga kenapakah para pemimpin Malaysia tidak mempedulikan MGG Pillai. Sebagai contoh, kenapakah Paklah tidak terfikir memberikan satu gelaran kepada MGG Pillai semasa hayatnya. Kenapakah dia tidak diiktiraf sebagai 'doyen' kewartawanan di negara ini.

Semasa Anwar disumbat ke dalam penjara saya pernah bertanya kepada mendiang siapa yang dianggapnya akan menggantikan tempat Anwar. ''Paklah...........!! siapa lagi?''

Selama Paklah kesunyian dan terbuang oleh orang UMNO dia memang tertekan. Yang paling menekan beliau ialah Endon, isterinya. Demikian kata MGG Pillai.

''Mahathir tidak akan melantik Timbalan yang semacam Anwar Ibrahim lagi. Dia sudah sampai ke tahap penghujung kediktatorannya. Dia sudah takut bayang-bayangnya sendiri. Kerana itu sesiapa yang akan menggantikannya nanti adalah orang yang tidak kuat personalitinya kerana orang yang lembik dan lemah sahaja akan mengekalkan ketokohan Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri. Sedangkan Mahathir adalah seorang politikus yang paling ‘genius’ tetapi ke arah menjahanamkan negara ini.''

''MT.............'' sambung MGG Pillai lagi. ''Satu hari you dan orang Melayu akan sedar bahawa segala yang dibuat oleh Mahathir adalah untuk temboloknya sendiri. Cuba tengok apa yang digambarkan di sebalik duit Sepuluh Ringgit. Tidak ada satu pun institusi kerajaan yang digambarkan di sebalik duit itu yang berjaya.''

''Orang Melayu terlalu taksub dengan Mahathir, memikirkan dia adalah nasionalis Melayu yang menjuarai ekonomi Melayu. Orang Melayu lupa Mahathir sanggup gunakan Ananda Krishnan untuk menjadi proksi dia...... sanggup gunakan Cina-cina opportunis untuk membangunkan negara sedangkan terlalu ramai anak Malaysia khususnya anak Melayu, Cina dan India yang berpendidikan tinggi yang boleh digembleng menjayakan projeknya.....''

''Yang buat saya marah, semua orang pilihan Mahathir yang saya sebut sebagai UMNOPUTRA melarikan duit mereka dan simpan di luar negara. Anak-anak mereka menuntut di luar negara dan tidak fasih berbahasa Melayu.

''Semua ini adalah orang Melayu yang memberi ruang kepada UMNO bermaharajagila. Kerana sikit sogokan di hari jadi, orang Melayu lupa daratan. ''

Demikianlah MGG Pillai dengan sikap kenegaraannya.

Memang ramai orang berfikir sebagai penterjemah mutlak tulisan beliau ke bahasa Melayu, tentu dia kerap berborak dengan saya. Jawapannya ialah tidak. Kami jarang berhubungan kerana masalah keselamatan. Kalau beliau boleh dihenyak dengan tuduhan yang mahu memufliskannya, saya juga berhati-hati setelah ada pasukan khas yang masuk menceroboh rumah (dua kali) dan mengambil dua komputer bimbit dan kamera.

MGG Pillai sedar akan peristiwa pertama semasa saya kehilangan komputer bimbit itu. ''Jaga sikitlah kerana apa yang you buat ini memang perjuangan sejati,'' katanya. Dia memuji isteri saya kerana sanggup sama-sama tanggung risiko.

Kalau ada satu perkara yang saya pelajari daripada MGG Pillai ialah sifat eksekutif negara yang sudah membusukkan segala jentera pentadbiran untuk memuaskan cengkaman nafsunya. Ini amat terserlah apabila beliau dikenakan saman malu yang menghenyak keseluruhan hidupnya. Bayangkan akaun bank beliau disekat dan apa juga harta atas namanya di'caviet'. Orang yang bersekongkol memberi sengsara padanya adalah orang Melayu yang menjadi Ketua Hakim Negara, orang Melayu yang menjadi Peguam Negara dan orang-orang Melayu dan badan penghakiman yang sanggup berdiam diri melihatkan bagaimana seorang wartawan unggulan diaibkan begitu rupa.

Saya masih ingat babak bualan kami akan perkara beliau diaibkan.. Para pembaca boleh pergi ke Flat 211g, tingkat Tujuh, Bangunan Siewdor, di Brickfields. Di situlah MGG Pillai tinggal dan saya fikir semasa dia sakit kuat. Memang lama saya tidak ke sana hanya untuk meletakkan sampul surat di bawah pintu rumahnya. Kerana itu sahaja cara yang paling sesuai untuk kami berhubungan.

Memang tidak ada beza antara jalanan hidup MGG Pillai dengan P. Ramlee. Mereka menjadi penghibur dan pendidik Bangsa Malaysia tetapi hidup dengan penuh misteri.

Saya merasa berdosa dan bersalah semasa MGG Pillai menceritakan bagaimana sekumpulan UMNOPutra yang menjahanamkan negara ini dan orang Melayu. Tetapi saya masih ingat mendiang merasa lega apabila saya berkata begini:

''Pillai, sebagai seorang Melayu saya lagi tertekan. Bagaimana tidaknya? Kalau kita tengok sekeliling kita kegemilangan orang Melayu banyak dihasilkan oleh orang bukan-Melayu. 'Sejarah' dihasilkan oleh Prof. Khoo Kay Kim sedangkan orang Melayu hanya sibuk menghunus keris sahaja. 'Theatre dan drama' oleh Prof Krishen Jit dan begitu banyak lagi perkara lain yang boleh kita sebutkan. ................

Memang, orang Melayu sudah lama tertipu... kata saya. Mereka angkut Proton Wira untuk digunakan di Khutub Utara. Sampai hari ni pun tidak ada kereta itu yang dibawa balik untuk dijadikan sebagai contoh. Mereka taja penerjun untuk turun di Khutub Selatan dan mereka turun seratus kilometer lebih jauh daripada sasaran... Mereka taja Azhar Mansor mengelilingi dunia tetapi tidak ada satu video pun sebagai rakamannya. (Kini Azhar lari ke Australia dengan agama Kristiannya).....''

MGG Pillai kelihatan tenang dengan penjelasan saya itu, sambil membuat catatan dalam buku notanya. Memang MGG Pillai amat teliti dengan apa yang mahu disebut dan ditulisnya.

Satu perkara yang kami sama-sama sepakat pada 1998 dahulu ialah; kemungkinan negara ini akan terjebak dalam kemelut huru-hara kerana perkataan ''Amok'' itu adalah perkataan Melayu, dan budaya mengamuk adalah satu budaya Melayu tulen. Yang dilihat sekarang ini ialah bunga-bunga Melayu akan mengamuk.. Cuma kali in ia adalah ''amuk'' antara Melayu yang berada dengan Melayu yang tidak berada.

Memang Pillai pernah menulis beberapa kali akan kemungkinan ini selepas pertemuan kami. Dia minta saya berterus terang dengan pendapat saya itu. Saya katakan padanya, Melayu hari ini adalah satu bangsa yang lupa daratan kerana orang atasan yang lupa daratan. Yang anehnya orang yang lupa daratan itu hanya bertopengkan Melayu sedangkan ramai yang tidak pun mempunyai setitik darah Melayu. Kalau pun mereka berdarah Melayu isteri mereka bukan Melayu dan tidak tahu budaya Melayu.

Contoh yang paling baik saya berikan pada beliau ialah Raja (Yam Tuan) Negri Sembilan sekarang ini. Semua anak-anak beliau mempunyai nama panggilan Kristian. Semasa anaknya Naqiyuddin menikahkan anak perempuan beliau dengan seorang lelaki Sepanyol keraian tidak pun dibuat oleh rakyat di kampung-kampung.- mengikut tradisi rakyat meraikan majlis raja-raja Melayu. Mereka sambut dengan tarian tradisional Western Klasik di istana. Malah semasa Naqiyuddin mengahwini perempuan garago Portugis, adik beradik perempuan itu pun diberi gelaran istana juga.

Kerana fahaman hidup begini makanya orang Melayu mula menganggap cara hidup orang Kristian itu adalah budaya Melayu moden. Kerana itu lebih 250,000 Melayu mahu menganut agama Kristian.

Malahan MGG Pillai terkejut bila saya katakan, orang UMNO yang menggalakkan pekerja asing daripada negara luar kerana mereka meraih keuntungan daripada lesen imigeran. (Penyangak terbesar dalam bidang ini ialah Megat Joned). Mereka lebih rela membawa masuk gadis Kristian daripada Indonesia, Sri Lanka dan Filipina daripada mendidik anak-anak gadis Melayu, India dan kaum peribumi lain dalam ilmu pengasuh rumah dan pembantu rumah.

Saya masih ingat MGG Pillai mengeluh panjang mengenai nasib kaum India. ''Mereka tidak akan berjaya selagi Samy Vellu memimpin MIC'' katanya. Di saat ini dia terperanjat apabila saya katakan sikap Samy Vellu memperkecilkan kaum India menyebabkan kaum India bangkit secara berkumpulan dan memperbaiki ekonomi mereka. Dia minta contohnya. Saya katakan kalau kita tengok lori yang panjang dan banyak tayar, kebanyakan pemandunya adalah kaum India. Gaji pemandu lori semacam itu adalah sekitar RM3000 sebulan. Mereka mampu menjadi pemandu serba boleh itu kerana kos mendapatkan lesennya yang tinggi harganya. Orang Melayu tidak mampu mengeluarkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan lesen semacam itu. Pemandu Cina yang memandu lori panjang itu kebanyakannya adalah bekas pemandu lori balak. Kesannya di banyak tempat seperti Chemor dan Sungai Siput ekonomi kaum Melayu jatuh tercorot di bawah Cina dan India.

MGG Pillai terkejut dengan cerita saya itu dan merakamkannya dalam buku. Malahan dia jadi lebih terkejut bila saya katakan secara purata ekonomi kaum India semakin menandingi ekonomi kaum Melayu. Sebabnya semakin ramai kaum India yang mengikut jejak langkah kaum Cina untuk bekerja di Singapura, Hong Kong dan Jepun. Itu sebabnya kita tengok kebanyakan rumah bikinan syarikat MKLand dibeli oleh kaum ini dan ada yang membelinya secara tunai.

Memang banyak yang boleh diceritakan mengenai mendiang MGG Pillai. Baik daripada tulisannya mahupun daripada 'pesanan ringkasnya' di kantung emel saya. Paling akhir yang saya terima daripada beliau ialah seminggu dahulu di mana dia berkata ''minyak akan naik lagi''!!!!!!

Semoga Tuhan memberkati mendiang MGG Pillai. Saya doakan keluarga beliau tenang dengan pemergiannya. Saya berdoa kepada Allah semoga YDPA akan mengurniakan gelaran Tan Sri kepada MGG Pillai secara 'posthumou'. Saya rayu kepada Paklah agar Jalan Riong ditukar menjadi Jalan Tan Sri MGG Pillai.

Saya berharap Webmaster Laman Marhaen memberi penghormatan kepada mendiang MGG Pillai dengan menyiarkan tulisan beliau daripada mula yang ada dalam simpanan setiap hari. Mungkin memakan dua tahun baru habis, saya fikir.
Sekian.

- marhaintua - 29.04.06
posted by jasindaily online @ 10:28 PM   0 comments
Wartawan veteran MGG Pillai meninggal dunia
Wartawan veteran, MGG Pillai meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat sakit jantung. Menurut anak lelakinya, Sreejit Pillai, mendiang yang merupakan perintis kewartawanan Internet negara ini, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 10.40 pagi. Pillai, 67, memulakan karier sebagai wartawan pada tahun 1960-an dan pernah bertugas sebagai wartawan perang ketika Perang Vietnam untuk agensi berita Reuter.

Mendiang diarahkan keluar dari Singapura pada tahun 1971 selepas akhbar tempatnya berkerja, Singapore Herald, diarah ditutup oleh kerajaan Singapura. Pillai kemudiannya menyertai akhbar Malay Mail di Kuala Lumpur.

Sejak 10 tahun lalu, Pillai beralih ke alam siber bagi meneruskan perjuangan kewartawanannya.

Beliau mengasaskan kumpulan diskusi SangKancil pada tahun 1995 - laman diskusi "online" yang pertama di negara ini. Baru-baru ini beliau mengendalikan lamanwebnya sendiri, MGGPillai.com.

Pillai adalah kolumnis malaysiakini sejak laman berita "online" ini ditubuhkan enam tahun lalu. Kolum beliau dinamakan "Chiaroscuro".

Tiga hari lalu, mendiang menelefon malaysiakini memberitahu yang beliau sedang menjalani rawatan di hospital. "Saya mungkin tidak menghantar rencana bagi kolum saya hari ini kerana saya berada di hospital," katanya kepada editor rencana malaysiakini, S Vicknesan.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki. Mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari esok. Mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, boleh berkunjung ke rumahnya di Siew Dor Mansion, Brickfields.

Pillai mengemparkan dunia kewartawanan negara pada tahun 1994 apabila dia didapati bersalah dalam kes saman malu tokoh perniagaan, Tan Seri Vincent Tan terhadapnya berhubung sebuah rencananya yang diterbitkan dalam majalah Malaysian Industry. Pillai bersama beberapa orang lagi diperintah oleh mahkamah membayar gantirugi RM10 juta kepada Tan. Pillai dikehendaki membayar RM2 juta daripada gantirugi tersebut.
Wartawan veteran itu mempertahankan kebenaran tulisannya lalu membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan tetapi tetap gagal. Pada tahun 2002 Pillai sekali lagi memohon kepada Mahkamah Persekutuan supaya mengkaji hukuman terhadapnya berdasarkan hujah wujudnya unsur-unsur berat sebelah dalam penghakiman terhadapnya, kerana salah seorang panel hakim, Datuk Eusoff Chin mempunyai hubungan rapat dengan peguam VK Lingam yang mewakili Tan. Permohonan Pillai diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Kami dari Pemuda PAS Kaw.Jasin merakamkan jutaan takziah kepada keluarga Mendiang MGG Pillai
posted by jasindaily online @ 8:12 PM   0 comments
Nilai dan moral
Saya menimbulkan perkara nilai dan moral ini kerana pada minggu ini saya terus membaca berita tentang agenda untuk mewartakan moral. Saya juga telah membaca beberapa kenyataan dasar moral dari pelbagai pertubuhan dan badan NGO. Saya juga ada membaca surat-surat di media dari beberapa individu tentang perkara yang sama. Kelihatan hampir kesemua berita dan tulisan yang saya baca ini melihat moral sebagai sesuatu yang boleh direkayasa melalui undang-undang dan akta.
Bagi saya, mengawal moral melalui undang-undang dan akta ini sebagai satu yang sia-sia. Melarang individu berpegang tangan, bermesra, bercium atau bercumbuan, pada anggapan saya, bukan tugas daulah. Tidak ada daulah yang akan dapat mematahkan berahi keinginan individu melalui undang-undang dan penghukuman. Memang ada daulah yang wujud pada satu ketika dahulu atau masih wujud pada hari ini, yang telah cuba memunculkan segala bentuk perundangan dan akta, untuk mengawal moral warganya. Semuanya menemui jalan buntu.
Ianya kerana moral muncul bukan kerana undang-undang atau hukum bertulis. Kelakuan dan tingkahlaku satu-satu budaya bangsa wujud hasil daripada asas perekonomian. Nilai dan moral muncul di atas keperluan sesebuah budaya bangsa untuk menyusun ahli-ahli warga dan kabilah mereka. Penyusunan nilai dan moral ini memiliki asas ekonomi.
Satu ketika dahulu, manusia Arab tinggal dalam khemah di padang pasir. Mereka mengawal anak gadis dan kaum perempuan mereka daripada diculik dan dirampas kabilah lain. Ini dapat kita fahami. Tetapi tidak mungkin hari ini dapat diaktakan undang-undang untuk mengawal anak gadis atau perempuan kita daripada berjalan bebas. Atau undang-undang yang berasal dari padang pasir ini dapat diaplikasikan dengan budaya hidup dalam kondo atau apartmen di Beirut, di Cairo atau di Bangsar pada hari ini.
Saya masih teringat lagi pada satu ketika dahulu, di pekan Kuala Klawang Jelebu, saya ternampak nyonya Cina yang berkaki kecil. Mereka tidak boleh berjalan dengan betul. Ini kerana kaki mereka telah dibalut dari semenjak kecil sehingga tulang kaki mereka tidak membesar dengan betul. Pembalutan ini membawa estetika kecantikan untuk dinikmati oleh sang lelaki.
Ia juga bertujuan agar apabila dewasa, mereka tidak akan melarikan diri dari sang suami. Hari ini estetika adat budaya ini telahpun pupus dan hanya tinggal dalam ingatan. Nilai dan moral manusia Cina di Malaysia telah juga berubah.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah nilai dan moral beralih-alih mengikut keadaan masa dan suasana. Nilai dan moral wujud mengikut konteks. Budaya dan nilai orang Melayu juga sedang beralih. Pada satu ketika dahulu seratus peratus manusia Melayu tinggal di desa bertani atau ke laut menangkap ikan. Hari ini perekonomian warga Melayu juga telah bercambah dan bermacam-macam. Perubahan ekonomi ini telah melahirkan nilai, moral dan pembudayaan yang baru.
Nilai bangsa berbeza
Moral dan nilai bangsa-bangsa juga berbeza-beza. Tidak mungkin dapat diwujudkan satu bentuk nilai untuk semua bangsa. Cuba kita lihat manusia lelaki Arab. Apabila bertemu, mereka akan mengucup pipi kawan-kawan mereka, dari kiri ke kanan sebelum bersalaman. Lebih lama kucupan ertinya lebih intim persahabatan dengan kenalan mereka. Tanda setia kawan dan salam pengenalan warga Maori pula ialah mengusikkan hidung kepada hidung kenalan dan kawan.
Manakala lelaki di Pakistan akan memeluk kawan dan kenalan sambil menepuk-nepuk di bahagian tulang belakang sebelum berjabat tangan. Ini agak berbeza sedikit dari budaya warga Somali di mana setia kawan akan ditunjukkan dengan menepuk bahu masing-masing. Apabila orang 'asing' ini datang ke Malaysia, apakah mereka semua akan didakwa kerana perbuatan mereka dilihat tidak bermoral. Untuk saya , ini pasti tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Dalam negara kita sendiri, kita memiliki pelbagai bentuk moral dari pelbagai bangsa. Orang Melayu sendiri tidak memiliki masalah dari segi menikmati susuk badan. Budaya manusia cukup selesa dengan susuk tubuh badan manusia. Manusia Melayu tidak memiliki fobia dalam hal mencari nikmat dari tubuh badan.
Hanya kebelakangan ini sahaja orang Melayu telah cuba di-Arab-kan. Proses meng-Arab-kan orang Melayu ini kelihatan cuba dihalalkan dengan hujah-hujah agama. Saya menolak pandangan seperti ini. Orang Melayu bukan orang Arab. Islam yang dibawa dari tanah Arab ini hanya sampai ke Tanah Melayu ini kira-kira 500 tahun dahulu. Harus disedari bahawa beribu-ribu tahun sebelum Arab sampai, manusia Melayu telah memiliki adat istiadat, budaya, bahasa dan tamadun mereka sendiri. Mereka memiliki bentuk-bentuk seni yang memagari kehidupan harian mereka. Mereka juga memiliki nilai moral untuk menyusun negara bangsa mereka.
Orang Melayu tidak perlu di-Arab-kan. Arab dan Melayu adalah dua budaya bangsa yang amat jauh berbeza. Manusia Melayu lahir dalam persekitaran bumi tropika. Manusia Arab dari iklim dan persekitaran yang berbeza. Malah bangsa Arab itu sendiri pun bukan satu bangsa yang monolitik. Ada Arab Badwi dari padang pasir, ada Arab Lautan Tengah, Arab Teluk dan Arab Afrika. Kesemua mereka memiliki nilai, moral dan budaya bangsa masing-masing.
Cuba bayangkan perempuan Melayu hingga ke hari ini bebas berjalan ke hulu ke hilir bersendirian. Ada yang menaiki kapal terbang. Ada menaiki bas. Ada memandu kereta sendiri. Ada yang menumpang kereta kawan. Ada yang menumpang kereta kenalan, kekasih atau tunang. Ada yang menunggang motosikal. Semua ini adalah hasil daripada asas ekonomi yang wujud pada hari ini.
Bandingkan dengan moral dan nilai yang wujud di negara Arab. Kalau perempuan Melayu Malaysia ini di Arab Saudi, maka mereka akan dianggap tidak bermoral. Menganggap perempuan Melayu ini tidak bermoral untuk saya adalah satu perbuatan yang tidak siuman. Pandangan yang tidak masuk akal. Jadi terbukti bahawa nilai dan moral budaya bangsa itu berbeza dan tidak mungkin ada akta dan hukum hakam yang memungkinkan nilai dan moral ini dapat disamakan.
Penjaga lukah baru
Langkah untuk menuliskan dan mengaktakan tingkahlaku, nilai dan moral ini akhirnya akan membawa ke satu keadaan yang tidak sihat. Kalau di Malaysia ini, apa sahaja undang-undang baru atau akta baru yang wujud, semuanya akan dialih untuk dijadikan lukah pengutip duit tol.
Kerana budaya rasuah di negara kita ini, maka agenda nilai dan moral ini akan dijadikan satu lagi alasan oleh pihak penguatkuasa sebagai modul untuk memungut tol dan baksheeh – rasuah dalam bahasa Arab. Kalau PDRM, JPJ, Kastam dan badan-badan lain, telah sedia wujud lukah masing-masing, maka dengan agenda nilai dan moral ini, akan muncul penjaga lukah baru. Kali ini si pemungut tol adalah mereka yang berselindung di belakang serban dan agama. Lukah pasti terpasang dan tol pasti dipungut walaupun warnanya lukahnya hijau pucuk pisang.
Untuk saya tidak dilihat sebagai batu penghalang dan insan yang tidak bermoral, maka saya sedia menerima hakikat bahawa si penguatkuasa ini memiliki moral dan nilai yang lebih tinggi dari saya. Ini bermakna, mereka ini kebal dari semua bentuk rasuah. Mereka memiliki kalis moral yang cukup unggul. Ini bermakna hukum-hakam ini akan bebas dari lukah tol mereka. Mereka tidak akan menerima baksheeh.
Tetapi awas, apa yang akan muncul daripada usaha membetongkan moral ini ialah sebuah daulah yang dilihat merampuk dan merentas masuk ke dalam ruang hak asasi individu. Jika sikap dan niat ingin mengawal nilai dan moral ini berpanjangan, maka akan sampai satu ketika nanti di mana warga tidak akan diberi tahu lagi di mana ruang awam dan di mana hak ruang individu.
Jika hukum hakam ini dibiarkan berterusan, akhirnya kuasa daulah tidak lagi memahami dan memiliki garis pemisah di antara ruang individu dan ruang awam. Daulah sebegini akhirnya akan merentas masuk lebih jauh ke dalam. Tingkahlaku daulah yang ingin mengawal nilai dan moral, akhirnya akan sampai ke tahap mengintip dan mengawal apa yang warga lakukan di dalam kelambu, di dalam bilik mandi atau di atas katil. Semua ini akan dihujah berasaskan undang-undang dan akta dari pelbagai macam hukum hakam.
Contoh-contoh moral dan nilai yang saya nyatakan di atas adalah contoh partikular yang memagari satu-satu budaya bangsa. Mengucup pipi sahabat lelaki hanya partikular untuk orang Arab. Mengurung orang perempuan adalah nilai Arab. Mandi berkemban adalah nilai budaya orang Melayu Malaysia dan orang Melayu Indonesia. Mereka tidak ada fobia terhadap tubuh badan mereka.
Lelaki Jepun bercawat ketika bermain sukan sumo. Begitu juga dengan Orang Asli, orang Dayak dan banyak bangsa di Amerika Latin. Kesemua mereka tidak memiliki masalah dengan tubuh badan mereka seperti orang Arab, Pakistan atau orang Parsi.
Nilai kemanusiaan
Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah nilai dan moral yang partikular ini tidak mungkin dapat dipersamakan. Sesebuah kerajaan, sesebuah negara atau sesebuah parti politik yang ingin memaksa untuk menyamakan nilai dan moral yang partikular ini, akan dianggap negara, kerajaan atau parti politik yang zalim, tanpa moral dan tidak memiliki nilai kemanusiaan.
Menginjak-injak individu dengan alasan nilai dan moral ini adalah contoh daulah yang tidak memiliki moral nilai budaya yang tinggi. Mengancam warga atas alasan bahawa mereka telah mendapat watikah dari Yang Maha Esa adalah hujah yang selalu sangat kita terima. Hujah membuat hukum berselindung di belakang baju Tuhan ini adalah hujah yang paling tidak jujur.
Tingkahlaku seperti ini samalah seperti apa yang sedang dilakukan oleh presiden Bush kepada Iraq. Bush juga percaya dia telah diwatikahkan oleh Yang Maha Esa untuk memperbaiki warga Iraq dan warga Arab di wilayah Timur Tengah. Lihat apa hasilnya yang dibawa dari watikah ini.
Saya tidak menolak atau menafikan kewujudan dan perlunya nilai dan moral dalam masyarakat. Masyarakat di mana-manapun memerlukan nilai dan moral untuk dikongsi bersama. Nilai dan moral ini wajib bersifat universal yang membawa kebajikan untuk orang ramai. Dan bukan bersifat menindas dan menyusahkan kehidupan orang ramai.
Bagi saya, pada ketika ini negara kita telah ketandusan moral dan nilai yang memiliki asas kejujuran dan keadilan. Dua nilai inilah yang seharusnya diberi kepedulian yang tinggi, bukan kepedulian untuk mengawal sama ada si anu dan si anu berpegang tangan atau bercumbuan mesra. Berpegang tangan, bercium dan berdua-duaan di taman bunga, tidak perlu dilihat sebagai satu kesalahan. Tingkahlaku mereka tidak mengganggu turun naiknya harga di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Siapa sebenarnya yang kurang nilai dan moral – dua anak muda yang sedang bercengkerama memadu kasih atau mereka yang berkot dan bertali leher yang telah melesapkan berbilion-bilion wang negara?
Untuk mereka yang mengakui memiliki watikah dari Yang Maha Esa, sebelum meluluskan undang-undang moral ini, tanyalah pada diri sendiri – sudahkah mereka menjadi orang berani yang berkata jujur dan benar untuk menegakkan keadilan dan melupuskan kezaliman.
posted by jasindaily online @ 7:58 PM   0 comments
Masih Ada Waktu
Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya, mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletak di sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitu sibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan di pejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.

Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman sebagai membalas peringatan oleh isterinya.

Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya seketika.

"Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah faham apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.

Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu.

Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap di tempat duduknya.
Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.

"Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk, tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya, izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."

Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih ada keinginan untuk bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta di pandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi berbilang-bilang kali.

"Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"

Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan pasti akan 'disekolahkan' olehnya.

Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah.
Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang memang Arman mahukan.

Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita.

Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal waktu di masjid secara berjamaah. Geram Arman kerana tidak mampu menjawabnya.

"Wahai manusia! Bersedialah untuk dihisab. Bersedialah untuk ditanya tentang perintah yang telah diamanahkan buatmu. Bersedia dengan alasan mengapa kau meninggikan amanah hamba lebih dari Pencipta mereka." Arman kali ini betul-betul menggeletar. Dia bagaikan sudah terasa bahang api neraka yang bakal menyambarnya. Dia bagaikan sudah terlihat ular-ular gemuk yang sedang menantinya di lembah yang terpencil.

"Siapapun engkau wahai makhluk, tolonglah lepaskan aku. Tolonglah.Tolong..."
"Bang! Abang! Ya Allah... Tidur duduk macam ni pun masih boleh mengigau?"

Normah menggoncang bahu Arman. Kuatnya bunyi Arman mengigau sehinggakan Normah yang telah tertidur di bilik pun boleh terjaga jadinya.

Arman bingkas bangun. Dia meraba-raba seluruh tubuhnya. "Alhamdulillah...

Aku masih hidup!" Arman segera berlari ke bilik air. "Abang dah taubat Mah.

Abang tak nak tangguh solat lagi!" jeritnya kepada Normah ketika hampir sampai ke pintu bilik air. Normah mengucapkan kesyukuran mendengar pertuturan Arman tadi. Tetapi dia jadi tertanya mimpi apakah agaknya yang mampu menyadarkan suaminya itu tadi. Tidak mengapalah. Yang penting Arman kini telah sedar.

Bagi Arman, mimpi itu cukup memberi makna. Benar, amanah wajib dijaga tetapi amanah Allah adalah sebesar-besar amanah yang lebih utama. Dan benar Allah memerintahkan mencari rezeki tetapi bukan sehingga mengenepikan perintahNya. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri. Bukan majikan. Bukan projek yang sedang dibuatnya. Sesungguhnya Arman merasa sungguh beruntung kerana diperingatan sebelum tibanya hari di mana tiada lagi peringatan yang berguna...
posted by jasindaily online @ 7:47 PM   0 comments
komen komen pendek ehwal semasa 2
Thursday, April 27, 2006
ALLAHYARHAM TUN GHAFAR BABA VS DATO SRI ANWAR IBRAHIM
Adakah mereka akan memberi pengiktirafan yang sama kepada DSAI andai kata satu hari nanti Allah mengambil DSAI?. Dengan jasa dan bakti yang dicurahkannya pada rakyat dan negara, sebagai Timbalan Perdana menteri sudah pasti melayakkan beliau diberi penghormatan yang sama sebagai NEGARAWAN layaknya. Atau status negarawan cuma layak untuk orang UMNO/BN sahaja?
Minyak Lagi
Sudah naik lagi ke paras 75 Dollar setong.Tidakkah ini menggusarkan rakyat malah yang lebih gusar adalah kerajaan sendiri, sudahlah subsidi yang dikatakan digunakan untuk pembangunan pengangkutan sudah hampir langsai, dan ditambah dengan JANJI kerajaan BN untuk tidak menaikkan minyak lagi tahun ini. Dengan ini sudah pasti 1hb Jan 2007, minyak akan naik lagi...tidak boleh disangkal. Tengok saja...Siapa yang akan jadi munafik disini bila tidak menunaikan janji mereka. Bagi rakyat sindrom "Aiman Tak Kisah" sudah sebati.
Kebelakangan Ini
Ramai tokoh-tokoh atau kumpulan menengah sederhana tampil memberi sokongan dan pendapat di lidah pembangkang Harakah, tidakkah ini menandakan golongan ini semakin berani dan ramai bilangannya. Oleh itu elok jugak kalau diadakan Pertandingan GOLF amal bagi membantu jentera parti pada 2008 nanti. Sokongan yang berterusan dari kumpulan amat penting dan lebih penting jika mereka dapat mengerakkan jentera dari dalam.
Penyediaan Kabinet Pembangkang 2008
Tindakan menyiarkan biodata tokoh-tokoh yang menyebelahi pembangkang buat masa ini amat sesuai, dan diharap usaha ini dapat diteruskan dengan menyenaraikan kabinet pembangkang untuk Tahun 2008, dimana ia lebih menyakinkan pembangkang kerana "mood" sekarang walau tidak nampak dipermukaan "surface" namun ia amat bergelora dibawah permukaan, ini bacaan penulis sahaja. Dimulakan dengan keputusan Pilihanraya Sarawak 20hb Mei 2006 nanti, akan menyakinkan kita bahawa pembangkang akan dapat mengubah lanskap politik Malaysia dimasa akan datang.
Pemikiran Melayu di takuk lama
Jika dilihat dari bilangan Melayu yang celik dengan yang buta, kita masih jauh ketinggalan dari mencapai sasaran yang sebenar dengan erti kata yang sebenar. Melayu bukan sahaja masih buta tapi telah ramai yang celik tapi dibutakan, mereka tidak lagi menyayangi bangsa asal usul mereka, budaya, adat dan resam sudah lama ditinggal. Malah yang lebih menyedihkan sudah ramai yang menginggalkan Tuhan mereka (murtad). Kita Melayu disorong ke pelusuk kampung layak tinggalnya, dengan kenaikan harga Kelapa Sawit dan Getah, orang Melayu kembali mendiami kampung dan yang gagal dalam pelajaran sudah lega dek kerana peluang mereka masih ada di kampung. Ini membuatkan orang Melayu KEKAL mendiami kampung buat beberapa puluh tahun lagi. Dan bandar yang lebih mempunyai peluang ekonomi terus dikuasai oleh bangsa lain. Kesimpulan orang Melayu masih di takuk lama.
Kuasa diberikan kepada Orang MELAYU untuk menghancurkan Orang Melayu
Sudah pasti Agenda Melayu dihidupkan semasa kempen pilihanraya 2008 nanti. Kerana UMNO sudah tersepit merayu Melayu mengundinya. Namun sejarah telah memahat siapa petuang Melayu sebenarnya, bila mana mahukan kuasa, Melayu juga yang melingkupkan Melayu, Soalan paling kritikal. Siapa yang bertanggungjawab mengubah kawasan pilihanraya kepada kawasan yang tidak lagi memajoritikan orang Melayu, secara umum hampir keseluruhan kawasan ini telah disedekahkan kepada bukan Melayu, secara tak langsung ia memberi keberangkalian yang tinggi untuk menaikkan wakil bukan Melayu dibumi Melayu ini. Salah siapa? Inilah kelalaian pemimpin Melayu yang tidak mahu mempertahankan kuasa Melayu bila mahukan kuasa sanggup menggadai maruah Melayu..

PROTEST SAMPAI TURUN
posted by jasindaily online @ 9:14 PM   0 comments
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com