Kekalahan Pas pada pilihan raya lalu seharusnya menyedarkan kita semua dan harus bermuhasabah. Ini kerana apa yang amat merisaukan kita ialah kekalahan ini ada yang telah mematikan semangat sebahagian penyokong kita. Ada yang tidak percaya perjuangan yang "very confident to win' tiba-tiba bertukar menjadi kekalahan yang amat teruk. Dalam pemerhatian saya ada beberapa isu penting yang PAS dan Pembangkang harus mulakan dari sekarang iaitu:- 1) Meraih sokongan golongan muda terutama remaja perempuan. Golongan ini amat kecil yang meminati politik. Mereka lebih kepada mementingkan pelajaran dan hiburan serta kerja. Jika ada yang menyokong dan memprotes pun cuma di mulut sahaja dan tidak aktif di dalam meminati perkembangan politik. Saya amat optimis kepada kelahiran golongan muda yang amat pro Barisan alternatif tetapi majoritinya adalah lelaki sedangkan majoriti rakyat malaysia adalah hampir 50% adalah wanita.Sesuatu harus kita lakukan untuk mendekati golongan remaja perempuan ini 2) Pemimpin PAS harus menunjukkan model 'cakap serupa bikin' bukannya NATO. ( No action Talk Only). Kita buktikan kepada rakyat kemampuan kita dan ketelusan program kita. Minta pandangan dari perbagai sudut profesionalisme dalam membuat dasar dan pertimbangan. Segala dakwaan kita haruslah berasaskan fakta dan data-data agar ianya dapat dibahaskan. Saya cadangkan segala pendedahan penyelewengan Kerajaan sekarang dibahas bersama di dalam laman web ini dan semua orang akan tahu berdasarkan fakta dan angka/data yang dibahaskan. Ini boleh jadi seperti Brain storming dan cara kita menyelesaikan masalah. Kita harap rakyat sedar kita juga membantu usaha menperbaiki / improvement society dan bukan hanya mengkritik. 3) Kita adalah Parti Politik dan Seharusnya Program kita berterusan. Sebagai ahli PAS kita hendaklah komited terhadap perjuangan ini dan consistent dalam program tindakan problem solving serta trouble shooting masalah yang kita hadapi dan masyarakat hadapi. Kursus kepimpinan PAS kawasan dan cawangan harus kita anjurkan dan tidak timbul kecelaruan dan perpecahan. How me manage the party?. Masalah ketidakfahaman dan kurangnya pengetahuan stail-stail kepimpinan dan pengurusan menyebabkan kita gagal.Kebanyakan kita amat menyanjung profesion ahli ahli agama dalam pertubuhan tetapi apa salahnya kita menonjolkan ahli yang sedikit moderat dalam generasi muda untuk memimpin masyarakat. Contoh jelas seperti Dr Hassan Ali dan Dr Hatta Ramli. Kadangkala untuk memenangi hati rakyat kita perlu bertindak bijak dan berpandangan terbuka dalam kerangka ISLAM. Apa yang penting continues training and motivation is must for all leader di dalam PAS. Saya harap kepimpinan menilai cadangan saya ini. |